Sunday, June 15, 2008

APABILA SEMANGAT
MELAYU KELAS TIGA……!

Awal sejarah orang melayu berkorban
Sejak negara kita di zaman penjajahan
Di singapura langkah utusan mulakan
Kini kewujudannya amat dibanggakan

Utusan terkorban amat tidak menepati
Utusan dikorban sebenar yang menanti
Terbukti kata dato’ mufti tempoh hari
Tahap kelas tiga semangat melayu kini

PAU ke 57 hasilkan UMNO tiada maya
Akui bermentaliti kelas satu tidak guna
Jika semangat melayu tidak pun cakna
Cakap hebat buat syuk sendiri, merana

Utusan diumpama nyawa pada melayu
Dikorbankan utusan buat melayu sayu
Mungkin kepimpinan tiada jati melayu
Bila UMNO pemegang amanah terkedu

serling
(04.12.06)
isnin……

No comments: