Tuesday, December 31, 2013

LALUAN 2013

LALUAN 2013
(DALAM INGATAN)

Awal Januari mengejutkan kita
Pemergian seorang wira negara
Mendiang Kanang banyak jasa
Enam puluh lapan tahun usia

Bulan Februari gegarkan negara
Pencerobohan Sulu bersenjata
Dakwa Sabah sebagai miliknya
Kaedah rundingan tidak berjaya

Terkorban sepuluh orang anggota
Melibatkan pihak polis dan tentera
Enam puluh musuh terbunuh juga
Kini Lahad Datu tenteram semula

Tidak patriotik pembangkang kita
Dituduhkan UMNO sengaja reka
Kebetulan pula PRU 13 bakal tiba
Dijadikan isu kempen pilihanraya

PRU 13 dalam bulan Mei laksana
Kerusi BN seratus tiga puluh tiga
Kekal perintah negara Malaysia
Kecewa anwar amat luar biasa

Kepangkuan BN , Kedah pula
Semua kerajaan negeri BN kuasa
Kecuali tiga negeri PR kepala
Sehinggalah PRU 14 bakal ada

Dua PRK kawasan DUN jaja
Di Trengganu dan Kedah sua
Status pemilik DUN kekal juga
Satu BN dan satu Pas punya

Isu 'kalimah Allah' belum reda
Walaupun mahkamah putusnya
Tahun depan rayuan lagi ada
Putusan kini hak Islam sahaja

Awal Disember banjir melanda
Kira-kira tujuhpuluh ribu mangsa
Pahang, Trengganu dan Johor kena
Terburuk tigapuluh tahun jumpa

Sebahagian catatan jangan lupa
Baik dan buruk tempuhi bersama
Semoga tahun hadapan berceria
Murah razeki dan sehat sejahtera

serling
(31.12.2013)
selasa
.....



Sunday, December 29, 2013

MEMORI 2013

MEMORI 2013

Ahad terakhir dalam tahun ini
ahad depan tahun baru jumpai
moga tahun depan temu lagi
memori tahun ini diperingati

Banjir akhir tahun musibah
demikian ketentuan Allah
sewajarlah insan muhasabah
sesungguhnya insan itu lemah

Diramal gelombang kedua ada
ahlamdulillah hingga kini tiada
gelombang pertama telah rasa
berat ujian Allah tidak terkata

Air itu rahmat semua tahu
jikalau guna dan urus tentu
akibat salah urus buruk laku
kesan banjir terbeban bahu

Hari khamis sekolah dimulai
jejas pesiapan sekolah hadapi
ibubapa dan murid menginsafi
segala kekurangan kena hadapi
serling .. 29.12.2013..ahad

Monday, November 25, 2013

DENDAM LAGI ?


DENDAM LAGI ?
BILA BERAKHIR ?

Tamat muktamar Pas terkini
Hadi kekal Presiden Pas lagi
Mat Sabu masih memenangi
Timbalan Presiden terus miliki

Dua  NP Pas lama dipilih lagi
Salahudin dan Husam duduki
Mahfuz Omar ditolak ketepi
Kini Tuan Ibrahim  pengganti  

Mat Sabu dan Tuan Ibrahim seri
Dalam PRU13 ditolak pengundi
Kerusi Timbalan dan NP hargai
Kerjabuat mereka kepada parti

Mereka punya persamaan ciri
Pakatan Rakyat akan dijunjungi
UM akbar melayu amat tak sukai
Gembira PKR dan DAP ketahuii

Hal Pakatan Rakyat ada berbunyi
Syabas perwakilan sanggup zahiri
Tidak mahu Pas ‘barua’ dilayani
Tentu perwakilan lain juga rasai

Kepada UMNO apakah implikasi
Dengan Nik Aziz lantang berbunyi
Suka  UMNO-Pas terusan bergini
Isyarat berbaik-baik tidak setujui

Semakin tingkat senja usia kini
Selaku Ulama Pas ramai kagumi
Suara  Nik Aziz bagai dendami
Sifat yang patut ulama menjauhi

Tindak tanduk nik aziz buat ragui
Jika ada 'statement karpal' zahiri
Wartawan tanya, jawab hati-hati
Tahu dia beza parti atau peribadi

Jika persoalan libat UMNO tanyai
Tak timbul soal parti atau peribadi
Libasan kata Nik Aziz tetap terjadi
Bukan agama tapi politik Pas jagai

Buang yang keruh patut dendangi
Nik Aziz tidak secergas dahulu lagi
Keuzuran fizikal semakin mebaluti
Sepaduan seagama wajar pelopori

Rasanya teramatlah elok sekali
Jikalau pusingan 'U' beliau ukiri
Perpaduan seagama ganti benci
Bukankah itu agama Islam ajari

Teramat pelik dan hairan hantui
Pada orang DAP dan PKR rapati
 Adalah 'Islam' mereka senangi
Atau survival Pas terpaksa jadi

Yang tidak mahu orang peringati
Siapakah halangi kesatuan murni
Ketika itu Nik Aziz tiada bergigi
Kata-kata beliau orang tak peduli

Mati sang harimau, belang ingati
Nama disebut bila manusia mati
Samada nama busuk atau wangi
Kerjabuat tika hidup dihakimi

Serling
26.11.13
Rabu
...

Sunday, November 10, 2013

KURANG PANAS ?

KURANG PANAS ?
SAPA TIMBALAN PAS ?

UMNO selesai oktober dahulu
Najib dan Muhyuddin diperaku
Tanpa pertandingan tetap di situ
Pas pula 22 November tunggu

Hadi tanpa bertanding kekal lagi
Gulungan ulama Hadi mewakili
Mohamad Sabu tak seperti Hadi
Mohd Amar kekal untuk tandingi

Tiga calon Timbalan tarik diri
Adakah Tuan Ibrahim tak berani
Husam dan Salahuddin mengikuti
Dua penjuru mengundang persepsi

Bagai pertandingan dua puak aksi
Jika saran Nik Aziz masih ingati
Timbalan status ulama diingini
Selaku orang nombor dua parti

Mohamad Sabu bukan ulama pasti
Timbul berbagai nama mewarnai
Dikata puak anwaris beliau wakili
Wakili ulama Mohd Amar tandingi

Walau tanding dua penjuru terjadi
Ada ruang Mohamad Sabu menangi
Mohd Amar di dewan ulama duduki
Selaku Timbalan masih kekal lagi

Undi perwakilan Pas jadi penentu
Muktamar Tahunan Pas ditunggu
Mohd Amar atau Mohamad Sabu
Silap pilih jejas sokongan melayu

Serling
10.11.13
Ahad

Friday, November 1, 2013

IKHLASKAH ?


 
IKHLASKAH ?
NGAPA BOHONG ?

Sejak kematian Azizan lagi
Hampir sepuluh orang pasti
Senarai bakal calon Pas jajai
Semuanya layak Pas maklumi

Pas pilih Mohd Azam  wakili
Arwah Azizan berbeza sekali
Golongan muda dia kategori
Banyak ciri Azizan tak miliki

Yang telus dan ikhlas hendaki
Digelar YB selepas PRK nanti
Samada BN atau Pas menangi
Kuasa memilih pada pengundi

Isu Foto palsu calon Pas temui
Peranan calon Pas sama sertai
Jika Mohd Azam ikhlas warnai
Tanpa izin dia, sebaran tak jadi

Sekarang timbul soal integriti
Sifat peribadi perlu YB miliki
Awalnya calon Pas diam diri
Mudah pilihan oleh pengundi

Dengan contoh yang sebegini
Pas dan calon tak layak diundi
Hikmah dedahan semasa ini
Selamat SL berserta pengundi

Dulu Kedah, Parti Pas kuasai
Sesuai DUN SL Pas mewakili
Tapi Kedah, BN perintah kini
Tukar DUN SL agar BN miliki

Serling
01.11.13
Jumaat
...




Sunday, October 27, 2013

HIJRAH ?


HIJRAH ?
ERA PERUBAHAN ?

Empat November ditunggui
ADUN Sungai Limau diundi
Calon-calon BN dan Pas aksi
Hanya sorang akan menangi

Mohd Azam dan Ahmad Sohaimi
Parti Pas dan BN mereka wakili
Diamanah parti tarik pengundi
Sokong BN lebih manfaat rasai

Dulu Sungai Limau , Pas wakili
Arwah Azizan mantan MB kuasai
Pengaruh mantan MB mebayangi
Foto bersama Azizan, Pas jajai

Kempen kotor telah pun kesani
Tuduh BN guna wang raih undi
Melalui 'portal' internet pameri
Tergamak parti 'Islam' bohongi

Banyak manfaat rakyat perolehi
Jika Ahmad Sohaimi memenangi
MB Kedah sekarang BN kuasai
Masalah rakyat akan mudah atasi

Jika calon Pas masih lagi minati
Rakyat Sungai Limau hati-hati
Pas hanya pembangkang Negeri
Khidmat pada rakyat sukar aksi

Hanya sepenggal Pas menguasai
Dalam PRU13 BN kuasa kembali
Wajar  dalam PRK November ini
Pilihan terbaik hanya BN diundi

Dari Pas kepada BN 'Hijrah' jadi
Ubah kerajaan peringkat negeri
Sekarang ubahlah ADUN wakili
Hanya kepada BN wajar yakini

Serling
26.10.13
Sabtu
...