Sunday, December 20, 2009

TAK BUAT KERJA ?

BILA UMNO PP SUARA ?

Gerakan tidak buat kerja
Jadi asas alasan meminta
Agar BN bangkit semula
Daripada PP keluar berita

Tsunamai politik angkara
Impak PRU 12 luar biasa
Bahtera BN bocor terasa
Beberapa tokoh dimangsa

PP kini P R naik berkuasa
Hakikat DAPlah terajunya
Guan Eng jadi KM semasa
Hingga kini lebih kata-kata

Contoh beza buat dari kata
Dulu janji kebebasan suara
Ketika kempen pilihanraya
Pelek Utusan diharamnya

Gerakan di PP teristimewa
Kerusi KM bagai miliknya
Bukti UMNO kongsi kuasa
Walau majoriti ADUNnya

Pengerusi Gerakan buatkerja
Khidmat Tsu Koon tetap ada
Di Pejabat PM berperanan dia
Setiakawan BN, UMNO jaga

Kini situasi sangat berbeza
Ketika sifar Gerakan punya
Sebelas ADUN UMNO ada
Formula baru kenalah cipta

Lokasi dan situasi tentunya
Kini BN Sabah gagah gaya
Dahulu giliran KM formula
Eloklah BN PP ikhtibarnya

Ubat yang baik pahit dirasa
Mujarab ubat dimakan juga
Menang-menang kena gaya
Bahtera BN bersamalah jaga

Firasat pak belalang hamba
Sejarah tubuh BN kena peka
Jika tanpa Gerakan ikut serta
Kekuatan BN kurang terasa

Gerakan jangan keras kepala
Alasan sejak 35 tahun kuasa
Pasti DS najib punya caranya
Mesyuarat Majlis BN segera

Rambut dan tepung umpama
Sensitiviti banyak pihak jaga
Tsunamai dalam BN waspada
Pecah bahtera BN, yu beraya

Jika BN PP ingin pulih luka
UMNO dan Gerakan sekata
MIC,MCA dan rakyat usah lupa
Musuh BN selalu siapsiaga

Kekalkan statusquo sediada
BN PP terus Gerakan kepala
Atau pengerusi kongsi sama
Unik PP demikian ambilkira

Tangguh baik pulih berbahaya
Bahtera BN di lautan bergelora
Karam bahtera, rakyat merana
P R jadi yu beraya mamah kita

Tanpa peyelesaian racun bisa
Seolah restui suasana curiga
Tanpa aktiviti, BN rasa tiada
Kuasai PP semula kena usaha

serling
[21.12.09]
isnin
…..
p/s:
UM:21.12.09:isnin
“Gerakan tidak buat kerja”

1 comment:

BENGAH @ SERLING said...

Syabas UMNO PP berkata
Bahawa BN PP kaku gaya
Gerakan dilihat tak terdaya
UMNO hulur tangan kerja

Minta hentikan saja debat
DS najib luahkan pendapat
Cara terbuka makna hasrat
Di sini sesama kita sepakat

Percaya matang demokrasi
Kepada UMNO PP simpati
Berat bahu kerana dibebani
BN PP wajib gerakkan diri