Tuesday, July 14, 2009

ROSOT TAPI MENANG !

ISYARAT BUAT PR @ PTR ?

Penuhi hasrat PAS kehendaki
DUN manik urai kekal miliki
Majoriti enampuluh lima undi
Amat merudum angka majoriti

Begitu proses undi demokrasi
Walaupun berbeza satu undi
Pihak tewas muhasabah diri
Anugerah cuti, tepati strategi

5,348 undi kepada mohd fauzi
Tuan aziz perolehi 5,283 undi
Yang rosak 117 undi kenalpasti
Melebihi majoriti PAS perolehi

PRU 2008, PAS 1,352 majoriti
PRK DUN Penanti macam seri
PKR menyosot lebih 1,000 undi
Susut pengaruh PR@PTR realiti

Dari pucuk hingga ke akar umbi
Kerjabuat kalian nampak yakini
Teruskan usaha gigih menyakini
Elakkan undi rosak yang tinggi

Syabaslah kepada mohd fauzi
Buatkan bulan masih menyinari
Apakah jawatan bakal anugerahi
Tunggulah apa nik aziz maklumi

Jangan tuan aziz bersusah hati
Kecilkan majoriti PAS perolehi
Umur masih muda untuk layari
Tersirat hikmah tidak menangi

p/s:
UM:14.07.09:Selasa:”Pas tiada hak tuntut janji – TPM”
BERNAMA.COM:14 Julai, 2009 22:42 PM:Selasa:” PAS Menang Tipis Di Manik Urai”

1 comment:

merandok said...

kain orang nak diselak
kuman seberang nampak
saja najib buat gempak
pekung 11 negeri dielak

700'rakyat' semua ditemuramah
65 persen suka laki rosmah
canang repot kad tak merah
negeri hancur apa nak kisah?

cerita macam jaguh demokrasi
jadi PM 2 ribu korupsi undi
nasib baik pos & soljar beri
tidak diPekan peti pun tak isi

apapunya manusia tebalnya muka
ingat semua bodoh ikut mcm dia
cakap manis semua pun buta mata
kuasa ditangan lain peduli apa!