Thursday, September 17, 2009

MENJELANG AIDILFITRI !

SAMA-SAMA BERMAAFAN !

Salam buat saudara-saudari
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kurang seminggu menanti
Hadir satu syawal bagai janji

Hampir sebulan puasa jalani
Hadir ramadan setahun sekali
Godaan berpuasa berat sekali
Goyah iman, syaitan merapati

Ramadan bagai bulan motivasi
Masjid dan surau, malam sinari
Solat terawih menggamit mari
Hampir aidilfitri, saf susut jadi

Ramadan bukan bulan bercuti
Kerja dan urusan tetap jalani
Tidak gugat capai produktiviti
Sejarah Perang Badar dihayati

Yang bergelar muslim termesti
Ibadah khusus dan umum sekali
Pada Allah dan makhluk serasi
Harmoni dan adil tetap junjungi

Umat Islam muhasabahlah diri
Banyak bijak cakap sana sini
Fitnah orang dan berkata maki
Utamakan politik dan peribadi

Sedih dan memalukan terjadi
Guna agama naik politik diri
Pada seagama, Islam dilagui
Bagai langit bumi lain situasi

Manusia dua alam kena awasi
Bergelar tok guru tidak kecuali
Hasrat politik atasi agama aksi
Semoga terlibat segera insafi

Sesiapa yang membaca puisi ini
Kawan, lawan atau tak dikenali
Lapangkan dada dan ceria diri
Samalah bermaafan ikhlas hati

serling
[18.09.09]
jumaat
…..
p/s:
BERNAMA.COM:17.09.09:KHAMIS:
“Lembaran Semakin Hampir, Kenderaan Mula bertali Arus Keluar Bandar Raya”

No comments: