Tuesday, September 1, 2009

TAK MUDAH !

ELAK RAKYAT WAHAM !

31.08.2009 dalam sejarah
10 Ramadhan 1430 Hijrah
Dataran Parlimen megah
52 tahun merdeka meriah

Parlimen paksi demokrasi
Sepadu pucuk ke akarumbi
Syukur ‘merdeka’ nikmati
Susunan aturcara jati diri

Kurang sejam tempoh guna
Berbagai kaum warganegara
Lafaz Rukunegara bersama
Sejak 1970 peringatkan kita

Najib, PM giliran keenam
Semua PM dulu jadi ilham
Sebelum suara fikir dalam
Agar rakyat tidak waham

‘Merdeka’ dan ‘1Malaysia’
Laungan para peserta gema
Pupuk titian dikongsi sama
Wawasan 2020 bakal jelma

Sebelas tahun target dekati
1991 masa Tun M memulai
Cetus semangat yang tinggi
Walau pembangkang ragui

Jika usia 52 penanda arah
Melebihi penanda, bertuah
Alami pengalaman dijajah
Proses merdeka tak mudah

Serling
[01.09.09]
Selasa
…..
p/s:
UM:31.08.09:Isnin:
“Runtuhkan tembok kaum”

No comments: