Saturday, October 31, 2009

YB TERSAYANG ? ( 3 )

TERSURAT DAN TERSIRAT ?

Terkenal dengan kelantangan
Tiada kecualian hala serangan
YB BN wakili kinabatangan
Bung moktar tidak seorangan

Seorang YB Pas dari Marang
Dulu MB Terengganu pegang
Hanya sepenggal rasai senang
Hadi awang kini kurang garang

Menang PRU12 di setiawangsa
YB BN solo yang tidak kecewa
Formula apakah di bandar raya
Pada zulhasnan, pengundi suka

Parlimen kuantan beliau wakili
YB PKR fauziah lunak berjanji
Dalih bukan PKR kuasai negeri
Ofis jalan beserah mana pergi

Perbuatan beliau amat melulu
Nizar MB Pakatan Perak dahulu
YB Pas Bukit Gantang tak malu
Selepas sumpah pekikan bertalu

Nampak lembut sekali pandang
Rajin Ismail Sabri turun padang
YB BN Parlimen Bera sekarang
Di bahunya perihal harga barang

KM DAP bukannya sebarangan
Cakap dan buatnya setentangan
Terhadap Utusan keras larangan
Kata ‘bebas’ guan eng pancingan

serling
[31.10.09]
sabtu
….

No comments: