Sunday, August 30, 2009

WAJIB HAYATI !

PAHIT MANIS SEJARAH !

Tanggal 31.08.2009 nanti
Ulangtahun ke 52 berdikari
1957 Tanah Melayu namai
Inggeris tiada berkuasa lagi

Selama 446 tahun terjajah
Pemerintah negeri berubah
Tahun 1511 bagai nokhtah
Tewas Melaka, sultan nyah

Penjajah bagai virus gerak
Tahun 1641 Belanda pulak
Ganti Portugis yang ditolak
Diikuti Inggeris paku tapak

Inggeris – Belanda sepakat
1824 Perjanjian setuju ikat
Si Inggeris, Melaka dapat
Kuku di Singapura perkuat

Treati Pangkor 1874 diteliti
Atas kapal HMS Pluto metri
Bermula Inggeris menguasai
Niaga bijih timah dorong jadi

Perak, selangor serta Pahang
Juga Negeri sembilan pegang
1895 cekam inggeris datang
Negeri melayu sekutu canang

Nasib negeri tidak bersekutu
Perlis, Kedah, dan Trengganu
Treati Bangkok 1909 penentu
Kelantan tambah johor disatu

Hanya sembilan negeri beraja
Kecuali P.Pinang dan Melaka
Dinding (Perak) dan singapura
1826 Negeri selat gelar nama

Bila Jepun datang menyerang
1941-1945 Inggeris tempang
Negeri Melayu, Jepun pegang
Lepas itu 14 hari tiga bintang

1946 Malayan Union ditubuh
Subahat dengan jepun dituduh
Jika sultan melayu elak patuh
Sultan akur buat melayu kecuh

Pendudukan Jepun ajar melayu
Kekuatan Inggeris tidak sepadu
Tentangan buat Inggeris ngaku
1948 Persekutun Tanah Melayu

Tidak mudah urutan peristiwa
Jepun dan Malayan union peka
Bersatu rakyat dan raja mereka
Bina UMNO 1946, rakyat seia

PKM dan sekutu acara sendiri
Kerajaan republik mahu didiri
Republik Komunis dihalangi
Isytihar darurat PKM perangi

Dengan Chin Peng berunding
Tunku wakili PTM ke Baling
29.12.1955 jadi tarikh penting
Lawan PKM terus digembling

Tahun 1960 darurat dah tamat
Ancaman komunis jaya sekat
1989 damai PTM –PKM diikat
Hiduplah kita rakyat selamat

Sejarah diulang jika tak jaga
Ahli sejarawan setuju sekata
ISA suatu tinggalan berharga
Halang api sebelum menyala

Kini bergelar Malaysia cintai
Sejak 1963 negara kita layari
Sabah dan serawak ikut sehati
Dinyah singapura 1965 realiti

Sejarah hitam 13 mei berlaku
1969 empatpuluh tahun dulu
Ada cubaan putar apa berlaku
Dipersalahkan UMNO@melayu

Merdeka 52 tahun sama lalui
Kini dalam Ramadan berkati
Kita rakyat wajib bersatu hati
SatuMalaysia samalah hayati

serling
[30.08.09]
ahad
….
p/s:
BH Online:30.08.09:ahad:
-“Rakyat perlu runtuhkan tembok pemisah antara mereka: Najib”
BERNAMA.COM:30.08.09:AHAD:
-“Raikan Ulangtahun Kemerdekaan Negara Dengan Semangat 1Malaysia”

Wednesday, August 26, 2009

BUAT INGATAN !

KESILAPAN BUAT PAYAH !

Kepada Pas ucapan tahniah
Kepada BN ucapan takziah
Yang tewas cari sebab kalah
Yang menang pasti rasa gah

Sebegitu adat pertandingan
Tangan pengundi gerangan
Statusquo DUN berkekalan
ADUN solo Pas keriangan

Menonton berita TV awani
Penganalisis USM ditanyai
Dakwa ‘aura anwar’ sinari
Hebat si anwar mewayangi

Permatang pasir isyaratkan
Salah atau betul ketepikan
Tujuan mahu mengalahkan
Fatwa ‘syurga’ momokkan

Ketika Pas susut 1386 undi
BN menyusut 504 pengundi
Sebegitu pukulan demokrasi
Apakah terjadi PU 13 nanti

Petugas UMNO@BN ikhlas
Selesai amanah yang digalas
Puteri, pemuda yakin cergas
Tiada maaf bagi yang culas

Buat ingatan masa hadapan
Strategi lawan kemenangan
Aturan SPR enggan akurkan
Kuatkuasaan mesti kemaskan

UMNO@BN wajib muhasabah
Kesilapan sendiri buat payah
Buatkan kempen Pas mudah
Di kubu sendiri masih gagah

serling
[27.08.09]
khamis
…..
p/s:
UM:26.08.09:Rabu:
-“Pas kekal kedudukan kerusi di Permatang Pasir”
-“Ada faktor sumbang kekalahan”
-“Barisan Nasional tidak patah semangat”

Monday, August 24, 2009

WAJAR BERLANGIR !

SUBURKAN DEMOKRASI !

N 11 Permatang Pasir
ADUN baru nanti gilir
Yang dulu pergi takdir
Pilih BN, sihatlah fikir

Semesti pengundi ingat
ADUN Pas tak manfaat
Kerusi EXCO tak muat
DAP dan P K R khianat

Malang ADUN Pas dulu
Hadirnya bagai tak perlu
Kini biar BN pula pandu
Licinkan BN membantu

20,290 orang layak undi
72 peratus melayu wakili
Bukan melayu yang baki
Undilah subur demokrasi

Sempena di bulan puasa
Permudah terbuka minda
Undi BN sangat berharga
Kepada BN jangan curiga

Esok selepas solat subuh
Jangan asyik peluk tubuh
Mengundi jangan rempuh
Hindari diri gopoh-kecuh

Usah ikut gaya pak pandir
Namanya disebut di bibir
Perbuatannya jurus bazir
Tolak Pas bagai berlangir

serling
[25.08.09]
selasa
…..
UM:25.08.09:isnin:
-“BN yakin beri saingan sengit”
-“Keputusan sebelum pukul 8 malam”
-“Kemenangan calon dibatal jika terus kempen”

Sunday, August 23, 2009

SUSUT KERUSI !

MENIPU JANJI ?

N34 di P17 padang serai
ADUN Lunas kata cerai
Dulu jeket PKR dipakai
Kini umum bebas sesuai

Hikmah amalan berpuasa
Minda bersih mudah rasa
Tindak tepat buat segera
Elak terus gelumang dosa

Ucap syabas mohd razhi
PKR disusut satu kerusi
Turut keluar ratusan ahli
Gelagat anwar punca jadi

Gaya AP P17 keterlaluan
Tindakan tidak keharuan
Polis disasarkan tamparan
Tercemar hari pencalonan

Patut AP P17 amat berani
Ada tok dalang arah aksi
Macam biasa diamkan diri
Tapi YDP agama dia janji

Lantik YDP, anwar senda
Hanya YDA punya kuasa
Khas negeri tidak beraja
Besar tipuan bulan puasa

Jika anwar perdana menteri
Janji sedemikian kita yakini
YDA boleh PM menasihati
Bersaja anwar bohong janji

serling
[24.08.09]
isnin
…..
p/s:
BH Online:23.08.08:ahad:
-”Permatang Pasir: Calon Pas dilantik YDP MAIPP jika menang pilihan raya kecil”
-“Mungkin ramai lagi wakil rakyat PKR keluar parti: TPM”
-“Lunas bibit ketidaksefahaman pembangkang: Najib”

Saturday, August 22, 2009

SENGAJA SASUL ?

HEMAH BERKEMPEN !

Pabila puasa biar betul
Semoga doa termakbul
Suci Islam jangan cabul
Tapi PAS berbuat bacul

Ramadan setahun sekali
Umat Islam wajib insafi
Aktiviti parti tak kecuali
Masih juga melanggari

Ahli UMNO berwaspada
Usah langgar adab puasa
Usah pula dipijak kepala
Hemah kempen mesti ada

Fatwa yang nik aziz beri
Sokong UMNO jadi keji
Neraka saja layak pergi
Macam syurga dia miliki

Sempena Ramadan mulia
Diguna otak Allah kurnia
Gaya nik aziz buat bicara
Senda Islam, politik utama

Suruhan Islam tepat betul
Hanya pengikut jadi biul
Demi dunia sengaja sasul
Tentuan Allah menyusul

serling
[23.08.09]
ahad
….
BH:22.08.09:sabtu:
-“Puasa bukan halangan dua calon bertemu penduduk”
-“BN teruskan kempen berhemah”
-“Nik Aziz diminta beri ‘fatwa’ status syurga, neraka PKR, DAP”

Friday, August 21, 2009

PUASA BIAR BETUL !

DOSA JANGAN CARI !

01 ramadan 1430, sabtu
Umat Islam patut bersatu
Berpuasa penuh syahdu
Sebulan tiap tahun tentu

Puasa tidak sekat razeki
Jalankan kerja tiap hari
Kehidupan harian lalui
Ibadah puasa kena patuhi

Kepada yang tidak puasa
Menepati kelonggaran ada
Jangan makan-minum jaja
Tidak makan cara terbuka

Makan minum boleh jaga
Umpat kata ditaburi juga
Tutur dan si dengar sama
Susut fadilat ibadah puasa

Kalian di permatang pasir
Tugas PRK sudah ditakdir
Yang kempen waras fikir
Cara umpat jangan dibazir

Dari jauh terdengar cerita
Serangan peribadi perguna
Tanam rasa benci diagenda
Konon calon BN tak kena

Ikhtibarlah Ramadan mulia
Berkempen patuti tatacara
Calon dan parti sendiri jaja
Khidmat bakal beri perkata

Sempena puasa esok mulai
Bersamalah muhasabah diri
PAS dan BN yang tandingi
Sapa menang, ikut pengundi

Para pengundi perlulah tahu
Perguna agama sejak dahulu
Hakikat untuk mengisi saku
Ala skim cepat kaya berlaku


serling
[21.08.09]
sumaat
……

UM:20.08.09:jumaat:
-”Umat Islam mula berpuasa esok”
-“Mahfuz nafi calon Pas seleweng RM600,000”
-“Pengundi tidak terpengaruh”

Wednesday, August 19, 2009

IKUT RASA, BINASA !

WAJIB CELEK AKAL !

Di Permatang Pasir temu
Pilihanraya kecil berlaku
Menarik satu lawan satu
BN lawan PAS berseteru

Wakili BN,UMNO diuji
Dahulu N11,PAS kuasai
Isi kekosongan PRK ini
25 Ogos YB baru wakili

PRK Manik Urai ingati
PAS menang tipis,ngeri
Undian rosak lebih lagi
Timbul banyak persepsi

Hal sama DUN Penanti
PKR menang susut undi
Itupun BN tidak tandingi
Pakatan Rakyat dihantui

BN pegang kepada janji
Tak semua PRK masuki
Jika ditakdirkan YB mati
Atau punca SPR hendaki

Diuarkan pada ahli parti
DAP,PKR dan PAS seri
Status depa sama tinggi
DAP tunggak jelas bukti

Lihat Kedah, kes b a b i
Takut ugutan DAP beri
MB kedah melutut diri
Pergi KL, LKS ditemui

Sedih rasa di dalam hati
Martabat MB tak hargai
Tak jadi DAP tarik diri
Begitu PAS ditunggangi

Di selangor, PKR ketuai
Dilihat DAP pengemudi
Kes arak DAP dibuat uji
Islam PAS bagai jualbeli

Di Pulau Pinag hebat lagi
ADUN PAS tak dipeduli
Melukut tepi gantang jadi
DAP dan PKR memboloti

Di Perak hikmah melakari
Dapat MB PAS mengetuai
Ikut Undang Tubuh Negeri
Tersirat DAPlah jurumudi

Bila berlaku lompat parti
Pada BN beralih majoriti
Perak kini sah BN kuasai
Tapi PR@PTR helah lagi

Dua-dua pihak tabur janji
Rekod hidmat wajib teliti
Hebat cakap, PAS juarai
Calon bulan usah diundi

Jika ada pengundi hantu
Tindakan bersih diperlu
Elak ulang PRK berlaku
Undi BN tepati halatuju

serling
[20.08.09]
khamis
……….
p/s:
BH Online:19.08.09:rabu:
-”Pengundi jangan emosi, fakir cara rasional:TPM”
-“Pemuda UMNO serah bukti penmgundi hantu”
-“Polis terima 10 laporan berkaitan pilihan raya”

Monday, August 17, 2009

KERANA KERUSI ?

BILA MERAPU LAGI !

Beliau buat merapu lagi
Imej dua alam mewarnai
Bos politik, MB negeri
Juga berimej ulama parti

Entah untuk berapa kali
Islam orang UMNO keji
Islam PAS beliau agungi
Masuk PAS, syurga janji

Cetek hujah beliau jajai
Macam syurga dia miliki
Tokok apa dakwah nabi
Ajaran baru nik aziz uari

Agenda anti Islam awasi
Dua perkara DAP pameri
Arak dan hina Islam tujahi
Ulas nik aziz selamat parti

Jika hujah nik aziz diakui
Syurga ahli PAS majoriti
Macam PAS sahabat nabi
Realiti, Islam PAS cemari

Allah mencarut dipromosi
Hakikat sifat mulia miliki
Faktor usiakah jadi begini
Patutlah celarunya menjadi

Nik aziz belajar luar negeri
Wajar sedar sebenar terjadi
Hal pelek fatwa beliau beri
Ajaran sesat sifat sebegini

Kumpulan Al-Arqam ingati
Dipimpin oleh ustaz ashaari
Masih aktif sebahagian ahli
Walau atas kertas dikuburi

Jika gatal mulut rajin bunyi
Kepada ahli PAS yang sejati
Suara nik aziz amat tunggui
Nik aziz bagai ustaz ashaari

serling
[18.08.09]
selasa
…..
p/s:
UM:18.08.09:selasa:
-”Ahli UMNO tak akan masuk syurga”
-“Tiada nas sertai PAS masuk syurga”

Thursday, August 13, 2009

PENGKHIANAT LICIK ?

LURUS BENDUL JADI TITI !

Belum pukul tujuh pagi
Radio PahangFM bunyi
Huraian ustaz didengari
Siapa pengkhianat jauhi

Ustaz Bad empunya diri
Kupasannya jelas tepati
Antara sifat utama pasti
Geraklaku buat peribadi

Bila ‘khianat’ telah jiwai
Agama dan bangsa lupai
Banyak watak melakoni
Si lurus bendul bagai titi

Pembelot perkataan seerti
Bila pengkhianat diteguri
Akui demikian jauh sekali
Banyak dolakdalih pameri

Cakap bohong jelas bukti
Umpama 16.09.08 diuari
Jawatan perdana menteri
Tapi terus kokok sana sini

Pengkhianat gemar dipuji
Pantang kalau mengingati
Hal perbuatan teramat keji
Sifat malu tidak lagi fungsi

Berciri virus selsema babi
Kalau bodi kita dijangkiti
Tiada proses pulih sendiri
Pengkhianat perlu halangi

Agama dan bangsa ketepi
Keluarga sendiri wayangi
Bagai pijak semut tak mati
Di belakang luar biasa jadi

Jika masih tidak mengakui
Bahwa pengkhianat lakoni
Konon dirinya terbaik budi
Silakanlah muhasabah diri

Pada Allah mohon lindungi
Islam akan terus menyinari
Rakyat Malaysia berjatidiri
Si pengkhianat usah turuti

serling
[14.08.09]
jumaat
……
p/s:
UM:13.08.09.khamis:
-”Perhimpunan laungkan Anwar
pengkhianat esok”
-“Berhenti pecah belah orang Melayu – Rozali”

Friday, August 7, 2009

TUJUH WASIAT !

JANGAN KITA LUPA ARAH !

Tujuh wasiat raja Melayu
05 Ogos 1957 ingat selalu
King’s House lokasi restu
Pertahankan wasiat sepadu

Raja Muda Perak tepat titah
Ketika sebangsa berbantah
Demi meraih kuasa perintah
Bagaikan terlupa mana arah

Malaysia nama negara kini
Tahun 1963 nama baru beri
Asal sepadu sebelas negeri
‘Tanah Melayu” ingat mesti

Raja-Raja mengisytiharkan
Tanah simpanan dikekalkan
Limapuluh peratus untukkan
Rakyat Melayu tak lupakan

Demi keselamatan Negara
Rejimen Askar Melayu ada
Kepahlawanan pupuk setia
Semua rakyat tidak dibeza

Kedaulatan raja-raja jamin
Pemerintahan dipasti licin
Raja dan rakyat, mesra jalin
Bersama kekal silatulrahim

Diisytiharkan Islam rasmi
Agama Persekutuan diakui
Semua orang wajib patuhi
Isu arak, MB selangor diuji

Perihal bahasa kebangsaan
Bahasa Melayu diperkenan
Tidak wajar ada pertikaian
Sukar tanpa pengorbanan

Wasiat terakhir amat teruja
Raja-Raja Melayu menjaga
Istimewa bumiputera dibela
Hak sah kaum lain tak lupa

Kisah termaktub masa dulu
Ketika perkenan raja perlu
Raja-raja dan rakyat bersatu
Derhakakan Raja buruk laku

serling
[07.08.09]
jumaat
…..
p/s:
UM:07.08.09:jumaat:”7 wasiat raja Melayu”

Monday, August 3, 2009

BERLALU 01 OGOS !

TERSIRAT KITA DUNGGU ?


Fajar satu ogos berlalu
Hajat pulun ratus ribu
Kurang 10 % bersetuju
Ada 99% kaum melayu

Polis tindak mereka tahu
Strategi depa susun padu
Lawan polis nak berlaku
Hebat depa cara melulu

Kurang cerdik bangsaku
Konon PR@PTR bersatu
Semacam di perak dahulu
Salah tempat berhati batu

Sejumlah 589 orang tahan
583 orang melayu kedepan
Hanya 6 kaum lain dapatan
Bukan melayu ada wajaran

Kaun lain berbeza melayu
Risiko ditahan awas selalu
Bukan Melayu bijak pacu
Tersirat depa, kita dunggu

Pecah dan kudakan begitu
PR@PTR kolam besepadu
Umpan dakyah buat selalu
Dakyah terancang jadi isu

Salah arah ‘bodoh’ katakan
Hadi juga punya celuparan
Tak undi mereka, bodohkan
Demo anti ISA bersalahan

Sedih segelintir bangsaku
Reda ditunggang sebegitu
Kerana ketaksupan melulu
Udang sebalik mi tak tahu

Anwar dan hadi kuasa dulu
Yang rapat ditolongi selalu
Konon mereka perlu bantu
Rajinkan siasat jangan malu

Serling
[03.08.09]
Isnin
……
p/s:
UM:03.08.09:isnin:
-”ISA: Orang Melayu diperguna”
-“Anwar pengkhianat”
-“Melayu diperkuda menentang ISA”