Sunday, July 5, 2009

LAKONAN GADUH ?

MUSLIHAT WAJAR DIRAGUI !

Manik urai tumpuan kini
Esok bakal calon ketahui
UMNO dan PAS tandingi
Calon bebas tak berbunyi

Terasa baru LKY datang
Delapan hari bertandang
LKY temui dan bincang
Diatur strategi mematang

Perkukuh DAP dirancang
LKY sibukkan diri terang
Bantu PR @ PTR garang
Singapura tetap pandang

“kiashu” Singapura pacu
Lupakan jiran, diri dahulu
“menang-menang” diragu
Hanya dia menang mahu

LKY bagai jarum pemula
Tua veterannya kita mulia
BN dan PTR sama meraya
Macam LKY banyak jasa

Pada DAP, LKY sayangi
Anak emas PAP melahiri
PAS dan PKR tunggangi
Mudah diarah zaman kini

Di P.Pinang, DAP kepala
Dalam PR @ PTR teruja
Di Kedah, PAS jadi ketua
Lagak DAP dialah kuasa

Jika di P.Pinang sebegitu
Selaku “boss” keras laku
Tapi di kedah jadi hantu
Boss Kedah, PAS dipalu

PRK manik urai dibayang
Konon kepada DAP garang
Pujuk rakyat usah bengang
Sama PAS dulu – sekarang

Gaduh lakonan tak panjang
Kesetiaan ahli mahu pegang
Dari luar PR @ PTR tenang
Banyak ahli enggan bincang

Para pengundi bakal ketemui
Gelagat petugas perayu undi
BN dan PAS kerja kuat pasti
Muslihat PAS wajar diragui

serling
[05.07.09]
ahad
…..


p/s:
MM:05.07.09.ahad:"Azizan bidas DAP"

No comments: