Thursday, July 16, 2009

DEMI KEADILAN !

O.K.T KUASA PENENTU ?

Mahkamah dahulu kita tahu
Hakimlah pemutus salahlaku
Pendakwa dan lawyer beradu
Rupanya ada seksyen terbaru

Kalau tertuduh benar bersalah
Peluang terbaik berbuat helah
51A Kanun prosedur Jenayah
Alat lambat bicara mahkamah

Kata hakimlah putus perkara
Munasabahkah alasan pinta
Bukannya wajib ikut sahaja
Kerenah tertuduh diwaspada

Tidak semua anwar perolehi
Alasan bahan simpan dimetri
Jika boleh semua kehendaki
Konon lebih terbuka hakimi

Dalam kes liwat kedua kali
Macam dulu, uar konspirasi
Guna banyak orang sokongi
Meniti politik bela peribadi

Dedahkan saksi buat curiga
Selamatkah saksi dari goda
Hal saksi sumpah saiful ada
Iman saksi serang saiful pula

Kali kedua kes liwat didedah
Penghakiman dahulu dikisah
Hujahan hakim berlaku arah
Teknikal bebaskan dari salah

Jikalau terlihat sepintas lalu
Saiful bagaikan sengaja adu
Anwar berlagak dakwa palsu
Bagai O.K.T kuasa penentu

serling
[16.07.09]
khamis
…..
p/s:
BERNAMA.COM.16 Julai, 2009 19:26PM: “Anwar Berjaya Dapat Dokumen Tapi Gagal Dapat Spesimen Saiful”

1 comment:

merandok said...

bertemu PM dan shafee apa jadah
kata tak jumpa kemudian didedah
saiful sumpah najib pun sumpah
begitulah murah nya nama Allah

tak puas merompak dan menjarah
amanah dipegang dia tak betah
nafsu dihati dikalbu serakah
dipermainkan pula nama Allah