Monday, November 25, 2013

DENDAM LAGI ?


DENDAM LAGI ?
BILA BERAKHIR ?

Tamat muktamar Pas terkini
Hadi kekal Presiden Pas lagi
Mat Sabu masih memenangi
Timbalan Presiden terus miliki

Dua  NP Pas lama dipilih lagi
Salahudin dan Husam duduki
Mahfuz Omar ditolak ketepi
Kini Tuan Ibrahim  pengganti  

Mat Sabu dan Tuan Ibrahim seri
Dalam PRU13 ditolak pengundi
Kerusi Timbalan dan NP hargai
Kerjabuat mereka kepada parti

Mereka punya persamaan ciri
Pakatan Rakyat akan dijunjungi
UM akbar melayu amat tak sukai
Gembira PKR dan DAP ketahuii

Hal Pakatan Rakyat ada berbunyi
Syabas perwakilan sanggup zahiri
Tidak mahu Pas ‘barua’ dilayani
Tentu perwakilan lain juga rasai

Kepada UMNO apakah implikasi
Dengan Nik Aziz lantang berbunyi
Suka  UMNO-Pas terusan bergini
Isyarat berbaik-baik tidak setujui

Semakin tingkat senja usia kini
Selaku Ulama Pas ramai kagumi
Suara  Nik Aziz bagai dendami
Sifat yang patut ulama menjauhi

Tindak tanduk nik aziz buat ragui
Jika ada 'statement karpal' zahiri
Wartawan tanya, jawab hati-hati
Tahu dia beza parti atau peribadi

Jika persoalan libat UMNO tanyai
Tak timbul soal parti atau peribadi
Libasan kata Nik Aziz tetap terjadi
Bukan agama tapi politik Pas jagai

Buang yang keruh patut dendangi
Nik Aziz tidak secergas dahulu lagi
Keuzuran fizikal semakin mebaluti
Sepaduan seagama wajar pelopori

Rasanya teramatlah elok sekali
Jikalau pusingan 'U' beliau ukiri
Perpaduan seagama ganti benci
Bukankah itu agama Islam ajari

Teramat pelik dan hairan hantui
Pada orang DAP dan PKR rapati
 Adalah 'Islam' mereka senangi
Atau survival Pas terpaksa jadi

Yang tidak mahu orang peringati
Siapakah halangi kesatuan murni
Ketika itu Nik Aziz tiada bergigi
Kata-kata beliau orang tak peduli

Mati sang harimau, belang ingati
Nama disebut bila manusia mati
Samada nama busuk atau wangi
Kerjabuat tika hidup dihakimi

Serling
26.11.13
Rabu
...

No comments: