KENTUT PUN SUKAR AKUI !
Alkisah terbit suatu cerita
Berlaku perkara luar biasa
Tika sidang jawatankuasa
Semua orang cemek muka
Berkata pengerusi selamba
Kenapa semua muka cuka
Berbunyilah insan berkata
Terbau busuk cara tiba-tiba
Pengerusi lagak berwibawa
Disaran pengakuan terbuka
Sapa lepas bom tanda tanya
Lebih lima minit sunyi saja
Konon demokrasi uruscara
Bersetujulah sebulat suara
Pengakuan bertulis diminta
Kertas saiz kad kredit guna
YA atau TIDAK mudah aja
Nama yang menulis juga ada
Kertas digulung kecil serupa
Pada pengerusi serah semua
Setiap kertas pengerusi baca
Puashati dan angguk kepala
Katanya aib orang usah buka
Biar pengerusi simpan rahsia
Di dalam hal-hal lain agenda
Tetiba pengerusi cemek muka
Bom kedua kuat dari arahnya
Aura bau sebiji bom pertama
Demikian Allah mahakuasa
Sendiwara pengerusi warna
Terselamat ahli fitnah dunia
Lakonan berpura ada hadnya
Mahkamah sedia buat bicara
Analogi atas bagai umpama
Sampai bila mahu sendiwara
Bicara segera kes liwat kedua
Ngapa O.K.T beri istimewa
Layanan si pengadu terbiasa
Sukar cari O.K.T ngaku saja
Bohong 16.09.08 jelas nyata
O.K.T dan pegadu layan sama
O.K.T jadi hakim sendiri gaya
Ceramah sana sini dabit dada
Bau kentut pun tiada pemunya
Lambatkan bicara kes diagenda
Demikian rakyat waras percaya
Dulu tiada seksyen 51A serupa
Dihakimkan ikut bukti kemuka
O.K.T wakili lawyer bijaksana
Ngapa takut belum bicara mula
Jikalau tidak salah, bebas saja
Bebas belum bicara, luar biasa
Serling
[17.07.09]
Jumaat
…..
p/s:
UM:17.07.09:jumaat:”Permohonan Anwar ditunaikan”
Friday, July 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment