Koleksi puisi serling dikongsi
buat tatapan saudara saudari
mudah-mudahan ikut insafi
bahawa gelagat kita diperhati
Gelagat yang baik diteladani
gelagat buruk jangan turuti
semoga hidup kita diberkati
sebelum terpanggil kembali
Pabila usia hayat mencukupi
ketentuan Allah tetap tepati
cepat atau lambat jauh sekali
tempoh hidup tidak diketahui
terbuka pada siapa yang sudi
silakan menulis dalam blog ini
puisi lama dan baru dikongsi
buat tatapan perwaris nanti
puisi melayu tidak akan mati
jika kita bersama tidak lupai
cara terbaik wajarlah hayati
tersurat dan tersirat renungi
6.47 ptg ahad 15.08.06
bersamaan 10 J'AKHIR 1429H
No comments:
Post a Comment