Tuesday, June 17, 2008


DEMI SURVIVAL PEMUDA!

MLM system capaian arah
untuk menaiki tangga ke atas
dari bawah mulai jejak langkah
wajib dilalui walaupun pantas

Pada semua peringkat teruji
terbuktilah kemampuan diri
cekap pimpinan di atas duduki
selamat dan mantap organisasi
tiada ahli rasa telah dikhianati

Malang bagi sayap Pemuda
lompatan KJ kejanggalan acara
perjalanan politik bagai mi segera
tempat R & R di bypass sahaja
tiada masa untuk lihat dan mesra
kerana gaya parachute diperguna

Patut KJ jadi asset pemuda
tapi hakikat liabiliti terjadi
buang masa dan tenaga sesia
bentuk asset daripada liabiliti

Jika benar KJ utamakan parti
banyakkan masa muhasabah diri
Ingatlah kembali kata ‘boo’ terjadi
di dalam perhimpunan tempoh hari

Rakaman video ulang tengukkan
insaf dan sabar amat diperlukan
duduk di puncak tinggi kedudukan
demi parti UMNO pusaka watan
kecuali tersirat sukar jangkaan

Pabila badan jadi liabiliti
undur diri bukan bermakna mati.

serling
(16.08.06)
rabu

HENTIKAN LAKONAN INI !

Tidak pun bergelar seorang menteri
Tidak juga nombor satu PPU negeri
Naib ketua PPU dilompatan misteri
Menjelajah KJ mempromosikan diri

Di perwakilan PPU Jerlun kokok lagi
Kata UMNO dibangkang ahli sendiri
Kerana gaya bangkangan dipamir ahli
Dilebelkan KJ berniat jahat pada parti

UMNO sebuah parti unggul KJ sedari
Malang KJ naib ketua PPU keras hati
Enggan mengakui dirinya itu liabiliti
Persidangan PPU lokasi tonjolkan diri

Gaya begini tidak jauh beza si yahudi
Plastin dan Lebanon diserang suka hati
Atas prinsip pegangan yahudi junjungi
PBB dipermainkan kepentingan yahudi

Egoan yahudi dibela Amerika ditakuti
Ngapa KJ sedemikian punyai sifat diri
Tiada sifat terbuka rosak UMNO nanti
Mainan politik mentah KJ tetap liabiliti

Serling
(20.08.06)
ahad

ERTI ULANGTAHUN KE-49
BUAT TUN MAHATHIR

Ulangtahun ke 49 merdeka hampiri
Wajar rakyat bergembira disanubari
Tun mahathir matan PM ikut sekali
Begitulah diharapkan sebagai realiti

Lebih 22 tahun jadi perdana menteri
45 peratus tempoh negara berdikari
Besarlah kerjabuat negara dikepalai
Tapi sumbang baktinya ada menafi

Begitu sifat manusia berhasad dengki
Sebaik mana pun enggan terluah puji
Faedah ‘direct or indirect’ sah boloti
Dimanakah modal insan kita hendaki

Selaku rakyat, matan perdana menteri
Tentulah rasa termat sedih dalam hati
Urusan negara Tun tertuduh campuri
Juga dikata nyanyuk dan terasa sunyi

Ada anggota kabinet leser mulut bunyi
Bagaikan peminta sedekah Tun dilayani
Tegurtanya Tun amat bertepatan sekali
Pelek dan ajaib jawapan tidak menepati

Jika diambilkira semua rakyat Negara ini
Tun layak tegurtanya kerana dulu duduki
Tapi melihat caragaya Tun dilayan begini
Tegurtanya ahli parti dan rakyat dicurigai

Umpamakan ‘lebih sudu dari kuah’ terjadi
Gelagat sebahagian kebinet ikut menangani
KJ dan pak lah diangkatkan tersangat tinggi
KJ selaku liabiliti diusaha jadikan aset parti

Dalam penantian tempoh sembilan hari lagi
Sejukkan hati dan berbanyak muhasabah diri
Ular menyusur akar pun tetap berbisa miliki
Realisasikan ‘modal insan’ pada diri sendiri

“BERSETIA – BERSATU – BERKHIDMAT”

serling
22.08.06
selasa

No comments: