Thursday, April 23, 2009

USAH BOCORI !

SEMPENA SIDANG MT

Sidang MT UMNO hari ini
Jumaar 24.04.09 diperingati
Penentu gerak bakal hadapi
DS Najib diamanah kepalai

Tsunami poliitik satu realiti
Mangsa landaan sukar cayai
Sekelip mata serangan jadi
Kerjabaik pulih sukar sekali

Mantap UMNO syarat akuri
Selaku teras BN mengetuai
Teladan kepimpinan perhati
Yang baik sukar diberi puji

Bukan buat panaskan kerusi
Tidak juga buat syok sendiri
Saranan tambahbaik kongsi
Bahtera UMNO usah bocori

Sikit atau banyak dapat undi
Tidak membezakan taraf ahli
Lemparan saranan ikhlas hati
Setiap keputusan wajib patuhi

Selaku ahli parti dulu dan kini
Tegak benang basah usah aksi
Awasi ahli parti status liabiliti
Walau level pucuk menduduki

Silap pak lah buat, usah ulangi
Sebarang tegurtanya didengari
Manis kata punahsihat hati-hati
Terima pahit kata daripada ahli

Kalau prasangka terpalut di hati
Hanya kata manis mudah telani
Kata baik yang pahit disanggahi
Tsunami ulangi tenggelam jadi

serling
[24.04.09]
jumaat
…..
p/s:
- Sila hayati / baca bersama “Lemparan Dikongsi” sebelum ini !

No comments: