Tuesday, July 7, 2009

USAH SESAL NANTI !

PENGUNDI BIJAK, RAKYAT DIBELA !

14 Julai 2009 telah tetapkan
PRK Manik urai dijalankan
Calon BN dan PAS berlawan
Strategi siapa lebih yakinkan

Tuan Aziz pilihan BN wakili
PAS pula ambil Mohd Fauzi
Siapakah memikat pengundi
Yang pasti tiada putusan seri

06 Julai 2009 selesai fasa satu
Keduadua calon SPR merestu
BN dan PAS berdebaran selalu
Gusar calon mewakili terkedu

Wajar pengundi fikiran terbuka
Suara jurukempen pikat belaka
Burukkan imej lawan hal biasa
Khidmat rakyat berat nak kata

Masalah hadapi para pengundi
Masa kempen bermacam janji
Bagai PRU12, PR @ PTR jajai
Yakin hanya BN boleh dicayai

PAS letak calon lebih berusia
Mohd Fauzi usia 50 tahun jaja
Calon BN nampak lebih muda
Tuan Aziz usia 39 tahun sedia

Pengundi Manik Urai penentu
Undi sulit, tiada sesiapa tahu
Pecahan peti undi ramai tunggu
Penyokong wajar dibela dahulu

Kawan dan lawan sama layani
Jika factor pengundi tolak tepi
Buatkan pengundi merajuk hati
Terpenting keadilan hal hakiki

Sejak merdeka pacuan kedepan
Kini BN dahulu Parti Perikatan
PAS dan sekutu tetap menafikan
BN terfitnah bersalut kejahatan

serling
[07.07.09]
selasa
….
p/s:
BH:07.07.09:selasa:”Pertandingan dua penjuru”
UM:07.07.09:selasa:”Saya terima demi masyarakat – Tuan Aziz”
BH:07.07.09:selasa:”Nik Aziz bukan maksum,boleh ditegur”
UM:07.07.09:selasa:”Mampu cetus Perubahan”

No comments: