Thursday, December 3, 2009

MINAT LUAR BIASA ?

PENASIHAT ATAU
PUNAHSIHAT ?

Situasi serupa kongsi
Tersurat beza mimpi
Tersirat kuasa kejari
Halal cara pilih lalui

Lain orang lain minat
Posisi atas kena panjat
Tanpa tanding selamat
Nama status penasihat

Penasihat syok sendiri
Amat mudah dijumpai
Tetap hingga undurdiri
Atau tidak diingini lagi

Dalam politik muslihat
Walau presiden hakikat
Terlihat penasihat kuat
Ahli parti terkulat-kulat

Kebetulan atau fotokopi
Pas, DAP dan P K R seri
Punya penasihat sendiri
Cuma beza nama diberi

DAP atas tanda hormat
Cheng Man Hin angkat
Seumur hidup pangkat
Aktiviti parti tak gugat

Mursyidur am digelari
Pas punya gaya sendiri
Nik Aziz pemutus beri
Walau pelek, akur ahli

Tubuh P K R muslihat
Tonjol anwar penasihat
Isterinya presiden lekat
Gaya parti famili pakat

Si anwar bergaya sekali
Penasihat P R tiga parti
Juga penasihat ekonomi
Di selangor tersirat tujui

Si penasihat patut hebat
Berita NST buka hakikat
Anwar akui lemah bakat
Penasihat ada penasihat

Langkah pertama mulai
Jumpa tertutup dihadiri
RM1 halal kata sanasini
Hal kes liwat tidak mati

serling
[03.12.09]
khamis
…….
p/s:
NST.Online:03.12.09:khamis:
“Anwar admits lack of state experience”

No comments: