Friday, February 20, 2015

SARANAN JANGAN PEDULI ?

SARANAN JANGAN PEDULI ?
(KONTROVERSI lawan KONSPIRASI ?)

KALI KEDUA PENJARA DIA MASUKI
SALAHGUNA KUASA DULU HAKIMI
SABIT MELIWAT SEPULUH FEBRUARI
JADI BANDUAN KEDUA KALI TERKINI

AMAT  MEMERANJATKAN SITUASI
BILA KETUA BAHAGIAN BERBUNYI
UMNO PERMATANG PAUH PAMERI
SUARA PERIBADI OLEH MOHD ZAIDI

MAHU HAL ANWAR JANGAN PEDULI
DI DALAM PENJARA SG BULUH KINI
MINTA FAMILI ANWAR DIHORMATI
KEPADA ANWAR TAK DIAIBKAN LAGI

MOHD ZAIDI BERNADA KONTROVERSI
PADA FAMILI ANWAR MAHU LINDUNGI
APAKAH PERANAN MOHD ZAIDI BERI
SI ANWAR TUDUH WUJUD KONSPIRASI

PENJELASAN BENAR PATUT MAKLUMI
PUTUSAN LIMA ORANG MENGHAKIMI
PENYOKONG ANWAR TIDAK PERAKUI
CAYA  ANWAR MANGSA KONSPIRASI

BERJAYA ANWAR  UTAMA  PERIBADI
PEMBOHONGAN BELIAU DIPERCAYAI
PADA NAJIB / UMNO DITANAM BENCI
ANWAR DIANGGAP BERSIH DAN SUCI

PENCERAHAN BERFAKTA HAL MESTI
PENDAPAT MOHD ZAIDI SIMPAN TEPI
JIKALAU PENDAPAT BELIAU DIIKUTI
PAKATAN RAKYAT LEBIH MANFAATI

AKIBAT BIARKAN BEBAS KE SANA SINI
CERAMAH ANWAR  DAKWA DIANIAYAI
SABIT KESALAHAN MASIH MENGUKITI
PENCERAHAN BERFAKTA WAJIB JAJAI

serling
21.02.2015
sabtu

……

Wednesday, February 11, 2015

TEWAS SI KANCIL ?

TEWAS SI KANCIL ?
(Keadilan buat Si Agas ?)

10 FEBRUARI 2015 AMAT BERMAKNA
PUTUSAN LIMA HAKIM SAMA SEKATA
AKUR KATA TIGA HAKIM SEBELUMNYA
BERSALAH DAN LIMA TAHUN PENJARA

DI KONDOMINIUM DESA DAMANSARA
26 JUN 2008 KEJADIAN LIWAT BERADA
LIWAT KE ATAS  SAIFUL  ASAL DAKWA
ADUAN SAIFUL  DIJURUSKAN BICARA

PROSES PANJANG BICARA PUN MULA
MAHKAMAH SESYEN JEJAK PERTAMA
TIDAK MENGAKU SALAH RAKAM KATA
KE MAHKAMAH TINGGI KES DIBICARA

TAHUN 2012 KEPUTUSAN DITERIMA
YANG DIDAKWA SANGAT GEMBIRA
DIBEBAS TUDUHAN LIWAT DINYATA
MAHKAMAH DAN HAKIM DIPUJINYA

TAHUN 2014 RAYUAN ULANGBICARA
TIGA HAKIM PUTUS SEBULAT SUARA
DAKWAN SAIFUL TIMBANG SEMULA
PELIWAT KENA LIMA TAHUN PENJARA

YANG DIHUKUM MINTA ULANGBICARA
MAHKAMAH PERSEKUTUAN TMPATNYA
PANEL HAKIM MENOKOK MENJADI LIMA
BEGITU KEPUTUSAN DIKETAHUI SEMUA

DI PENJARA SUNGAI BULOH BERMULA
BEGITULAH NASIB KANCIL BIJAKSANA
SILAP PERCATURAN KEHEBATAN JAJA
SAIFUL IBARAT AGAS YANG BERJAYA

serling
12.02.2015
(khamis)

…….