Wednesday, July 22, 2009

SAPA BIJAKSANA ?

JAUHI TOHMAH DIREKA !

Sekarang tak seperti dulu
Canggih komunikasi padu
Apa peristiwa dunia tahu
Tak kecuali mana berlaku

Suruhanjaya Diraja realiti
SPRM hadapi dua inkuari
Adakah hak asasi langgari
Cara siasat adakah patuhi

Tak sesia TBH jatuh mati
Ada inkues mengapa jadi
Punca kematian diselidiki
Dibunuh atau matikan diri

Sebelum suruhanjaya ada
Suruhanjaya depa curiga
Jika dapatan rugikan depa
Mereka sikap keras kepala

Syarat sokong suruhanjaya
Jika SPRM bersalahan saja
Demikian prasyarat perkata
Keji PR @ PTR jelas nyata

Gaya anwar penasihat parti
Jadi ‘hakim’ kes liwat jajai
‘Tidak bersalah’ diri sendiri
Mahkamah di mana contohi

Patutlah caca merba harungi
PR @ PTR cuba susup janji
Dahulu di penanti susut undi
Terkini di manik urai terbukti

Dengan terma rujukan dikata
Siasat pada exco seperti biasa
Ke HQ SPRM dipindah ketua
Elakkan tohmah sengaja reka

Anwar dan LKS ala tok juara
Hasrat PR @ PTR tidak jaya
Racuni minda rakyat diusaha
Diuarkan TBH mati terinaya

Sebelum suruhanjaya realiti
Senator DAP syor pengerusi
Konon pengalaman menepati
Suruhanjaya bagai dikemudi

Adil cara PR @ PTR ingini
Arah dapatan dimanipulasi
Kepada SPRM tunding jari
Belum siasat, hukuman jadi

Janji najib rakyat menunggu
Keluarga TBH akan dia temu
Dapatan suruhanjaya beritahu
Keikhlasan PM rakyat mahu

serling
[22.07.09]
rabu
….
p/s:
-NST.Online:21.07.09:selasa:” Teoh’s death probe: Lim proposes Tunku Abdul Aziz to head investigation”
- NST.Online:22.07.09:selasa:” Cabinet nod for Royal Commission, inquest”

2 comments:

merandok said...

gitulah belit simpul tali
putarnya kata kematu hati
nak inkuest buat inkuiri
cuci je kain buang ke tepi

SPRM sebarang beraja dihati
bini orang nak ditelanjangi
dulu diadu najib pandang sepi
sibuk reka hikayat 100 hari

nyawa pergi ta'kan kembali
nak cegah jangan ulang lagi
mungkar salah sama dicegahi
elak sampai kena diri sendiri

jangan sibuk nak poket berisi
tadbir bukan boleh sipi-sipi
semua ditengok risik sendiri
taklah cakap merepek ikut hati

bulan said...

Tudoh menudoh kelihatan amat
Kematian pemuda suatu alamat
Pemimpin politik bagai keramat
Kesalahan jelas tapi tetap selamat

Kenapa? Malaysia jadi sebegini
Penipu, peliwat, pembunoh kini
Nampak saakan samakin berani
Undang2 negeri mati sana n sini

Inikah? akibat tersalah memehak
Perasuah, peliwat cuba mencorak
Malaysia yg aman menjadi porak
Sama-sama melayu rioh bersorak

Konspirasi tetap terus menjulang
Siapa berani siapa hendak halang
Penyokong tasub bukan kepalang
Jadilah ketuanya hantu jembalang

Ketika hasrat bawa isarat
Otak geliga nampak karat
Ada ketika ada jua tersurat
Ular lidi menelan naga ibarat