MANA BIJAKSANA ?
Tempohi Ramadhan mulia
Baru empatbelas hari puasa
Merakamkan tiga peristiwa
Mengusik benak minda kita
Ulang tahun limapuluhdua
Di hari kesepuluh berpuasa
Sambut merdeka sederhana
Tiap tahun raikan bersama
Keputusan tidak bijaksana
Lokasi kuil hindu salahala
Pakatan Rakyat sendiwara
‘Kepala lembu’ isukan pula
Di hari ketujuh bulan puasa
Penduduk serta NGO mara
Selepas solat jumaat sejiwa
MB Selangor saja tak peka
Hari keduabelas lain cerita
Aman Perak gugat seketika
Pakatan Rakyat berangkara
Sidang DUN haram peraga
Kurang adab PR beragenda
Putusan kehakiman disenda
Bertindak bagaikan di rimba
Terpekek terlolong ikut suka
DUN bawah pokok pertama
Di Heritage Hotel kali kedua
Tak sabar nanti PRU13 tiba
Minda rakyat sengaja dituba
Tubuh pakatan kerana kuasa
Campuran kerusi pilihanraya
Sesiapa pandai goreng kepala
Penjualan arak bagai ikutrasa
Demi bulan Ramadhan mulia
Apa hal pun politik orang kita
Kemuliaan Islam wajib dijaga
Bijaksana mestilah diperguna
serling
[04.09.09]
jumaat
……….
p/s:
UM:04.09.09.:jumaat:
-“KDN mahu selesai isu kuil”
-“Orang Politik tidak sesuai – Noh”
Friday, September 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kah..kah..kah..Melayu Baru sudah bijak,
Kah..kah..kah..kah..kah
Melayu tak main politik bulan puasa...kaha..kah..kah
Melayu duduk diam bulan puasa ...macam duduk diam sama bini tak buat apa2 tahan nafsu syhawat,,kah,,kah,,kah,Melayu sudah maju
salam sahabat,
terima kasih kerana sering mengunjungi laman blog saya serta memberikan komen yang menarik, apa lagi yang mampu saya berikan selain dari ucapan ribuan terima kasih dengan harapan semoga mengunjungi lagi nanti ~ azam
Post a Comment