SEMPENA 1431 H!
Tidaklah perkara luar biasa
Peralihan tahun ramai peka
Setiap tahun bertambah usia
Isyarat akhir hayat akan tiba
Selamat datang 1431 Hijrah
1430 Hijrah simpan sejarah
SPRM kembali pulih gagah
Mahkamah Rayuan beri sah
Mahkamah Tinggi putuskan
Soal siasat had masa adakan
Waktu pejabat saja bolehkan
Gencat SPRM menguruskan
Karpal singh akan rayu lagi
Naik mahkamah lebih tinggi
Sistem kehakiman dipatuhi
Putusan muktamad tunggui
Catatan kedua mendebarkan
Ketika undian bajet adakan
Kerajaan BN cemas aibkan
Undi 66 atasi 63 selamatkan
Ditakdirkan sebaliknya jadi
Umpama bonus P R dapati
Kempen PRU 13 licin lagi
Setelah gagal penuhi janji
1430 Hijrah sukar lupakan
Saran doa bala PM ajukan
Konon permintaan diamkan
Tindak nik aziz dikesalkan
Tahun Hijrah lepas diingati
Pak lah PM ke 5 undur diri
DS najib menjadi pengganti
Slogan Satu Malaysia diuari
1430 Hijrah juga rakamkan
P R di Perak ditumbangkan
Majoriti ADUN mahukan
Ke tangan BN kembalikan
Sultan kita telah disangahi
Gelagat derhaka mewarnai
Ke mahkamah tak kecuali
Dr Zambrey jadi MB kini
Mantan satu TPM gegarkan
Kes liwat anwar tangguhkan
Bagaikan takut dibicarakan
Moga 1431 Hijrah bereskan
Negara bercuti Maal Hijrah
Tokoh berkaitan dianugerah
Hargai jasa mereka tercurah
Semua dalam tentuan Allah
Doa akhir tahun tutup cerita
Doa awal tahun seperti biasa
Perlindungan Allah jua pinta
Buat agama, umat dan nusa
serling
[19.12.09]
sabtu
….
p/s:
-UM:18.12.09:Jumaat:
“Siasat tanpa had waktu”
“Hormati konsep ketuanan Melayu”
“Lagi kesal insiden 66 – 63”
-BH:18.12.09:12:43PM:jumaat
“Yusuf Abdullah al-Qadarawi, Tan Sri Yusoff Nor dipilih Tokoh Maal Hijrah 2009”
Friday, December 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hijrah zaman Rasullullah
Maya dan nyata bersejarah
Umat tinggalkan jahilliah
Juga berangkat ke medinah
Berusaha nabi satu ummah
Ansar dan muhajirin ramah
Umatnya mutakhir telagah
Sanggup pecah lain siasah
Ajaran nabi ngapa sanggah
Yang terlarang suka jamah
Hal suruhan buat tak endah
Tidak hairan murkai Allah
Ilmuan agama tokok parah
Wujud ulama dorong pecah
Demi capai niat parti siasah
Sesama Islam doa bala arah
Bersamalah kita muhasabah
Tanpa kecuali semua ummah
Kita tak mampu lagi telagah
Bermaaf dan bersatu, gagah
Hijrah zaman Rasullullah
Maya dan nyata bersejarah
Umat tinggalkan jahilliah
Juga berangkat ke medinah
Berusaha nabi satu ummah
Ansar dan muhajirin ramah
Umatnya mutakhir telagah
Sanggup pecah lain siasah
Ajaran nabi ngapa sanggah
Yang terlarang suka jamah
Hal suruhan buat tak endah
Tidak hairan murkai Allah
Ilmuan agama tokok parah
Wujud ulama dorong pecah
Demi capai niat parti siasah
Sesama Islam doa bala arah
Bersamalah kita muhasabah
Tanpa kecuali semua ummah
Kita tak mampu lagi telagah
Bermaaf dan bersatu, gagah
Post a Comment