Tuesday, April 7, 2009

KEKAL STATUS QUO !

HIKMAH KEPUTUSAN PRK ?

Episod 3 PRK tamat rasmi
Status quo PRU12 perakui
Pas dan PKR, 2 bukit miliki
Batang air, BN kekal kerusi

Lihatlah peratusan majoriti
Naik - turun sokongan undi
Tepatkah percaturan strategi
Harap tiada unsur kaki judi

Pilihan DAP, Pas persetujui
Akhirnya Nizar dapat kerusi
Tentulah Pas terhutang budi
Di Parlimen, Pas kekal kerusi

Bukit Selambau, PKR miliki
Tentu janji exco pemikat undi
Kalau exco dahulu cabut lari
Adakah exco baru cekal hati

Di Batang Air, BN dihargai
Calon BN diberikan majoriti
Hajat anwar gagal dipenuhi
Wajib BN tunaikan katajanji

PRU 13 pasti akan dihadapi
Strategi yang lemah perbaiki
Agama, bangsa & nusa jagai
Wayang Pas & PKR hindari

Kepada petugas BN berbakti
Putusan dasarkan kertas undi
Bukti negara kita demokrasi
Teruskan tunai tugasan parti

serling
[07.04.09]
selasa
…..

No comments: