HAL PERLU INGAT !
Pabila mudah buat susah
Dakwa diri telah difitnah
Bagai helah orang salah
Nanti bicara mahkamah
Lagak anwar dolak dalih
Akui dirinya amat bersih
Hatinya semangkin sedih
Walau jelas boleh sengih
Peguam hebat mana lagi
Tuduh mangsa konspirasi
Kes liwat pertama, ingati
Enggankah subahat lagi
Anwar tidak perlu empati
Saiful tunggu sabar nanti
Di atas kertas jikalau teliti
Liwat kedua mudah bukti
Rakaman asal CCTV mahu
Berbeza kes Lingam dahulu
Yang salinanpun pakai laku
Panel suruhanjaya pun aku
Dijangka mungkin berlaku
Salinan asal ‘kena’ sesuatu
Atas teknikal, bebas begitu
Di mahkamah jadi penentu
Semoga saiful terusan sihat
Bijaksana hakim kita lihat
Anwar serta saiful terlibat
Perilaku yang Allah laknat
Bicara luar bicara perlihat
Oleh si anwar banyak silat
Tapi suatu hal perlu ingat
Si pesalah sukar akui buat
serling
[04.07.09]
sabtu
…..
p/s:
BERNAMA.COM:03 Julai, 2009.17:08 PM: “Peguam Kurang Sihat, Permohonan Anwar Ditunda Rabu Depan”
Friday, July 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
buat yang punya makrifat mata
tahu yang sorok gelap segala
hambur kata tak perlu belanja
memfitnah pun mudah sahaja
kes sodomi DSAI yang pertama begitunya banyak bukti cela dan begitunya kerap tuduhan dipinda;
saksi diugut dan didera, hakim pula buta hatinya;
itu pun masih ramai yang percaya..!!!
begitulah kalau hati ditutup dan mata tengok sebelah sahaja..
Seperti hamba kata dahulu
Fauzi orang kuat PKR tahu
Bapa dibicara penuh sahdu
Beza si anwar amat melulu
Kerenah si anwar luar biasa
Ahli PKR terkerah, pembela
Ceramah konon kena anaya
Hingga bila anwar sendiwara
Post a Comment