Sunday, December 7, 2014

KERJA 'HANTU' ?

KERJA ‘HANTU’ ?
(lepas batuk di tangga?)

BANYAK SUNGGUHKAH ‘HANTU’
DI SELURUH NEGARA BERLAKU
PABILA PENGUATKUASA SERBU
HANYA KULI PADA HANTU TEMU

KERAKUSAN HANTU BERBAHAYA
ARAHKAN KULI MEMBUAT KERJA
CAMERON HIGHLANDS GELORA
PABILA BANJIR KILAT MELANDA

SYABAS OPERASI PENGUATKUASA
KEBUN TANAH HARAM SASARNYA
DITANGKAP ‘PATI’ YANG BEKERJA
MUSNAH TANAMAN HARAM JUGA

HANTU @ JERUNG TIDAK JUMPA
ANTARA PATI DAN HANTU BEZA
PASTI SI HANTU ORANG BERADA
MANAKALA PATI DIGAJI KERJA

LEMAHKAH PERATURAN KITA
HANYA  PATI BOLEH DIDAKWA
HANTU TERLEPAS BEGITU SAJA
KONON KURANG BUKTI JUMPA

JIKA DEMIKIAN ANDAIAN LAGU
LEPASKAN PATI MACAM HANTU
ELAKANLAH RAKYAT SYAKRAGU
PENGUATKUASA MEMILIH BULU

serling
(07.12.14)
Ahad
…..
p/s:
MM:”DI MANA ‘JERUNG’?” ……. Muka hadapan…..

-          Kegagalan agensi penguatkuasa tahan pengusaha, ‘taiko’ dipersoal

Tuesday, December 2, 2014

BUKALAH MATA ?



BUKALAH MATA ?
(Lakonan Sang Kancil Moden)

INGAT ZAMAN SEKOLAH DULU
DIAJARKAN SASTERA MELAYU
MASIH TERGIANG TELINGAKU
WATAK BINATANG JURUSLAKU

SANG KANCIL  SERING DIJAJAI
KERANA ‘KECERDIKAN’ MILIKI
SEBAGAI PENGADIL DIPERCAYAI
JUGA PENIPU UTAMA PERIBADI

WATAK PROTAGONIS TERPUJI
TETAPI ANTAGONIS AMAT KEJI
BANYAK MANGSA TUNGGANGI
BUKALAH MATA BEBASKAN DIRI

TEWAS SANG KANCIL DIRAKAMI
AGAS DAN SIPUT JAYA MENANGI
JUGA BURUNG BANGAU JUARAI
HEBAT TIGA BINATANG KAGUMI

SANG KANCIL  JADIKAN ANALOGI
TONJOL WATAK EMPUNYA DIRI
UTAMA DIRI, ANAK DAN SI ISTERI
GUNA KELEMAHAN DEMOKRASI

BUAT PEMINAT SASTERA MELAYU
SANG KANCIL MODEN ADA TEMU
KRONI DAN FAMILI FOKUS SELALU
USAH BIAR DIPANDANG BERBULU

serling
(02.12.2014)
selasa