Friday, June 21, 2013

NGAPA 30 ?




NGAPA 30 ?
TUAH ANGKA ?

Angka tiga puluh gema lagi
Selepas PRU12 didendangi
Bilangan YB BN yang dicari
Tanggal 16 Sept 2008 laungi

Alhamdulillah Allah halangi
Tidak jadi Perdana Menteri
'Kaedah paling tadah' jejaki
Bijaksana YB BN hindar diri

Selepas PRU13 helah terkini
Blackout 505 jenama pelopori
Putusan PRU13 sengaja nafi
Tuduh SPR dan BN khianati

Antara tuntutan  Anwar jajai
30 kawasan undi sekali lagi
Pasti kaedah tokok kerusi
Kerusi BN menangi disasari

Belum pun Perdana Menteri
Semua perkara ikut rasahati
Undang-undang tidak peduli
Aturan rimba, anwar pelopori

Jika benar si Anwar maklumi
 'angkat sumpah' akan hadiri
Bagai air ludah jilat kembali
Bila DAP dan Pas tegas hadiri

Telah jelajah beberapa lokasi
Sokongan rakyat hanya minoriti
Kini kaedah 'flashmob' warnai
Isyarat kurang sambutan jadi

Jika benarlah Anwar baik hati
Hentikan segera kerja bohongi
Himpunan haram usah lakoni
Cukup menipu penyokong parti

Jikalau angkat sumpah dihadri
Erti Keputusan PRU13 diakui
Tak relevan seperti gemburi
Bagai lidah biawak diwarnai

Serling
(22.06.13)
Sabtu
...


Sunday, June 16, 2013

PASCA 505 ?



PASCA 505 ?
BUKA PEKONG ?

'Blackout 505' depa namai
Bila putusan PRU13 rasmi
Murung  anwar tak terperi
Jawatan PM kempunan lagi

Semasa kempen belum undi
Terlalu yakin atau psikologi
Diuarkan PRU13 menangi
Angkat sumpah sedia hadiri

Lagak hina Agong, beliau aksi
 Konon angkat sumpah tak jadi
Agong masih nyenyak tidur lagi
Akan beliau datang siang hari

Peluang PRU14 lima tahun lagi
Tutup peluang Perdana Menteri
Satu sebab meroyan anwar jadi
Terbaik si anwar wajib dijauhi

Adakah Dhaif sangat Malaysia ini
Si Anwar jadi PM perkara mesti
Kes liwat saiful belum tamat lagi
Membabi buta taksub bodoh diri

Berganda penipuan beliau warnai
Tuduh SPR dan  BN khianati
Keputusan PRU13 enggan akui
Pada rakyat penipuan dendangi

Himpunan haram anwar kepalai
Sengaja dibuat di merata lokasi
Begitu sedemikian jika menangi
Konon hebatnya Anwar sorang ni

Caya  dedah 'Pekong Dada' aksi
Ulangbicara kes lewat saiful lalui
Wajah si anwar dah tak ceria lagi
Petunjuk Allah masihkah dinafi

Pohon pertolongan Allah limpahi
Angkat Sumpah YB seperti hajati
Yang keras kepala, lembut hati
Para pengundi wajar dihormati

Serling
(17.06.13)
Isnin
...

Saturday, June 8, 2013

SEMPOA DAP ?



SEMPOA DAP ?
MENJADI ?

Sempoa alat bantu mengira
Diguna  peniaga kaum cina
Sejak kalkulatur belum cipta
Cepat dan tepat proses cara

Tidak kuasai bukan Kaum cina
Tidak juga susah pelajarinya
Penulis pun pernah mengguna
Ditunjuk ajar oleh ayahanda

Bila sempoa darah daging depa
Kurang kesilapan proses kira
Gerak 'buah' sempoa bermakna
Tolak dan tarik ikut aturannya

Anggota pakatan duduk semeja
DAP-PKR-PAS tentulah mengira
Kerusi boleh menang dikemuka
DAP mengguna minda sempoa

Kerusi calon bagai buah sempoa
SetIap tolak atau tarik tuahnya
Tokok Sepuluh kerusi miliknya
Tapi PKR dan PAS susut pula

Dengan Tsunami Cina melanda
Hubungkait RBA serta Sempoa
Jika benci pada BN boleh tiada
Takkan berulang Tsunami sama

Serling
(08.06.13)
Sabtu
...

Tuesday, June 4, 2013

NAIK TOCANG ?



NAIK TOCANG ?
SEMPOA DAP ?

Nurul Izzah dan Tian Chua
Anwar ibrahim atau sesiapa
Sabah dan Sarawak istimewa
Hak  imigresen negeri kuasa

Pendek akal persoalkannya
Orang awam pun reti bahasa
Jika status YB bising gila-gila
Cermin diri semak salah gaya

Temuilah para pengundi anda
Berikan khidmat YB gula-gula
Bukan sekadar tipuan belaka
Menang undi, pengundi dilupa

Jika gitu YB-YB pakatan gaya
Hal hakiki kawasan abai saja
Para pengundi redha dipekuda
YB pakatan sangat sukacita

Salah pilih pakatan akibatnya
Dengan janji dan pesona kata
Lima tahun pedam pahit rasa
Jangan ulangi kesilapan sama

'Gelojoh?' Dan 'Meroyan?' Jaja
'Tipu dan Hasut?' Merata-rata
 Anwar dan penyokong serupa
 Himpunan haram sengaja cipta

 Hindari YB sikap demikian jaja
Tika di Lahad Datu gugur wira
Pengorbanan wira depa senda
Dakwa semua itu sendiwara

Hebat hujah pakatan perguna
Susut kerusi PKR dan PAS sua
Tokok sepuluh kerusi DAP ada
Strategi DAP dan RBAnya jaya

Jika ahli PAS dan PKR terbuka
Tokok kerusi bukan DAP punya
Milik PKR dan PAS sepatutnya
Kaedah 'Sempoa DAP' mengena

serling
(04.06.13)
selasa
.......