AKIBAT ARAK DAN LIWAT !
Tangguh hukuman sebat
Tangguh bicara kes liwat
Dorongkan rakyat tercegat
Bagaikan antara dua darjat
Tidak sabar kartika tunggu
Hukuman sebat patut laku
Meminum arak, dia ngaku
Tertangguh sebab tertentu
Kartika hanya rakyat biasa
Hukuman sebat dia bersedia
Mahkamah syariah putusnya
Peluang merayu tidak guna
Pada kartika banyak simpati
Namun kartika menetap hati
Redha sebatan tunggu hari
Tapi ada pihak tak senangi
Bila bicara kes liwat tangguh
Rakyat umumnya mengeluh
Bazir wang, masa dan peluh
Si anwar peragakan angkuh
Langkah anwar dipersoalkan
Sebab mohon tangguh adakan
Sebelum perbicaraan mulakan
Jikalau tak buat, apa takutkan
Anwar dan kartika seagama
Anwar selaku VVIP ternama
Bagai layanan VVIP terima
Di sisi agama, mereka sama
Perihal minum arak berlaku
Tidak libatkan lain individu
Dalam kes liwat punya regu
Mangsa kena liwat mengadu
Wujudkah keadilan dua darjat
Tiadakah hak pengadu diliwat
Sumpah laknat telah dia buat
Segera bicara tertuduh peliwat
serling
[07.09.09]
isnin
…..
p/s:
UM:07.09.09:isnin:
“Anwar tidak perlu takut”
“Anwar tak patut tangguh kes liwat”
RTM1:07.09.09:malam: Di Luar Lingkaran -“Sebat”
Monday, September 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment