Saturday, October 3, 2009

USAH MENGASARI !

JAUHI PAHIT DULU !

Hanya BN lawan Pas jadi
Calon bebas gagal tandingi
Dari PKR keluar parti akui
Lakonan Pas dan PKR ini ?

PRU10, 11 & 12 dia lalui
Di DUN lenggeng masuki
Ketiga-tiga tewas zulkefly
Kini PRK N31 ditandingi

Sifat Pesuruhjaya Negeri
Arahan parti sedia patuhi
Soal menang ingin sekali
Jikalau kalah, biasa alami

Matlamat halal cara diaksi
Kata-kata hadi kena halusi
Akan guna buah sulit nanti
Usaha tarik sokongan undi

Watak sesumpah, Pas aksi
Begitukah buah sulit hadi
Pada melayu, syurga janji
Bukan bumi, ‘for all’ uari

Gerakerja Pas sama ulangi
Rumah pengundi kunjungi
Berwatak sesumpah lakoni
Ahli UMNO/BN digoyangi

Setiap PRU & PRK tandingi
Gerakerja Pas patut contohi
Penyokong rajin mengundi
Dekat seratus peratus hadiri

Calon BN pastikan menangi
Patut tingkat jurang majoriti
Ruang dan peluang pegangi
Kerjabuat lebihi cakap mesti

Cakap dan buat wajib selari
TS Isa jangan selesakan diri
Lapor petugas kena selidiki
DS Najib pahit dulu hayati

Sulit pertama strategi hadi
Ketika nama calon hari ini
Diaturkan penyokong tadi
Celahan mereka kena lalui

Kerana janji syurga dilagui
Jihad ahli Pas sukar jangkai
Tidak hairan probokasi jadi
Peminpin UMNO dikasari

Tidak hairan hari undi nanti
Jika pengundi BN kecut hati
Balik rumah takut mengundi
Banyak bilangan, jejas undi

Ajar pengundi kita hati-hati
Jangan naik kereta tersangsi
Salah peti undi dibawa nanti
Urus pengundi kita hal mesti

Kempen cara individu jauhi
Peranan saksi amat diingini
Kempen berkumpulan mesti
Kamera digital bawa sekali

Dijaja ‘anu’, puteri melalui
Hingga ke mahkamah adili
Si penunjuk ‘anu’ tetap nafi
Moga gila ini tidak diulangi

TS Isa dan Zulkefly tandingi
Dengan restu parti mewakili
Tindaktanduk petugas awasi
Sesama kita usah mengasari

serling
[03.10.09]
ahad
…..
p/s:
BH:03.10.09:sabtu:MUTAKHIR
-“Suspek tumbuk Abdul Azeez belum dikenalpasti”
-“Sikap penyokong Pas tidak cerminkan Islam:TPM”
-“Hadi akui sukar untuk Pas menang di Bagan Pinang”
-“Pilih calon, parti terbaik demi kepentingan rakyat:PM”
-“Zulkefly akui bukan anak tempatan Bagan Pinang”
-“Isa percaya pengundi Bagan Pinang beri sokongan.”

No comments: