SIAPA KECUNDANG ?
Ulangtahun ke 5 tsunami
Dulu 26.12.04 ramai mati
Mangsa kecundang negeri
Kesan “tsunami” ditakuti
Mukadimah buat analogi
Bila menimpa organisasi
BN kena muhasabah diri
Teguh UMNO teras mesti
PRU 11 tahun 2004 insafi
BN menang bergaya sekali
Pak lah paling senang hati
BN/UMNO, beliau ketuai
Cemerlang mudah lupa diri
Tegurtanya TunM engkari
Tokok punahsihat buat tuli
Peranan menantu diketahui
Pimpinan lemah, tidak akui
PRU 12 tahun 2008 hadapi
Majoriti 2/3 BN telah dinafi
P R kuasai beberapa negeri
Mudah punahsihat ulas beri
Fitnah TunM, BN sebegini
Punahsihat bersaja lepas diri
Tindaktanduk KJ difahami
03.04.09 PM ke 6 berfungsi
DS najib ganti pak lah rasmi
Juga BN/UMNO turut warisi
UMNO menuju kukuh rasai
Suara awang selamat hayati
Bisik-bisik mingguan terkini
Ada Pemuda takuk lama lagi
Isyarat lemah KJ beroperasi
Pada KJ, awang selamat puji
Sokong KJ dilantik menteri
Percaya lantik KJ menepati
Suka atau tidak usah peduli
Tulisan awang selamat ikuti
Tak selari dengan akar umbi
Tetap percaya KJ itu liabiliti
Lebih parah KJ jadi menteri
Utusan ada wakil tiap negeri
Usah tanya yang KJ senangi
Lebih senang, SB dihubungi
Pak lah boleh, elok KJ turuti
Caya DS najib sayang parti
Tidak timbul soal balas budi
Atas sudi mertua undur diri
Pilih mesra KJ mudarat parti
Selaku penulis, hamba kongsi
Pendapat akar umbi timbangi
Ingatlah bubur sukar jadi nasi
Tsunami dalaman runtuh parti
serling
[28.12.2009
isnin
….
p/s:
-MM:27.12.09:ahad:Bisik-Bisik Mingguan;” Politik 2010. Siapa kecundang ?”
-Guna judul seperti dalam MM.
Sunday, December 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bisik-bisik mingguan
Sedarkan dari igauan
KJ tiada kemampuan
Gong terlebih paluan
Post a Comment