BERSARA ?
MASA BERUNDUR ?
Tiba masa mesti bersara
Sukarela ataupun dipaksa
Faktor umur penentunya
Lumrah kepada manusia
Bermajikan, amalan biasa
Penjawat jawatan akur saja
Tak komplen kena bersara
Fikir cara urus berbaki usia
Malang buat YB-YB semua
Pegangan politik tiada beza
Naik nama calon, hajat mula
Tidak tercalon, buat merana
Kini penantian PRU13 teruja
Ketua-ketua parti yang lega
Calonkan diri sendiri biasa
Undur diri pegangan mulia
Matang komponen BN ada
Silih ganti pemimpin biasa
Suara akar umbi, akur depa
Sampai masa undur sahaja
Pakatan rakyat jelas bebeza
DAP,PKR dan Pas sama saja
Pemimpin atas lebih berusia
Kenapakah demikian jadinya
Pertama ingin nikmat kuasa
Anggap boleh buat apa saja
Anggota parti boleh perkuda
Berada di atas terasa selesa
Keduanya takut hilang kuasa
Bila status YB-YB sudah tiada
Anggota parti buat-buat lupa
Peluang ceramah jarang ada
Anwar berwatak kancil sama
Jika penjawat awam bersara
Lebih enampuluh sudah usia
Kecuali para hakim istimewa
PRU13 peluang terakhir ada
Strategi tarik simpati warna
Rakyat usah cepat terpedaya
Dedahan oleh TIBAI buktinya
Soalnya ngapa anwar beria
Meroyan jadi PM tidak reda
Prihal isu moral dihadapinya
Wajar pengundi berwaspada
Serling
[05.07.2012]
Khamis
……..
p/s:
-UM:05.07.2012:khamis:
“Persaraan Anwar boleh ‘menjentik’ hati rakyat”
No comments:
Post a Comment