Sunday, July 15, 2012

SALAH SASARAN ?

SALAH SASARAN ?
SOKONG SIAPA ?

Himpunan oren alat saja
Kumpul lima ribu peserta
Konon kuatya puak depa
Sabtu 14.07.2012 dicipta

Bantah ke istana Negara
Hanya wakil boleh mara
Nota bantahan buat raja
YDP Agung tonggak kita

Isu FGVH mereka peraga
Tohmah BN buat aniaya
Digadai tanah peneroka
Para peneroka dimangsa

Di internet, youtube ada
Ceramah politik ternyata
Dalam PRU13 bakal tiba
Undi puak depa diminta

Tuah baju kuning dirasa
10.11.07 Bersih 1.0 mula
PRU12 tahun 2008 lega
Tsunami buat BN nyata

09.07.11 Bersih 2.0 jaja
Kuning juga dipeguna
Susut kehadiran peserta
100 ribu jadi 20 ribu saja

28.04.12 Bersih 3.0 pula
Masih kekal 20 ribu saja
Tetapi anwar mendakwa
300 ribu orang ikut serta

Sasar himpunan tak kena
Di negeri pakatan mereka
Bebagai masalah dijumpa
Seperti tak reti guna kuasa

Pentingnya air kepada kita
Selangor dan Kelante sama
Kesusahan rakyat tak peka           
PRU13 singkirkan mereka

Di Kedah, Azizan MBnya
Masalah KUIN tidak reda
FGVH ,benci  Pas dinyata
Tapi PKINK beli sahamnya

Di pulau pinang lain cerita
Kini perbadi KM diperkata
Konon wujud orang ketiga
Tapi si dia tutup mulut pula

Wibawa nik aziz diperkata
Lombong emas haram ada
Diakui nik aziz jadi perkara
Gagal bertindak lemah dia

Cara Khalid tangani perkara                                                                                           
Faekah dah elezabeth sama
Kepada wanita lembut cara
Tetapi jika lelaki kasar rasa

Tahun 2007, 100 ribu peserta
Tahun 2008, cemas BN kena
Tahun 2012, lima ribu peserta
PRU13, kepada BN lebih selesa

Isu moral anwar bukan rahsia
Selaku ketua umum puak depa
Tidak layak memimpin Negara
Pada najib dan BN yakin caya

Serling
[15.07.2012]
Ahad
…….
UM:15.07.2012:ahad:
“Himpunan Oren gagal capai sasaran”
“Khalid perlu praktikal dan pragmatik”
“Nik Aziz akui tahu kegiatan lombong haram”
“Hati terluka…..” (Bisik-Bisik Awang Selamat)

Thursday, July 5, 2012

BERSARA ?

BERSARA ?
MASA BERUNDUR ?              

Tiba masa mesti bersara
Sukarela ataupun dipaksa
Faktor umur penentunya
Lumrah kepada manusia

Bermajikan, amalan biasa
Penjawat jawatan akur saja
Tak komplen kena bersara
Fikir cara urus berbaki usia

Malang buat YB-YB semua
Pegangan politik tiada beza
Naik nama calon, hajat mula
Tidak tercalon, buat merana

Kini penantian PRU13 teruja
Ketua-ketua parti yang lega
Calonkan diri sendiri biasa
Undur diri pegangan mulia

Matang komponen BN ada
Silih ganti pemimpin biasa
Suara akar umbi, akur depa
Sampai masa undur sahaja

Pakatan rakyat jelas bebeza
DAP,PKR dan Pas sama saja
Pemimpin atas lebih berusia     
Kenapakah demikian jadinya

Pertama ingin nikmat kuasa
Anggap boleh buat apa saja
Anggota parti boleh perkuda
Berada di atas terasa selesa

Keduanya takut hilang kuasa
Bila status YB-YB sudah tiada
Anggota parti buat-buat lupa
Peluang ceramah jarang ada

Anwar berwatak kancil sama
Jika penjawat awam bersara
Lebih enampuluh sudah usia
Kecuali para hakim istimewa

PRU13 peluang terakhir ada
Strategi tarik simpati warna
Rakyat usah cepat terpedaya
Dedahan oleh TIBAI buktinya

Soalnya ngapa anwar beria
Meroyan jadi PM tidak reda
Prihal isu moral dihadapinya
Wajar pengundi berwaspada

Serling
[05.07.2012]
Khamis
……..

p/s:
-UM:05.07.2012:khamis:
“Persaraan Anwar boleh ‘menjentik’ hati rakyat”