Sunday, June 15, 2008

AGENDA SULIT TERLAKSANA...?

Acara tahunan UMNO ditamat sudah
Perwakilan – pemerhati balik rumah
Membawa ingatan kelabu dan indah
Juga isi ucapan presiden dari pak lah

RM600 juta projek diumpama umpan
Agihan RM3 juta buat setiap bahagian
Razeki diagihkan mengisi kedahagaan
Caragaya lembutkan mulut perwakilan

Kerana razeki diagihkan amat dinanti
Terarahlah para perwakilan suara puji
Hanya segelintir selit teguran hati-hati
Jadilah kepimpinan sangat senang hati

Syukur segelintir berani yang bersuara
Tahniah mufti dari selangor orang lama
Dengan tegasnya buat ahli UMNO semua
Bahawa pemimpin terdahulu usah dihina

Ahli UMNO celek akal sengaja dikeliru
Kerana sepotong ayat, mukhriz diserbu
Dicap penderhaka pada presiden terlagu
Ceteknya mentaliti mereka sikap begitu

Senang khairy kerana strateginya laksana
Mukhriz musuh politiknya jaya diperkena
Bermula asakan pemberita NST bertanya
Usaha sulit angkat khairy bagai terancana

serling
(19.11.06)
ahad

No comments: