Tuesday, June 17, 2008

ERTI ULANGTAHUN KE-49

BUAT TUN MAHATHIR


Ulangtahun ke 49 merdeka hampiri
Wajar rakyat bergembira disanubari
Tun mahathir matan PM ikut sekali
Begitulah diharapkan sebagai realiti


Lebih 22 tahun jadi perdana menteri
45 peratus tempoh negara berdikari
Besarlah kerjabuat negara dikepalai
Tapi sumbang baktinya ada menafi


Begitu sifat manusia berhasad dengki
Sebaik mana pun enggan terluah puji
Faedah ‘direct or indirect’ sah boloti
Dimanakah modal insan kita hendaki


Selaku rakyat, matan perdana menteri
Tentulah rasa termat sedih dalam hati
Urusan negara Tun tertuduh campuri
Juga dikata nyanyuk dan terasa sunyi


Ada anggota kabinet leser mulut bunyi
Bagaikan peminta sedekah Tun dilayani
Tegurtanya Tun amat bertepatan sekali
Pelek dan ajaib jawapan tidak menepati


Jika diambilkira semua rakyat Negara ini
Tun layak tegurtanya kerana dulu duduki
Tapi melihat caragaya Tun dilayan begini
Tegurtanya ahli parti dan rakyat dicurigai


Umpamakan ‘lebih sudu dari kuah’ terjadi
Gelagat sebahagian kebinet ikut menangani
KJ dan pak lah diangkatkan tersangat tinggi
KJ selaku liabiliti diusaha jadikan aset parti


Dalam penantian tempoh sembilan hari lagi
Sejukkan hati dan berbanyak muhasabah diri
Ular menyusur akar pun tetap berbisa miliki
Realisasikan ‘modal insan’ pada diri sendiri


“BERSETIA – BERSATU – BERKHIDMAT”


serling
22.08.06
selasa

No comments: