Wednesday, September 30, 2009

PILIHLAH TEPAT !

TUKAR NAMA PD !

29.09.2009 wajib ingat
Hal bandar tentera darat
Saranan DS Najib buat
Di Port Dickson tempat

Lepas pengumuman buat
Banyak makluman dapat
Mahu PD ada nama tepat
Askar Melayu kait rapat

Bukan emosi kaum kuat
Tapi sejarah satu hakikat
Buruk atau baik melekat
Ikhtibar buat masyarakat

Tika british berkuku kuat
Sejak 1902 usaha pergiat
Raja-Raja Melayu sepakat
Anak watan menjaga umat

Dari 100, 25 melayu lekat
01.02.1933 mereka nekat
Rasmi 01.03.1933 dicatat
Raja Melayu capai hasrat

RAMD namanya singkat
Askar Melayu benar kuat
Dalam serta luar khidmat
Sinar imej negara angkat

Tiba masa RAMD dinobat
RAMD dan PD wajib ikat
Sifat wira Lt Adnan hebat
Pengkalan Adnan, tepat

Adnan inspirasi semangat
Kepada rekrut askar darat
Juga semua askar khidmat
Capai 1Malaysia terhasrat

serling
[30.09.09]
rabu
…..
p/s:
-Bernama.com:30.09.09;15:25PM: rabu:
“Bekas Perajurit Bangga Port Dickson Bandar Tentera Darat”

No comments: