Monday, September 14, 2009

N.31 BAGAN PIANANG ( 3 ) !

HELAH USIK UNDI POS ?

Udah gaharu, cendana pula
Gendang Pas pupuk curiga
Sudah tahu pura-pura tanya
Mainan politik atasi agama

Tak telus, undi pos didakwa
Minta undi pos kaji semula
Simpati pengundi Pas minta
Konon undi pos tipu belaka

Dengan SPR, Pas nak jumpa
Prosedur undi pos diagenda
Hakikat Pas merasa kecewa
Majoriti undi pos tentangnya

Pengundi Pos, parti Pas hina
Majoriti undi tak sokongnya
Kalau sebaliknya, pejam saja
Kerana politik, Pas titi agama

Ikuti ceramah Pas mana-mana
Jika tentang Pas, bodoh belaka
Juga pengundi dijanji syurga
Yang malas fakir, telan sahaja

Buat pengundi pos dan biasa
PRK Bagan Pinang membara
Pas-DAP-PKR ganda usaha
Kubu kuat UMNO@BN gegarnya

Pengundi PRK N31 kena tanya
Jika perayu undi Pas berjumpa
Ngapa janji PRU 12 buat lupa
Dalam negeri PR pegang kuasa

Jawapan perayu, skrip serupa
Persekutuan bukan kuasa kita
Demikian helah belit mereka
Tadbir negeri jejaki BN saja

13,664 pengudi jumlah semua
Termasuk 4,604 undi pos ada
Kemungkinan kalah, Pas rasa
Lekehkan undi Pos, amat hina

Pengundi hantu Pas suka kata
Di Permatang Pasir diam saja
Agaknya mereka geng niatsama
Gaya hipokrit, faedah mereka

3 Oktober , calon daftar nama
11 Oktober, tarikh undi nyata
Kempen PRK N.31 di musim raya
Hati-hati usah keracunan pula

Pada pengundi pos dan biasa
Tiap satu undi bernilai sama
Awas putar belit Pas perdaya
Calon BN dipastikan berjaya

serling
[15.09.09]
selasa
……
p/s:
BH:14.09.09:isnin:MUTAKHIR:
“Pas akan bertemu SPR bincang prosedur undi pos”

2 comments:

Pyanhabib said...

selamat hari raya aidilfitri

merandok said...

untuk pengundi india BP; jom kita ketawa skit:-

Di Persidangan MIC baru-baru ni, perwakilan berbahas dengan spirit 1Malaysia. Semua bersetuju berbahas dalam pantun sebab nak memertabatkan Bahasa Malaysia.

Perwakilan 1
Saya manyak jauh, Dublin Estate jugak mari
Sini mari meeting mau kasi kuat itu MIC
MIC bole mati kalu tadak itu Samy Datok Siri
Kalu dia mati kasi ganti sama Vel Paari

Satu worang tua paper dalam ada kata
Dia kata saya punya Datok Siri manyak celaka
Dia kata Datok Siri tadak buat kerja
Saya rasa mau gantong selipar dia punya dada

Perwakilan 2
Apa pasai mau marah sama itu worang tua
Memang butol itu Datuk Siri manyak celaka
Dulu miskin muka surupa macam kera
sekarang satu family sudah kaya raya

Itu Subramaniam baik punya worang
Sini sana dia kirja siang malam
Itu Maika punya duit dia tadak kasi hilang
Sama dia saya manyak sayang

Perwakilan 3
Cit, cit apa ada guna ini Samy sama Subra
Dua, dua cakap saja manyak tapi tadak kirja
Saya punya mata saya ada nampak satu calon saja
Ini MIC punya dalam kasi Sothi jadi Raja

Itu Sothi suda lama saya ada kawan
Sama Samy pun dia ada berani lawan
Kalu MIC punya dalam dia sudah tawan
Gerantee Najib sama Sothi bule minum kopi satu cawan,

Perwakilan 4,
Saya tadak puduli sekarang saya manyak marah
Sumua ini pemimpin surupa saja cikek darah
India punya worang dalam estate jugak hidup susah
Itu pemimpin siang malam minum, enjoy pooodah,

sekarang saya mau tau berapa wang Samy ada
Subra sama Sothi, Palanivel pun surupa juga
Dia worang punya duit sumua kasi jumla
Sama manyak sama sumua worang India punya juga

Perwakilan 5
Sumua worang jangan cepat marah mari
Relaks relaks juga kasi manyak senang hati
sekarang sumua cakap manyak panas macam api
Nanti kopi duit dapat diam macam takot bini

Saya cadang ini macam sama sumua ahli MIC
Ini parti kasi tutop kasi bunoh sampai mati
sekarang kita balik pigi jumpa anak bini
Esok ramai-ramai join UMNO di PWTC

Posted by Kata Tak Nak at Tuesday, September 15, 2009