Tuesday, July 21, 2009

MOHON BIJAKSANA !

BUKAN MASA MAIN SELAMAT !

Rujuk Timbalan PM kata
RC @ Suruhanjaya Diraja
Pihak Kabinet putus bicara
Kewarasan cabinet diminta

Menurut berita yang terkini
Siasatan Polis amatlah rapi
Staf SPRM juga tak kecuali
Juga sebilangan besar saksi

Lim Kit Siang cakap berapi
Kepada SPRM tunding jari
Dakwa penyebab TBH mati
Emosi rakyat sengaja nyalai

Biasa PR @ PTR mewarnai
Si anwar pun sama melagui
Ikut serta MB selangor jajai
Diwirakan TBH jatuh mati

DAP,PKR dan PAS sehati
Konon hal rakyat lindungi
Ruang belasah BN dinanti
TBH jatuh jadikan sensasi

Dalam BN pun ada sebelahi
Selain UMNO sudah ngerti
Tetapi bila KJ juga melagui
Mainan selamat KJ pameri

PR@PTR gagal tunai janji
Pabila TBH jatuh dan mati
Peluang keemasan dimiliki
Redakan gelisah pengundi

Andai TBH jatuh tidak mati
Lebih rahsia Exco didedahi
Songsongan teori dikongsi
Minta tubuh RC diwayangi

Kewajaran wujud RC tiada
Dahulu Tun Lah dah terkena
Rasional RC wujud kenapa
Pada najib, mohon bijaksana

serling
[21.07.09]
selasa
….
p/s:
UM:21.07.09:selasa:”Kes Beng Hock 60% selesai”

1 comment:

BENGAH @ SERLING said...

Bijaksana najib dinanti
Biar LKS cakap berapi
Siasatan Polis memadai
Muslihat depa dicurigai

Bukan hanya TBH mati
Juga jatuh bangunan gini
Seorang siswa universiti
Cuma TBH lebih tinggi

Jika desakan najib akuri
Satu Malaysia tak serasi
Pilih-pilih untuk inkuari
Bara perkauman hindari

Kini SPRM dituding jari
Dulu BPR suruh perbaiki
Ngapa kini mahu musuhi
Awas PR @ PTR wayangi