Sunday, August 30, 2009

WAJIB HAYATI !

PAHIT MANIS SEJARAH !

Tanggal 31.08.2009 nanti
Ulangtahun ke 52 berdikari
1957 Tanah Melayu namai
Inggeris tiada berkuasa lagi

Selama 446 tahun terjajah
Pemerintah negeri berubah
Tahun 1511 bagai nokhtah
Tewas Melaka, sultan nyah

Penjajah bagai virus gerak
Tahun 1641 Belanda pulak
Ganti Portugis yang ditolak
Diikuti Inggeris paku tapak

Inggeris – Belanda sepakat
1824 Perjanjian setuju ikat
Si Inggeris, Melaka dapat
Kuku di Singapura perkuat

Treati Pangkor 1874 diteliti
Atas kapal HMS Pluto metri
Bermula Inggeris menguasai
Niaga bijih timah dorong jadi

Perak, selangor serta Pahang
Juga Negeri sembilan pegang
1895 cekam inggeris datang
Negeri melayu sekutu canang

Nasib negeri tidak bersekutu
Perlis, Kedah, dan Trengganu
Treati Bangkok 1909 penentu
Kelantan tambah johor disatu

Hanya sembilan negeri beraja
Kecuali P.Pinang dan Melaka
Dinding (Perak) dan singapura
1826 Negeri selat gelar nama

Bila Jepun datang menyerang
1941-1945 Inggeris tempang
Negeri Melayu, Jepun pegang
Lepas itu 14 hari tiga bintang

1946 Malayan Union ditubuh
Subahat dengan jepun dituduh
Jika sultan melayu elak patuh
Sultan akur buat melayu kecuh

Pendudukan Jepun ajar melayu
Kekuatan Inggeris tidak sepadu
Tentangan buat Inggeris ngaku
1948 Persekutun Tanah Melayu

Tidak mudah urutan peristiwa
Jepun dan Malayan union peka
Bersatu rakyat dan raja mereka
Bina UMNO 1946, rakyat seia

PKM dan sekutu acara sendiri
Kerajaan republik mahu didiri
Republik Komunis dihalangi
Isytihar darurat PKM perangi

Dengan Chin Peng berunding
Tunku wakili PTM ke Baling
29.12.1955 jadi tarikh penting
Lawan PKM terus digembling

Tahun 1960 darurat dah tamat
Ancaman komunis jaya sekat
1989 damai PTM –PKM diikat
Hiduplah kita rakyat selamat

Sejarah diulang jika tak jaga
Ahli sejarawan setuju sekata
ISA suatu tinggalan berharga
Halang api sebelum menyala

Kini bergelar Malaysia cintai
Sejak 1963 negara kita layari
Sabah dan serawak ikut sehati
Dinyah singapura 1965 realiti

Sejarah hitam 13 mei berlaku
1969 empatpuluh tahun dulu
Ada cubaan putar apa berlaku
Dipersalahkan UMNO@melayu

Merdeka 52 tahun sama lalui
Kini dalam Ramadan berkati
Kita rakyat wajib bersatu hati
SatuMalaysia samalah hayati

serling
[30.08.09]
ahad
….
p/s:
BH Online:30.08.09:ahad:
-“Rakyat perlu runtuhkan tembok pemisah antara mereka: Najib”
BERNAMA.COM:30.08.09:AHAD:
-“Raikan Ulangtahun Kemerdekaan Negara Dengan Semangat 1Malaysia”

1 comment:

azamwild said...

Salam Sahabat,
terima kasih lawat blog saya dan tinggalkan komen. Lihat juga blog lain: http://braveheart-blogger.blogspot.com dan http://gerbangtemumaya.blogspot.com