Thursday, August 13, 2009

PENGKHIANAT LICIK ?

LURUS BENDUL JADI TITI !

Belum pukul tujuh pagi
Radio PahangFM bunyi
Huraian ustaz didengari
Siapa pengkhianat jauhi

Ustaz Bad empunya diri
Kupasannya jelas tepati
Antara sifat utama pasti
Geraklaku buat peribadi

Bila ‘khianat’ telah jiwai
Agama dan bangsa lupai
Banyak watak melakoni
Si lurus bendul bagai titi

Pembelot perkataan seerti
Bila pengkhianat diteguri
Akui demikian jauh sekali
Banyak dolakdalih pameri

Cakap bohong jelas bukti
Umpama 16.09.08 diuari
Jawatan perdana menteri
Tapi terus kokok sana sini

Pengkhianat gemar dipuji
Pantang kalau mengingati
Hal perbuatan teramat keji
Sifat malu tidak lagi fungsi

Berciri virus selsema babi
Kalau bodi kita dijangkiti
Tiada proses pulih sendiri
Pengkhianat perlu halangi

Agama dan bangsa ketepi
Keluarga sendiri wayangi
Bagai pijak semut tak mati
Di belakang luar biasa jadi

Jika masih tidak mengakui
Bahwa pengkhianat lakoni
Konon dirinya terbaik budi
Silakanlah muhasabah diri

Pada Allah mohon lindungi
Islam akan terus menyinari
Rakyat Malaysia berjatidiri
Si pengkhianat usah turuti

serling
[14.08.09]
jumaat
……
p/s:
UM:13.08.09.khamis:
-”Perhimpunan laungkan Anwar
pengkhianat esok”
-“Berhenti pecah belah orang Melayu – Rozali”

No comments: