Friday, August 21, 2015

SEHATI SEJIWA ?



SEHATI SEJIWA ?
(Sanggahi tema hari kemerdekaan @ kebangsaan ?)

LETUPAN 1MDB MENGEGARI
RAMAI YANG TUNDING JARI
TERHEBAT TUN M BERBUNYI
NAK NAJIB SEGERA BERHENTI

KERJA PEMBANGKANG PASTI
KEPADA BN SENTIASA MUSUHI
TIADA TERIMA KASIH SUARAI
BERTALU UMPAT SERTA KEJI

TIDAK KECUALI TSMY BERAKSI
SERTA SESAMA UMNO DAPATI
DAKWAAN TUN M DIPERCAYAI
TAK SABAR SIASATAN OPERASI

PABILA PENCERAHAN DIKONGSI
INFO DARI BANGKOK DIDAPATI
BAGAI DIRANCANG GERAK BENCI
TERBEBAN PADA NAJIB ALAMI

TEMA SEHATI SEJIWA TERKINI
ULANGTAHUN MERDEKA RAI
DALAM UMNO WAJIB DIBUKTI
TUMPU TAAT PRESIDEN PARTI

HAL TIMBALAN PRESIDEN PARTI
TATACARA SEPARTI DIENGKARI
PADA PRESIDEN DIA MERAGUI
SOAL CARA DERMA DIKENDALI

SEMUA PRESIDEN MENDULUI
JUGA SEMASA TUN M DUDUKI
TIADA PUN TIMBALAN TANYAI
NGAPA TSMY SUMBANG TARI

ETIKA BERPASUKAN TERMESTI
SEHATI SEJIWA WAJIB PATUHI
ANDAI PRESIDEN MENYALAHI
GUNAKAN SALUR DEMOKRASI

SELAKU DI LEVEL AKAR UMBI
KJ MINTA AGAR BEBAS SUARAI
SILA RASAI HATI KAMI KONGSI
HENTIKAN AGENDA PERIBADI

Serling
(21.08.2015)
Jumaat
………

Friday, August 7, 2015

BETUL KE KJ ?



BETUL KE KJ ?
(ISYARAT BUAT DSN?)

LIHAT DAN DENGAR BERITA
KJ DAN PIMPINAN PEMUDA
SUMBANG GAYA  KJ SUARA
TSMY DAN SHAFIE DICAKNA

PADA BLOGGER UMNO HALA
TSMY DAN SHAFIE DIA BELA
BLOGGER UMNO DISALAHNYA
BANYAK INTERPRITASI  JUMPA

PATUT KJ BERMINDA TERBUKA
TANDA BLOGGER UMNO PEKA
TSMY DAN SHAFIE SALAH GAYA
PADA DSN BERBURUK SANGKA

JIKA BEGITU SUARA PEMUDA
TIKA SAF UMNO JURUS SEHALA
IRAMA SUMBANG GERAKGAYA
DURI DALAM DAGING DIBELA

BAGAIKAN TSMY DABIK DADA
HAL ISU 1MDB TERUS DIKATA
KEPADA UMNO NGAKU SETIA
GAYA PEMBANGANG IKUTNYA

NGAPA TSMY-SHAFIE KECEWA
GUNA ISU 1MDB TIDAK BERJAYA
ISU RM2.6 BILLION JERAT HALA
PENCERAHAN SPRM KITA CAYA

SEPANJANG DSN JADI MANGSA
PEMBANGKANG MEMULA TAJA
TUN M PUN IKUT TEMBAK JUGA
SURUH DSN UNDUR DIRI SAHAJA

SEPATUTNYA  KJ KETUAI PEMUDA
NADA YAKIN PADA DSN DISUARA
TAPI GAYA TSMY-SHAFIE SEHALA
STATEMENT KJ BUKAN MEMBINA

LIHAT RENTAK TSMY BUAT GAYA
PEMILIHAN PRESIDEN RUANGNYA
MELAWAN DSN BOLEH DIJANGKA
GITUKAH ISYARAT KJ NAK BAWA ?

Serling
(07.08.15)
Jumaat