BILA PUCUK-PUCUK
SENDIRI-SENDIRI ?
Ketika pak lah didalam lawatan rasmi
Cetuskan peristiwa di antara menteri
Samy vellu dan Tsu Koon cetus kelahi
Fasal ‘jajaran luar’ mereka tak selari
Chan Kong Choy ‘serang’ polis direstui
Dakwaan atas prinsip rasa kecewa hati
Wajar dijaga maruah cabinet anggotai
Bukan melalui media menjaguhkan diri
Polis diserang, tapi menteri tak peduli
Hal menteri keselamatan dalam negeri
Moral pegawai setia telah pun terlukai
Kerana menjaga insan bergelar menteri
Giliran Ong Tee Keat pula tonjolkan diri
Perihal dua sekolah cina konon dianayai
Segera hishamuddin jelaskan hal terjadi
Macam MCA hendak duga UMNO kini
Telekan pak belalang tentang semua ini
Pucuk-pucuk pimpinan BN kurang sehati
Adakah ‘dewan BN’ tidak lagi licin fungsi
Berlaku kurang sepenggal pak lah ketuai
serling
(13.09.06)
rabu
Sunday, June 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment