Tuesday, December 29, 2009

ENGKAR JANJI ?

PENIPU DISANJUNGI ?

Bohong di bulan puasa
Mulut Anwar yang kata
Pada PRK cara sengaja
Terbukti menjadi nyata

Dalam usaha raih undi
Kepada pengundi janji
Bila menang PRK beri
Maipp akan mengetuai

Penyokong Pas gembira
DAP dan PKR bersama
Kerusi tunggal Pas jaga
Salleh man menang jaya

25 Ogos 2009 jadi saksi
Berbekal janji palsu beri
Pas dapat 4,551 majoriti
Hampir 1,000 susut undi

Permatang pasir berduka
Di lokasinya dusta dijaja
Parti Pas pula tak terkata
Pas rela diperkuda nyata

Timbalan YDP anugerahi
Jawatan baru wujud beri
Tokok ahli majlis kongsi
Agar Pas tak bising lagi

Penasihat P R tentu ceria
Salleh man nampak reda
Pahit kalah enam kali rasa
Menang PRK cukup lega

Jika benar P R adil kongsi
Timbalan KM tambah lagi
Kepada ADUN Pas diberi
Timbalan YDP sikit fungsi

Dahulu 16.09.2008 peraga
Tarikh P R perintah negara
Harap 31 MP BN derhaka
Anwar bohong tidak lupa

Berlalu tarikh beliau janji
BN perintah sehingga kini
Pada anwar peminat yakini
Jelas tipu pun tidak peduli

Hujung 2009 hampir tiba
Cukuplah dijadi mangsa
Biar anwar hadapi bicara
2010 kes lewatnya dimula

serling
[30.12.09]
rabu
…..
p/s:
BH:30.12.09.:rabu
“Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tak jadi YDP Maipp”

No comments: