RAKYAT MESTI PEKA !
Januari 2010 sudah dekat
Pas tuduh UMNO khianat
UMNO akui juara rakyat
Marilah buat bedah siasat
Dari Melaka terbit berita
Perihal UMNO itu juara
Timbalan Presiden suara
MT UMNO lulus perkara
UMNO pengkhianat rakyat
Versi parti Pas faham amat
Kepada ahli Pas kena buat
Juga kubu UMNO disengat
Idris ahmad hebah agenda
Penerangan Pas, bawah dia
Tanggal 9 januari ditanda
Lokasinya seluruh negara
UMNO dan Pas berhasrat
Pengundi PRU 13 dipikat
Kata masing-masing kuat
Situasi kini, UMNO hebat
Pas nampak telah bersedia
Tarikh bakal lancar nyata
UMNO sebut januari mula
Bakal bahan berbual bicara
Betulkah Pas pengkhianat
Atau UMNO juara rakyat
Ahli parti tegar tak gugat
Yang tidak berparti minat
Cakapbuat pucuk waspada
Majoriti rakyat tidak buta
Contoh minta doa tuju bala
Yang rasional geleng kepala
Telitilah janji PRU 12 buat
DAP, Pas dan P K R pakat
Banyak janji belum dapat
Silap undi P R mesti ingat
serling
[14.12.09]
isnin
…..
p/s:
BH:14.12.09:isnin
“Umno Juara Rakyat dilancar Januari”
“Pemimpin pembangkang akui masih banyak kelemahan”
UM:14.12.09:isnin:
“Peniaga desak Perbadanan Menteri Besar patuhi janji Nik Aziz”
Monday, December 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment