IKUTI KAEDAH PPMSI !
Risau mati sebelah tubuh
Puad Zarkashi menyentuh
Akademik dikejar gelojoh
Gerak kokurikulum cemoh
Karnival kolej metrikulasi
Tempat diluahkan rasa hati
Berterusan dulu hingga kini
Punca dari menteri sendiri
Tukar ganti menjadi menteri
Nada yang serupa didengari
Cemerlang akademik julangi
Hal kokurikulum tidak sinari
Beza caraluah Puah Zarkashi
Dikaitkan dengan tubuh mati
Amat serius masalah terjadi
Aksi konkrit mesti diaplikasi
Parti politik tumpang sekaki
Dalam agihan biasiswa beri
Si cemerlang akademik jagai
Tercecir nama heboh negeri
Jika benar Puad hasrat murni
Laksanakan segera tahun ini
Utamakan kepada menepati
Akademik saja bukan prioriti
Pengecualian patut maklumi
Pengesahan doctor jadi mesti
Elak terbuat salah interpretasi
Supaya Satu Malaysia hayati
Jika berkenaan buat tak acuh
Menteri berkata buang peluh
Pelajar serta guru jadi kecuh
Ikuti PPMSI, guna pengaruh
serling
[20.07.09]
Iinin
….
p/s:
UM:20.07.09:11.53AM:isnin:”Puad Zarkashi bimbang wujud generasi "mati sebelah tubuh"
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment