Tuesday, October 27, 2009

TRAGEDI KUALA DIPANG !

LEBIH BERHATI-HATI !

Berniat suci jadi tragedi
Pada murid beri motivasi
Kuala depang malam tadi
Titi gantung tidak fungsi

Murid mati lemas hantui
Baru satu mayat ditemui
Angka tepat tidak pasti
Kurang sebulan usia titi

Siaran berita TV diikuti
Panjang umur yang pasti
Yang terselamat syukuri
Dua mangsa masih cari

Lebih 200 peserta sertai
Pusat kokurikulum lokasi
Berpuluh sekolah wakili
Keizinan ibubapa dapati

Apabila prosedur patuhi
Senjak sebelum aktiviti
Hingga peserta kembali
Tidak perlu gundah hati

Ramai guru libatkan diri
Banyak aktiviti dikendali
Bersama murid di lokasi
Tinggalkan famili sendiri

Dilemma yang guru alami
Tragedi yang tetiba terjadi
Akan ada menunding jari
Ngapa tak buat itu dan ini

Motivasi 1Malaysia uari
Keharmonian tetap bajai
Suasana berkem menepati
Tanpa ibu bapa berdikari

Jawatankuasa siasat jadi
KPPM sendiri mengetuai
Kebetulankah asal negeri
Kena telus tiada sembunyi

Ibu bapa mangsa tragedi
Ketentuan Allah warnai
Lemah kita dikenalpasti
Elak berulang begitu lagi

Duga Allah usah ungkiti
Murid tahap dua tempuhi
Yang truma kena dekati
Murid dan guru bersekali

serling
[27.10.09]
selasa
…..
p/s:
Bernama.com:27 Oktober, 2009;15:32 PM:
“Tindakan Nekad Guru Dan Pengawal Selamatkan Ramai Murid Daripada Lemas”

No comments: