Thursday, September 3, 2015

MASIH DIRAGUI ?



MASIH DIRAGUI ?
(MUHASABAHLAH DIRI !)

TUN M DAN DSN SAYA HURMATI
MANTAN DAN PM SEMASA KINI
LEBIH DUA DEKAD TUN M KETUAI
SEJAK 2009 GILIRAN DSN DUDUKI

TUN M SERANG DSN BERTUBI-TUBI
MENJATUHKAN DSN ARAH HAJATI
ISU DITIMBUL DIKITAR BERKALI-KALI
DERMA RM2.6 BIL TERUS DENDANGI

SPRM DAN BANK NEGARA MAKLUMI
SAHKAN DERMA DARI ARAB SAUDI
CUMA SAPA PENDERMA TAK KETAHUI
SPRM DAN BANK NEGARA DISANGSI

HANYA KERANA DI AKAUN PERIBADI
TUN M, TSMY DAN MB KEDAH RAGUI
BUKANKAH AMALAN DAHULU LAGI
DERMA DIBERI KEPADA PARTI-PARTI

JANGAN BERAT SEBELAH TUN M AKSI
RM2.4 JUTA BERSIH 4 ADA PEMBIAYAI
SAPA PENDERMA TIDAK DIMAKLUMI
TUN M PILIH SITUASI BERINTEGRITI

PERIHAL SERAWAK REPORT TERKINI
ANDAI BENARLAH TUN M LIBAT DIRI
CATATAN SEJARAH NEGARA RAKAMI
CEMAR NAMA BAIK TUN M WARNAI

BANYAK TAMBAH NILAI DSN BAIKI
SAMBUNGAN KEPADA TUN M BERI
TINDAKAN TUN M MENIKAM PARTI
JUGA GERAK TSMY SERTA SEPERTI

DULU KEPADA DAP TUN M MARAHI
SEBAGAI AHLI UMNO DIA KHIANATI
DAP - TUN M BAGAI RAKANKONGSI
MATLAMAT HALAL CARA APPLIKASI

LEBIH DUA DEKAD TUN M BERBAKTI
YANG KINI DSN PM KEENAM WARISI
TAK LUPA  TUN M BUAT KEKAL DIRI
SEMOGA TUN M MUHASABAH DIRI

Serling
(03.09.15)
Khamis
…..

No comments: