Wednesday, September 23, 2009

N.31 BAGAN PINANG ( 4 )

YANG MANA SATU ?

Yakin BN pertahan kerusi
Demikian TunM percayai
Dari Seremban berita uari
Rumah MB kordinat lokasi

Sapa bakal calon BN nanti
TunM mahukan bersih suci
Tapi dalam amal demokrasi
Ketentuan tangan pengundi

Imbau laluan sebelum mati
Sukar maksum senjak bayi
Ulama kita pun tak kecuali
Begitu manusia sejak azali

Masa TunM presiden parti
Istilah politik wang dengari
Kecewa dengan apa terjadi
Dalam PAU kata undur diri

Terima kasih TunM rakami
Tangguh pengumuman beri
Tahun 2003 baru jadi realiti
Pak lah meneruskan tradisi

Hukuman telah TS Isa lalui
Kini langkah baru dia mulai
Bahagian sendiri menyakini
Status ketua bahagian kini

Bersamalah muhasabah diri
Berat mata, tapi bahu bebani
Usah menyukarkan pengundi
Elak penyokong boikot undi

PPSMI telah TunM lancari
Yang setuju, tersirat fahami
Kini hasrat TunM dihalangi
BM akan digunakan kembali

PPSMI sengaja diperingati
Suara TunM atas demokrasi
Tanggal 29.09.09 telah janji
Jika TS Isa patut,usah ragui

Calon Pas bakal BN hadapi
Kepimpinan Pas tidak sesuci
Jika cakap dan laku dihalusi
Hotel Perdana tetap peringati

Bagan Pinang dan semua lagi
Maksud TunM kata peringati
Calon BN sewajar menepati
Strategi BN yakini pengundi

Tanpa TS besarkah majoriti
Calonkan TS tewaskah nanti
Atau pun menyusut majoriti
Atau pun peningkatan undi

PRK kuala trengganu ingati
Timbalan menteri yang pergi
Calon BN dipilih pucuk parti
Kini Pas mewakili pengundi

PRK belum ada putusan seri
Hanya satu calon memenangi
Manik Urai, Pas 65 majoriti
Batang Air, BN kekal kerusi

serling
[23.09.09]
rabu
…..
p/s:
-BH:23.09.09:rabu:
“Dr Mahathir yakin BN pertahan kerusi”
-UM:23.09:09:rabu:
“Pilih calon bersih di Bagan Pinang jika mahu menang besar – Tun Mahathir”

No comments: