MENJELANG HIMPUNAN 16.09.2015 ?
(ULANGAN 70 TAHUN DULU ?)
SAH “HIMPUNAN RAKYAT BERSATU”
KETUA POLIS NEGARA MEMBERITAHU
ESOK 16 SEPTEMBER 2015 DITUNGGU
LOKASI PADANG MERBOK KL TENTU
HIMPUNAN SERUPA PERNAH BERLAKU
KIRA-KIRA TUJUH PULUH TAHUN DULU
MALAYAN UNION 1946 CETUS BERSATU
ANGKARA MAC MICHAEL BERPERILAKU
DEMI KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU
ORANG MELAYU TERPANGGIL BERSATU
WUJUD PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
TAHUN 1948 PASTI TERSEMAT DI KALBU
SEPAKAT PARA PEMIMPIN TERDAHULU
KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA DISATU
DENGAN RESTU SEMUA RAJA MELAYU
TAHUN 1957 MERDEKALAH “NEGARAKU”
BERTOPENGKAN DEMOKRASI DEPA PALU
LUPA JANJI PARA PEMIMPIN TERDAHULU
PENGISIAN “ALA MALAYAN UNION “ TUJU
KONON BURUK BENOR DEPA DIPERLAKU
KATA “BERSIH” DIJUNJUNG HILIR-HULU
TERKINI VERSI “BERSIH 4.0” DEPA LAGU
ULANGTAHUN MERDEKA 2015 GANGGU
SYUKUR MAJORITI RAKYAT TAK SETUJU
PADA “HIMPUNAN RAKYAT BERSATU”
BERBEZA HIMPUNAN 1946 DAHULU
MISI MANDAT PRU13 USAH GANGGU
PM SEMASA RAKYAT MAJORITI TENTU
BELUMPUN HIMPUNAN ESOK BERLAKU
PARA PENYOKONG “BERSIH” BERBULU
KEHADIRAN YANG RAMAI AMAT PERLU
AGAR
TAK DILEBEL BAGAI TAK BERBATU
serling
(15.09.15)
selasa
....