Thursday, September 10, 2009

N.31 BAGAN PINANG !

SAPA CALON & PEMENANG ?

PRK N31 di Bagan Pinang
Di Parlimen Teluk Kemang
Sepatut BN boleh menang
Silap haribulan kecundang

Parlimennya PKR mewakili
DUN Chuah dan PD sekali
DUN Lukut DAP memiliki
BN masih kekal DUN linggi

3 DUN milik pembangkang
Serta parlimen PKR pegang
2 DUN sahaja BN menang
Sebegitu PRU12 terbentang

DUN Negeri Sembilan kini
BN berkurangan satu kerusi
PAS tunggal di Paroi duduki
PRK N31 ruang tokok kerusi

Kerusi N31 terbuka sekarang
UMNO dan PAS seri peluang
PRK kuala trengganu kenang
Calon muda UMNO tumbang

Sumbangan Wanita tak nafi
Sumbang ketuanya berbunyi
Baru YB penyandang pergi
Mahu calon wanita tandingi

Ikut bahagian teluk kemang
MB negeri sembilan pegang
Tidak wajar sanggah canang
Calon tepat pengundi senang

Hari penamaan calon tunggui
Siapakah najib pilih tandingi
Muda atau tua tidak halangi
PRK permatang pasir hantui

Pasti PAS matian berperang
Buat teman ADUN seorang
Usah BN bersenang lenang
Bila tertewas sebuk bincang

serling
[11.09.09]
jumaat
…..
UM:11.09.09:jumaat:
“Bagan Pinang:TPM minta beberapa nama calon dikemukakan”
BH:11.09.09:jumaat:
-“PR yakin rampas DUN Bagan Pinang:Anwar”
-“UMNO Telok Kemang ada calon untuk pilihan raya kecil DUN”

No comments: