Sunday, December 28, 2008

SEMPENA MUSIM HAJI 1429H/2008M


[GAMBAR DIAMBIL DARI ATAS MASJIDIL HARAM - UMAT ISLAM SEDANG BERIBADAH/TAWAF SEKELILING KAABAH]

SAYU HATI DI UDARA

[luahan perjalanan pulang tunaikan
ibadah Haji Musim 1429H/2008M
bersama RAYHAR TRAVELS]

Jam 10.57 pagi waktu Saudi
Tergerak hati guna kalam ini
Tika SV5006 di angkasa tinggi
Ke Malaysia pulang sama isteri

Daku memanjatkan rasa sayu
Tahun 2011 janji TH peraku
Jaya ke tanah Suci atas rayu
Terima kasih yang membantu

Ke Tanah Suci pakej swasta
Terima kasih tidak terhingga
Urusan - kebajikan lancar aja
Wajar semua pakej ikut serupa

Pada ibubapa dan ibu mertua
Anak menantu, dan cucu juga
Serta adik beradik dan keluaga
Pisahan kita hanya sementara

Mudahan Haji Mabrur anugerahi
Depan Kaabah, doa acap ungkapi
Sejahtera pohonkan, petaka jauhi
Buat diri serta semua doa ditujui

11.15 pagi
24 Dismber 2008 - Rabu
Dalam SV5006 - Saudi Airlines
Ketika 35,000 meter di udara


Disalin kembali
Pada 29.12.2008
Bersamaan 01 Muharam 1430H

Thursday, October 30, 2008

DELKARASI JANDA BAIK MENGUJA !

SEHINGGA BILA TERLEKA ?

Tika layari Peribumi Perkasa
Deklarsi Janda Baik menguja
Saranannya kongsikan sama
Muhasabah diri jangan terleka

Sedari wahai kaum bangsaku
Buruk atau baik nasib berlaku
Janji ALLAH janganlah diragu
Kerjabuat kita menjadi penentu

Dalam kukuh menjaga bangsa
Pemimpin kita bertimbang rasa
Hal kaum lain tetap terpelihara
Kini keceluparan mulut mereka

Hilang arah segelintir bangsaku
Ahli bukan UMNO sudah tentu
Malah ada ahli UMNO terkeliru
Oleh si gelojoh inginkan berkuku

Rakan setia sopan perangainya
Tetapi rakan UMNO tabur tuba
Rakan begini perlu dikawalselia
Deklarasi Janda Baik kena baca

serling
[30.10.08]
khamis
……

p/s:
-menyambut seruan untuk memanjangkan “DEKLARASI JANDA BAIK” seperti tersiar dalam
http://Peribumi Perkasa.org



DEKLARASI JANDA BAIK

Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.
3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.
4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.
5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.
6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.
8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.
9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.
10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan
11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.
12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.
13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.
14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.
15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.


Thursday, October 23, 2008

SINDIRAN BUKA MINDA !

Usah pertikai status quo BN !

Belacan sumber dari lautan
Kangkong jenis tumbuhan
Betul adunan, sedap makan
Jika lapar jadi kekenyangan

Terima kasih Adam kongsi
Belacan & kangkong serasi
Nisbah adunan pilih sendiri
Tidak sama banyak terpasti

Hikmah soi lek kata begitu
Ingatkan hang tuah dahulu
Kangkong muslihat melayu
Raja china terpaksa ngaku

Di dalam amalan demokrasi
Suara sindiran tidak penalti
Minda bijaksana bukan mati
Status quo BN wajib hayati

TPM cina, dulu kedengaran
Kini MCA nak bukan-bukan
Satu Timbalan BN suarakan
Ingin lebih kuasa maksudkan

serling
[23.10.08]
khamis
.........

p/s:
Gerbang Tempur Politik Maya Dot Net:23.10.08:khamis:
RENCANA oleh Adam “BELACAN & KANGKONG JADI BUALAN POLITIK MCA”

Saturday, October 18, 2008

HARI INI DALAM SEJARAH !

Bila marah tersalah arah !

Daripada Kota Kinabalu, Sabah
18 oktober tersangat bersejarah
Dua tokoh, pak lah marah-marah
Tun dan muhyiddin terhala arah

Tun ibaratkan pengarah pilihan
Muhyiddin engkari keputusan
Sebegitu pak lah buat dakwaan
Ketika UMNO sibuk perwakilan

Jika kata pak lah sifat individu
Telah dijangka luahan sebegitu
Bagaikan ‘talian hayat’ diperlu
Balasan pak lah sokongan dulu

Lupa pak lah ketika naik kuasa
Khairy ‘diterjunkan’ naib ketua
Kerna menantu, terkelu pemuda
Naik khairy semacam mi segera

Hebat pak lah cakap demokrasi
Bapa Demokrasi, Gerakan beri
Prihal UMNO lain maksud erti
Bukan bumi celupar, dia tersepi

Terharu prihatin MRR Melayu
Mesyuarat ke 215, K.Trengganu
Kenyataan khas, kita diberitahu
Bimbang dan harap MRR pandu

Kenapa pak lah bezakan layanan
Celupar mereka dibiar bersebaran
Tegurkata sekulit ditapis curigaan
Selaku ketua, tak wajar perbezaan

Nampaknya pak lah tidak berubah
Kata-kata ‘tidak perlu’ usah diluah
Status mantan PM pasti dianugerah
Pak lah punya masa bermuhasabah

serling
[19.08.08]
ahad
……
p/s:
MM:19.08.08: ahad:
”PM bidas Mahathir”


PM bidas Mahathir
KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.
“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.
“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.
Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?
Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.
– Bernama

Tuesday, October 14, 2008

BILA CELUPAR KATA !

NGAPA MELAYU DISENDA ?

Tika UMNO leka pencalonan
GERAKAN membuat kejutan
Seolah melayu dikata imigran
Celupar mulut suara demikian

Tugas rasmi timbalan menteri
Buatkan rakyat sukar mengerti
Begitukah pendirian rasmi kini
Sapa pakar sejarah mendalangi

Benar lidah kita tidak bertulang
Tapi bukan lesen kata sebarang
Apa motif tan lian hoe sekarang
Bahaya jikalau di hati bersarang

Pada ahli UMNO seluruh negara
Dalam masa BN pulihkan tenaga
Salah nada komponen kena peka
Mendiam diri tanda benarlah kata

GERAKAN angkat pak lah tinggi
Dinobatkan jadi Bapa Demokrasi
Bukan alasan berkata sesuka hati
Dijeratkah mulut pak lah terkunci

Jika anugerah punya kemuslihatan
Wajar tarik balik anugerah gelaran
Komen pak lah tak lagi kedengaran
Tunggu kecuhkah, pak lah kedepan

serling
[15.10.08]
rabu
…..
p/s:
UM:14.10.08:SELASA[m.s:7]
“Lian Hoe terus dibidas”
“Gerakan perlu kenakan tindakan”
“Khir desak parti ambil tindakan”
“Tidak patut bangkit isu perkauman”

Thursday, October 9, 2008

UTAMAKAN PENGISIAN BUKAN RETORIK !

BUAT PILIHAN TEPAT !

Kata khairy, minta pilihan tepat
Jika utama retorik, tiada tempat
Terpanggil dia sumbang keringat
Nada khairy uarkan diri memikat

Tag line ‘setiakawan’, dipromosi
Dakwa dapat sokongan akarumbi
Hampir seluruh negara dijelajahi
Dulu ‘payung terjun’, dia perakui

Dalam temuramah dengan utusan
Sedikit disoalkan, retorik huraian
Syabas zulkiflee susun pertanyaan
Tidak jua dihurai gelojoh terjunan

Diikrar ingin bawa pembaharuan
Juga dijanji keutamaan pengisian
Bagai anwar mentornya lakonan
Nasib pak lah, khairy berperanan

Lembutnya suara khairy berjanji
Akan terus dengar kata akar umbi
Perjuangannya tak boleh jual beli
Berlawanan apa telah dia warnai

Dalam zaman teknologi maklumat
Walaupun khairy cuba tutup rapat
Luarbiasa menantu-mertua terikat
Alasan utama khairy perlu disekat

serling
[10.10.08]
jumaat
…..

p/s:
-UM;08.10.08:khamis: ”Utamakan pengisian bukan retorik”

-wajaran sepatutnya khairy ikut langkah pak lah utamakan parti atasi peribadi, bukan diumpama “habis manis, sepah dibuang”

Monday, October 6, 2008

TANDING ATAS KEKUATAN SENDIRI ?

DENGAR BOLEH, USAH CAYA !

Tanding atas kekuatan sendiri
Begitu khairy uarkan promosi
Pemuda UMNO mahu dikuasai
Gelojoh khairy wajib halangi

Dalam akhbar selalu dendangi
Walaupun tidak status menteri
Berstatus menantu, dia pameri
Bagaikan akhbar, khairy miliki

Usah terpedaya individu begini
Duduk naib ketua pun ditolongi
Dia mendakwa kekuatan sendiri
Kelentongan Khairy sukar lupai

Slogan setiakawan dia mengulai
Emosi pemuda kini dimanipulasi
Konon dialah termuda tawar diri
Calon lain tidak bersesuaian lagi

Tatasusila kita dalam organisasi
Naik berjanjang, dia melanggari
Bukan exco, naib ketua dikuasai
Faktor mertua, calon lain tersepi

Cakap dan buat khairy perhalusi
Walau pun para penyokong nafi
Kalaulah bukan suami pada noni
Adakah khairy naib pemuda kini

Naib ketua pun khairy baru lagi
Kerusi ketua ingin amat duduki
Tiada mertua diatas, perit razeki
Ala mentornya anwar, dia jejaki

Usia UMNO lebih 60 tahun kini
Keikhlasan khairy wajib curigai
Cukuplah naib pemuda diduduki
Tepat masa khairy jangan diundi

serling
[07.10.08]
selasa
….
p/s:
UM:06.10.08:isnin: “Tanding atas kekuatan sendiri


“Kekuatan sendiri – Khairy”
REMBAU 5 Okt. – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda berdasarkan pada kekuatan dirinya sendiri dan bukan kerana pengaruh pihak lain.

Menurut Khairy, beliau berharap semua perwakilan yang akan bersidang mulai 9 Oktober ini dapat menilai dirinya kerana kredibiliti serta kekuatan beliau sejak menjadi Naib Ketua Pemuda empat tahun lalu.

Pada masa yang sama, beliau juga mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding Ketua Pemuda walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mengumumkan proses peralihan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih awal dari tarikh asal.

“Insya-Allah... Buat masa ini saya akan meneruskan rancangan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana dari awal lagi saya bertanding atas kekuatan diri sendiri dan sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Presiden dan Timbalannya tidak akan mempengaruhi apa yang akan menjadi pilihan orang muda.

“Orang muda harus pilih orang muda untuk generasi Pemuda. Bukan sebab tertentu atau faktor pucuk pimpinan dan sebagainya. Mereka kena pilih kepimpinan untuk masa depan dalam parti,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau di Balai Raya Kampung Gadong di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada sebarang keputusan Perdana Menteri mengenai peralihan kuasa akan menjejaskan peluangnya dalam merebut jawatan Ketua Pemuda yang telah dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Mengenai wujudnya regu dalam kepimpinan Pemuda UMNO, Khairy berkata, pemilihan kali ini tidak menampakkan kewujudan itu memandangkan semua calon yang menawarkan diri adalah berdasarkan pada kemahuan akar umbi dan lebih bebas.

Sunday, October 5, 2008

DEMOKRASI ERA BARU ?

PEMBERITA BERMOTIF ?

Jika buat urutan kronologi
Pendokong hindraf berani
Tuntutan mereka meninggi
Rukunnegara telah langgari

Kesopanan dan kesusilaan
Rukunegara lakar panduan
Hindraf tegar pamer gilaan
Tatasusila adab kecemaran

Lapor dalam berita minggu
Konon hindraf baiknya laku
Di muka 14 boleh kita temu
Bagai presiden PAS merestu

Ditulis magendran rajagopal
Juga hanneyzah gaya sekapal
Kedua mereka bermotif nakal
Hindraf digambar laku normal

Hindraf digambar baik sopan
Berlawan berita dalam utusan
Bacalah sepenuh isi penulisan
Hindraf dibela dan berpatutan

Serling
[05.10.08]
Ahad
….
p/s:
- Tulisan mengendran rajagopal dan hanneyzah bariah baharin seperti ‘membela’ hindraf
BM:05.10.08:ahad:
“Presiden Pas anggap demokrasi era baru”


'Demokrasi era baru'
KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua pihak melihat tindakan penyokong Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) bertemu Perdana Menteri pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Rabu lalu, sebagai demokrasi era baru.

Beliau berkata, tindakan penyokong Hindraf bertemu dan menyerahkan memorandum kepada Abdullah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bukan sesuatu yang biadap dan perlu dipandang dari sudut positif.

"Mereka dibenarkan masuk, mereka masuklah... kalau tak dibenarkan, macam mana mereka hendak masuk. Saya rasa itu tidak biadap, itu demokrasi... biasa. Kalau kita tengok di negara Barat, mereka benarkan orang demonstrasi di depan Rumah Putih... itu biasa... Kita kena lihat ini sebagai satu perubahan zaman Perdana Menteri kitalah.

"Kalau betul mereka tak mahu bagi Hindraf masuk, mereka boleh halang. Tetapi apa yang berlaku tidak ada polis yang halang. Tak ada masalah mereka jumpa Perdana Menteri macam tu... saya pun ada orang datang ke rumah. Kita kena lihat ia sebagai perubahan demokrasi di Malaysia, lagipun mereka tidak buat kecoh atau bertumbuk," katanya selepas berucap pada majlis perasmian Ijtima' Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Badan Perhubungan Pas negeri di sini, semalam.

Hadir sama Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mustaffa Ali.

Pelbagai pihak sebelum ini kesal dengan tindakan Hindraf yang membuat kecoh tidak kena pada tempatnya, iaitu ketika umat Islam menyambut Aidilfitri, terutama pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang sepatutnya digunakan untuk merapatkan hubungan sesama kaum.

Dalam kejadian Rabu lalu, kira-kira 800 penyokong Hindraf berpakaian kemeja-T jingga beratur seawal jam 11 pagi bersama ribuan pengunjung lain untuk bersalam dengan Abdullah dan menyerahkan kad ucapan Aidilfitri yang turut diselitkan dengan mesej supaya Perdana Menteri membebaskan pemimpin Hindraf yang dikenakan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila mereka dihalang memasuki dewan jamuan di aras empat PWTC dan mula melaungkan rasa tidak puas hati kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu Perdana Menteri. Bagaimanapun, campur tangan polis berjaya mengawal keadaan.

Friday, October 3, 2008

MENEGAK BENANG BASAH !

HINDRAF KETERLALUAN

Penyokong hindraf keterlaluan
Di majlis 1 syawal hari lebaran
Rumah terbuka PM kecemaran
Salah tempat menguji kesabaran

Kita mungkin berbeda pendapat
Demi agama kita boleh merapat
Asakan hindraf tak pilih tempat
Perkauman mereka wajar sekat

Jikalau lima hindraf dibebaskan
Sebelum tempoh telah tetapkan
Jelas benar PM dalam ketakutan
Tindakan kurang ajar diakurkan

ISA wujud di dalam akta negara
Hanya yang terpilih sahaja kena
Asingkan mereka elak virus bala
Virus demikian ibarat bom jangka

Dahulu ada samy vellu menzahiri
Mohon lima hindraf dilepas pergi
Agar kerajaan tidak mereka benci
Perkauman begini jangan dilayani

Di saat pak lah tinggalkan pejabat
Bukan dirosakan peraturan terikat
Bahawa ISA masih perlu perkuat
Tunduk pada hindraf sah diperalat

Telus jarum teluslah juga kelindan
Pesanan orang tua berupa amaran
Keterlauan dicemari hari lebaran
Pertahankan ISA tanpa keraguan

serling
[03.10.08]
jumaat

p/s:
UM:03.10.08;jumaat:
” Hindraf keterlaluan”

Oleh NOR ZAINAH NORDIN
KUALA LUMPUR 2 Okt. – Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam mengutuk keras dan menyifatkan perbuatan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet Islam sebagai keterlaluan, biadap dan menghina kesucian 1 Syawal.

Sambil membayangkan tindakan pertubuhan haram itu didalangi individu tertentu dengan tujuan menghancurkan perpaduan negara, mereka meminta kerajaan bertegas dan tidak melayan tekanan daripada kumpulan yang mengambil kesempatan atas kemurahan hati kerajaan.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perbuatan kumpulan berkenaan adalah menghina perayaan besar umat Islam, tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab.

Beliau mempersoalkan tujuan mereka menimbulkan kekecohan dalam suasana Perdana Menteri dan rakyat jelata meraikan 1 Syawal, seolah-olah cuba memberi gambaran negatif bahawa mereka langsung tidak mendapat peluang bertemu Perdana Menteri pada hari lain.

Katanya, insiden itu dikhuatiri didalangi pihak-pihak tertentu dengan mempergunakan suasana perayaan dan kehadiran wakil kedutaan asing untuk mengganggu serta memberi imej buruk kepada negara luar.

Beliau berkata, kejadian itu bukan menunjukkan perjuangan tulen tetapi mengambil kesempatan merosakkan imej negara selain memberi gambaran seolah-olah Malaysia tidak mengamalkan budaya tolak-ansur.

“GPMS meminta kerajaan supaya jangan melayan mereka kerana Hindraf bukan pertubuhan sah. Mereka patut dikenakan tindakan, tidak kisah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau undang-undang lain.

“Biar ia menjadi pengajaran. Tidak pernah berlaku insiden sebegini dalam sejarah 50 tahun kita merdeka. Ini perbuatan berani tidak bertempat dan dipengaruhi demonstrasi jalanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perbuatan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Tanpa mempedulikan peraturan, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudahpun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi. Walaupun timbul kekecohan, mereka dibenarkan memasuki dewan atas semangat hari raya.

Menurut saksi, kumpulan itu mula memotong barisan orang ramai menjelang tengah hari untuk menyerahkan patung beruang dan kad hari raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Sementara itu, The Star Online memetik kenyataan K. Shanti, isteri kepada Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy bahawa isi kandungan kad raya yang diserahkan meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.
“Mesej kami ialah kami mahukan hero-hero kami dibebaskan. Ini adalah rumah terbuka dan kami boleh datang, jika kami mahu. Semasa hari raya ini, kita sepatutnya bermaaf-maafan.

“Jadi, kami memaafkan dosa-dosa UMNO terhadap komuniti India. Kami hanya mahu tahanan Hindraf dibebaskan,” kata Shanti.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, kumpulan itu mengambil peluang suasana rumah terbuka untuk menonjolkan isu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lain.

Katanya, perbuatan itu tidak kena pada masanya iaitu ketika sambutan Aidilfitri bagi meraikan kemenangan umat Islam menjalani ibadat puasa dan merapatkan hubungan sesama rakyat.

“Mereka tidak menghormati orang Islam yang merayakan Aidilfitri,” ujarnya.
Pengerusi Persatuan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, perbuatan penyokong Hindraf itu sepatutnya membuka mata rakyat tentang siapa sebenarnya kumpulan yang disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“Kita selalu memikirkan orang lain dan tidak mengambil kira perasaan sendiri. Mereka sudah melampau dan tidak prihatin kepada suasana 1 Syawal yang menjadi perayaan besar umat Islam,” katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Pribumi Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Hindraf adalah pertubuhan haram yang semakin mencabar undang-undang serta nampak bersedia menimbulkan kekecohan tanpa mengira tempat dan keadaan.

Sunday, September 28, 2008

HAYATI AMANAT HANG TUAH…!

BAHAYA BILA TERANTUK,
BARU TENGADAH !

Benar kata perumpamaan ini
Rumah sudah, pahat berbunyi
PAU ditunda MAC 2009 nanti
Pemilihan Bahagian tetap jadi

UMNO sinonim parti melayu
Hina bangsa jika UMNO layu
Merdeka negara tika bersatu
PRU 12, UMNO terpalit malu

Putusan PRU12 tercatat sejarah
UMNO/BN dipandu oleh pak lah
Di P.Pinang, BN terbukti kalah
Negeri pak lah pun bermasalah

Jika apa dikata akan laksanakan
Episod baru UMNO diyakinkan
Demi UMNO, pak lah utamakan
Peranan Najib perkemas pasukan

Selaku ketua yang akan berundur
Insafi Tunku dan Dato Onn undur
Tiada prasyarat peribadi susunatur
Semoga UMNO kembali masyhur

Pak lah dan najib, rakyat perhati
Apa diucapkan, itulah akan jalani
Jika terlintas keutamaan peribadi
Mohon patuhi kemahuan majoriti

Demi agama, bangsa dan negara
UMNO bukan parti hak keluarga
Pesanan Hang Tuah usah disenda
Bila terantuk baru tengadah, bala

serling
[28.09.08]
ahad
…..
p/s:
Sempena Harti Raya Aidil Fitri 1429H, mohon maaf dzahir bathin daripada serling sekeluarga.

Thursday, September 25, 2008

MT UMNO PERLU BERANI !

TERIMA KASIH,
TAPI CUKUPLAH !

Kerjabuat pak lah susunatur
Di antara hal negatif ditegur
Permudah ahli MT mengukur
Cukuplah pak lah, kita akur

Sempena di jumaat mulia ini
Tunjuk MT UMNO berfungsi
Pergi pak lah jangan ditangisi
Segerakan bukan tangguh lagi

Untuk pak lah kita menghargai
Utama peri hal bukan peribadi
Nafi kelemahan beliau, tragedi
Berterusan negara goyang gini

Sewajar pak lah rasa bersyukur
Jadi PM Malaysia, rakyat kabur
Sedikit pujian, banyak berbaur
Sekarang pak lah wajar undur

serling
[26.09.08]
jumaat
…..

Wednesday, September 24, 2008

PABILA PERIBADI JUNJUNGI !

SENDIWARA TRIO POLITIKUS !
( PAK LAH=ANWAR=KHAIRY? )

Siapa bikin pening kepala
Anwar dan pak lah serupa
Kedua-dua kemaruk kuasa
Lepas duahari pak lah beza

Peralihankuasa juga berteori
Si bakal pergi usah dalih lagi
Si pengganti jangan dikaburi
Gaya pak lah utama peribadi

Kemaruk abnormal si anwar
Pemimpin PAS janji ditawar
Begitu dilapur ‘harian sinar’
Demi kuasa, maruah cemar

Sepotong ayat si anwar kata
Sama melayu, cina atau India
Sesiapa sahaja boleh percaya
Guan Eng contoh anwar puja

Ceteknya politikus sebangsaku
Gaya racist bukanbumi sepadu
360 darjah anwar beza dahulu
Lemah anwar, bukanbumi paku

Pak lah dan anwar utama diri
Rakyat Malaysia ingin kuasai
Menantu pak lah ikut warnai
Naik khairy, UMNO lemah jadi

Baik khairy, anwar dan pak lah
Kerjabuat mereka buat masalah
Tepikan mereka, Malaysia cerah
Ahli akar umbi kena muhasabah

serling
[24.09.08]
rabu
……

Friday, September 19, 2008

KERAMAT 16 SEPTEMBER !

BILA NIK AZIZ DAN
HADI DITUNGGANGI !

20 Ramadhan 1429 hari ini
Puasa hari keduapuluh kini
Selaku muslim, hemah diri
Gerak kelentongan hindari

Tapi malang mukhtahir ini
Ada PM Mat Jenin warnai
Tarikh 16 sept., dibohongi
Konon tarikh lain pasti jadi

Jika orang awam kita fahami
Apa terjadi nik aziz dan hadi
Berbohong itu, Allah laknati
Si anwar bohong, ngapa sepi

PKR dan DAP agenda sendiri
Islam ala PAS akan dihalangi
Ngapa buntu nik aziz dan hadi
Harap kuasa secuit, reda dititi

Kalau diukur usia hidup parti
Dalam PR, PAS layak ketuai
Agenda LKY, DAP mewarisi
PKR pula utamakan peribadi

Jikalau PAS punyai harga diri
Sewajar ke depan PR kepalai
Islam ala PAS boleh promosi
Status kini, PAS tiada bergigi

Si anwar tak boleh harap lagi
Perjuangan Islam tolak ketepi
Takutkan bukan Islam, realiti
Nik aziz dan hadi ditunggangi

serling
[20.09.08]
sabtu
…..

Thursday, September 18, 2008

GELOJOH MEREKA SERUPA !

AGENDA SETIAKAWAN
DIJADIKAN GULA-GULA !!!

Agenda setiakawan, khairy kata
Gelojoh benar ke ketua pemuda
Jadi naib ketua bantuan mertua
Gelagat khairy, pemuda merana

Ke seluruh negara khairy lawati
Dilobinya pemimpin akar umbi
Bukan kukuhkan pemuda berdiri
Tetapi jalankan agenda peribadi

Taktik mentornya khairy meniru
Konon Tun Ghafar sanjung padu
Lawati seluruh Negara, tun kedu
Umumkan akar umbi yang mahu

Gelojoh anwar naik dulu ikhtibar
Khairy selaku mantee tidak sabar
Usah pedaya gaya dema becakar
Dititi sapa sahaja demi cita besar

Anwar dan khairy ada persamaan
Pelekehkan ingatan orang siuman
Jika bukan menantu, belum depan
Tanpa khairy, kemas pemantapan

“setiakawan” baru sekarang suara
Saat undi perwakilan tinggi harga
Para akar umbi patutlah waspada
Khairy gelojoh begini undang bala

serling
[19.09.08]
jumaat
….
p/s:
Agendadaily:17.09.08:rabu:
“Khairy sah tanding Ketua Pemuda dengan agenda setiakawan”


Setiakawan dan menjadikan Pemuda UMNO sebagai wadah generasi muda Malaysia adalah asas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menawarkan dirinya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Menegaskan pandangan agar Pemuda melakukan perubahan tidak harus sekadar menjadi retorik politik, Khairy menawarkan dirinya bertanding jawatan nombor satu Pemuda bagi memastikan wujudnya kesinambungan dalam kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. “Setelah menjelajah ke seluruh Malaysia dan menemui pimpinan akar umbi, saya buat keputusan untu memohon Pemuda UMNO Bahagian memberi pencalonan kepada saya bagi bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” katanya - 17/9/2008

Monday, September 15, 2008

SEHINGGA BILA DIPERKUDA ?

AKTOR TERBAIK
DI BULAN PUASA ?

Ramadhan bulan berpuasa
Suruh Allah pada manusia
Tapi si anwar tempah dosa
Bercakap bohong bersahaja

PM Mat Jenin petah berkata
Kelentongannya tidak terasa
Aktor terhebat anugerahi dia
Yang ngaku ulama terpedaya

Bukan Islam, tak kisah saja
Asalkan boleh ikuti mereka
Jangan yang Islam ikut toya
Mana maruah redha dikuda

serling
[16.09.08]
selasa

CEKAM HARIMAU DAN DIBAHAM BUAYA !

PAK LAH = ANWAR ?

Menang sorak, mata longlai
Begitulah gambaran ternilai
Bila tak bertempat mengilai
Tertipu janji, maruah gadai

Mereka bagaikan rantai tali
Kena ISA, mereka berbunyi
Status menteri tak sedar diri
Konon guna ISA menyalahi

Ada menteri melayu serupa
Atas prinsip konon berkata
Pak lah bagai tunggul sahja
Wajar pak lah turun segera

Kuasa ada hanya pinjaman
Berdalih undur lemah iman
Laporan SB kena pedulikan
Syabas muhyidin nyatakan

Jika PR ambil kuasa perintah
Bagai serah diri untuk diratah
DAP pasti menjadi pengarah
Anwar hanya sengih megah

Bangkitlah demi pewaris kita
Dikekal BN pilihan yang ada
PR hanya pakatan gila kuasa
Keras hati pak lah wajar tiada

serling
[15.09.08]
isnin
…..

Friday, September 12, 2008

MENANG SORAK, MATA LONGLAI !

MENANG SORAK,
KAMPUNG TERGADAI !

Hebat namakan kumpulan
Pakatan Rakyat disebutkan
DAP,PAS dan PKR tautan
PRU12 janji manis taburan

Kurang satu peratus penuhi
Kurang kerja, lebih promosi
PKR dan PAS, DAP kuasai
Tidak terkata untuk halangi

Jika begini Pakatan Rakyat
Si anwar hanya menjadi alat
Mereka mahu, mereka dapat
Kita cakap, kita kena sengat

Persekutuan Tanah Melayu
Ternampak ketuanan melayu
Dalam Malaysia, tercemburu
Tiada singapura, aman selalu

Bijak LKY mainkan peranan
Melalui DAP benih harapan
Lepas 40 tahun terkelihatan
Kesan PKR dan PAS relakan

serling
[12.09.08]
jumaat
…..

SAMPAI BILA DIBOHONGI ?

PM MAT JENIN
ATAU REALITI ?

Mission Impossible ke Taiwan
5 orang kuat PKR jadi suruhan
Hasrat si anwar suatu bebanan
Apa pun hasil, tersedia jawapan

PM Mat jenin, hadi ada bersuara
Perangai mat jenin bawa bahaya
Jawatan tak dapat, rakyat ketawa
Taksubkan anwar, patuh mengila

Di bulan Ramadhan barakah jadi
Kerana penuhi tuntutan peribadi
Kata dan buat anwar tidak peduli
Kerusi PM umpama tongkat sakti

Analogi di masjid dengari ceramah
Geraklaku anwar yang mengelabah
Kebenaran sumpah mangsa serlah
Gaya ‘rampasan kuasa’ bermasalah

Sukar bohong menjadi kenyataan
Tanggal 16 september gemburkan
Macam kes liwat sedang berdepan
Berbagai onar sengaja dia adakan

serling
(12.09.08)
jumaat
….
p/s:
-Agendadaily:12.09.08:jumaat
“Mission Impossible di Taiwan”

Tuesday, September 9, 2008

BILA JANJI DIKHIANATI !

NGAPA PAS BERUBAH LAKU?

PAS serta UMNO, parti melayu
Di dalam PR, PAS banyak bantu
Tanpa PAS, PKR dan DAP buntu
Malang Islam PAS jadi bercelaru

Beza pendapat, UMNO tersekeh
Tapi dalam PR, PAS buat sengeh
Tegakkan Islam PAS jadi tempeh
Enam bulan berlalu, PAS dilenyeh

Kalau di singapura, sudah faham
Umat Islam melayunya tenggelam
DAP serta PAP sentiasa bersalam
Ngapa pimpinan PAS jadi terdiam

Ngapalah ahli biasa PAS terbisu
Ceramah PAS dulu tegakkan bulu
Kenapa para kepimpinan membatu
Bala elaun dan kuasa begitu laku

serling
[10.09.08]
rabu
…..

USAH TUNGGU JUN 2010 !

JUN 2010 TAK RELEVAN ?

Di negeri PM bawa masalah
Kepada PR kena menyerah
Mereka tidak sayang pak lah
MCA dan Gerakan buat helah

Esok MT UMNO mesyuarat
Hal ahmad ismail mahu pakat
Agaknya hukuman amat berat
Marah puak mereka muslihat

Amat hebat kaum bukan bumi
Dulu konon polis telah zalimi
Bogel wanita cina, DAP uari
Dakwaan bohongan terbukti

Ahli MT jangan terpengaruh
Gerakan sengaja buat kecuh
Dulu UMNO, ahlinya tuduh
Lepas saja walau kita heboh

Ahmad hanya ketua bahagian
Peringkat negeri penyelesaian
Jelas pak lah tiada keupayaan
Target Jun 2010 perlu pindaan

serling
[10.09.08]
rabu
….
p/s:
Dulu pun kecoh dakwaan wanita cina dibogel polis dimulakan oleh surat kabar mereka juga. Ingatlah agenda komunis masih ada walau perjuangan senjata tamat !

Monday, September 8, 2008

SEJARAH MAHU DINAFI !

UMNO MAHU DISEJUKBEKU ?

Kerna PRK Permatang Pauh
Mari juru kempen dekat jauh
Tapi Ahmad Ismail terjaguh
Fakta sejarah cetuskan kecuh

Sin Chew Jit Poh asal punca
Dituliskan berita begitu rupa
Kata imigran, marah mereka
UMNO serta Ahmad dicerca

Beza politik bukan halangan
Keturunan imigran kedepan
Banyak balai polis hadirkan
Konon isu kaum dimainkan

Seperti hal diingini berlaku
Kepada sultan, derhaka laku
Forum peluk islam buat isu
Buruk sangka pada melayu

Kaum bangsaku tidak bijak
Beza politik, musuh terlajak
Fakta sejarah, dibuat pekak
Diharap UMNO kaku gerak

serling
[08.09.08]
isnin
….
p/s:
-Syukur masih ada sebahagian keturunan imigran sedardiri dan fahami sejarah
-UM:08.09.08:isnin:
”Ahmad diminta perjelas lagi”
”Tolak usul wujud empat Timbalan Perdana Menteri”

Friday, September 5, 2008

MENJELANG UPSR / SPM / STPM 2008

WUJUD SKIM GAJI KHAS ?

Suara NUTP tersangat berbisa
Hashim presidennya bersuara
Wujud skim gaji khas diminta
Payung majoriti guru Negara

Ahli-ahli NUTP senang hati
Suara presiden mereka berani
Kepada kerajaan hajat sindiri
Tuah demokrasi kita mewangi

Jika sekarang kita ke sekolah
Kumpulan guru amat bertuah
Alat bantu mengajar dimudah
Computer riba freeguna serlah

Prihatin kerajaan kepada guru
Jika ingin tingkat kerjaya dialu
Diploma ke ijazah, usaha dulu
Nasib lepasan diploma terbantu

Beri betis mahu peha ternampak
Dapat sarjana dan PhD melalak
Ngapakah gaji masih tak gerak
Dema jadi amat pandai berlagak

Kepada para guru yang dedikasi
Peningkatan ilmu sangat bererti
Tugasan gurunya lebih motivasi
Berbeza para guru utamakan gaji

Jika terbuku hati masih membara
Jawatan guru lepaskanlah segera
Kerjaya lain dan swasta sila teroka
Guru tak ikhlas, murid jadi terlara

serling
[06.09.08]
sabtu
….


p/s:
UM:06.09.08:sabtu
“NUTP: Wujud skim gaji khas”
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap kerajaan segera mempertimbangkan mewujudkan skim gaji bersepadu khas untuk guru-guru di seluruh negara.
Presidennya, Hashim Adnan berkata, skim perkhidmatan sedia ada didapati terlalu kompleks sehingga menimbulkan suasana kurang harmoni di kalangan guru.
"Antara masalahnya ialah terdapat pelbagai kumpulan guru terutama guru siswazah dan bukan siswazah dengan tangga gaji berlainan tetapi beban tugas yang sama," katanya pada sidang akhbar mengenai isu-isu semasa NUTP di sini hari ini.
Hashim yang baru dilantik sebagai presiden kesatuan itu bulan lalu berkata, selepas mengadakan Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP Ke-18 baru-baru ini, kesatuan itu melihat guru-guru bukan siswazah yang berjaya mendapatkan ijazah perlu diberi insentif.
Katanya, ia termasuk mereka yang berjaya mendapat sarjana atau ijazah doktor falsafah (PhD).
"Sekarang guru yang mempunyai kelulusan itu tidak diiktiraf kerana dianggap tidak relevan dengan pengajaran di sekolah. Alasan itu tidak boleh diterima," jelasnya.
Katanya, NUTP juga meminta Kementerian Pelajaran mewujudkan beberapa jawatan baru bagi membantu guru-guru melaksanakan tugas di luar pengajaran seperti sebagai pembantu guru, ketua guru disiplin serta guru khas aktiviti kokurikulum.
Beliau berkata, ini bagi membolehkan para guru menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran di dalam kelas.
Tambah Hashim, khidmat guru yang sudah bersara juga masih diperlukan terutama bagi mereka yang pakar dalam subjek kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Malaysia.
"Kita mendapati masih ada keperluan untuk guru-guru yang sudah bersara ini menyumbangkan khidmat mereka. Kita tidak tahu kenapa khidmat kontrak bagi guru bersara ini ditamatkan sejak dua tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, semua cadangan itu akan dibincangkan NTUP secara menyeluruh pada bengkel yang dijadual diadakan dalam masa terdekat.
Katanya, memorandum mengenainya akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran selewat-lewatnya awal tahun depan untuk tindakan lanjut.

Monday, September 1, 2008

SEMPENA RAMMADHAN 1429H !

DI SEBALIK HISTERIA !

Tanjung Lumpur bergegar
Sinonim dengan ikan bakar
Di sebalik hysteria pelajar
Sangatlah pelek tapi benar

Berbagai usaha telah dibuat
Dakwaan pelajar kena sakat
Tidak percaya kalau tak lihat
Tapi sebegitulah jadi hakikat

TM Pahang tidak senang hati
Para ulama Pahang maklumi
Di muktamar baginda rasmi
Tamatkan tidak menentu ini

Andai sehari dua tidak ngapa
Berbulan larutan adalah nyata
Mangsa hysteria dan keluarga
Hidup harian mereka huruhara

JPN Pahang tidak lepas tangan
Ikhtiar buat rentasi sempadan
Berbagai usaha tiada halangan
Nokhtah hysteria tiada tentuan

Tukar mangsa ke lain sekolah
Jangka pendek, ia munasabah
Mangsa dan keluarga tersusah
Di mata rakyat, kerajaan lemah

Selesaikan total amat nantikan
Sempena Ramadhan satu bulan
Segala pakar wajib pergunakan
Lepas raya, keceriaan hadiahkan

Berterusan masalah tidak mahu
Ikhtibar Pengetua Gedebee dulu
Duduklah SMK T.Lumpur seminggu
Salah menyalah amat tidak perlu

serling
[01.09.08]
isnin
……

p/s:
UM:30.08:09:sabtu.
“Histeria: SMK Tanjung Lumpur kembali tenang”

Sunday, August 31, 2008

SEMPENA 31.08.08 & 01 RAMADHAN 1429H

PAK LAH & PAKATAN RAKYAT !

08.09.2008 jika belum kiamat
Rakyat Malaysia sepatut ingat
Genap enam bulan PR meligat
Janji PRU 12 layak untuk lihat

Menang sorak, kampong gadai
Pesan orang tua kita, buat lalai
MB Selangor dan Perak longlai
Bijak bukan bumi pergunapakai

Marah nyamuk, bakar kelambu
Peribahasa kata orang tua dulu
50 tahun merdeka benar dilaku
Begitu dibelit kaum bangsaku

Ketuai UMNO, amanah kuasa
Persepsi awal ramai terpedaya
Menangi PRU 11 dengan gaya
Teguran T u n pelekeh sahaja

Terpikat soalselidik telah buat
Akhbar NSTP uarkan BN kuat
Plus pendapat oleh punahsihat
PRU12 awal belum masa tamat

UMNO teras BN, rakyat fahami
Pak lah dikemudi, rakyat kesani
Pemimpin terdahulu tidak begini
Dengan berhemah undurkan diri

Membina dinasti, rakyat nampak
Kuasa politik dan harta bagai hak
Tanggal Jun 2010, rakyat gelegak
PRK P.044, Pak Lah ditempelak

Di negeri lokasi PR memerintah
Janji PRU 12, PR saja tak endah
Bagi negeri BN masih lagi gagah
Ceriakan rakyat, undurlah pak lah

serling
[01.09.2008]
isnin
……

Thursday, August 28, 2008

MENANG ANWAR & KALAH PAK LAH !

IKHTIBAR PRK P.044 !
(muka surat 21 – rencana UM)

Pengajaran dari Permatang Pauh
Tulis sobri sudin pandangan jauh
Rencana UM buat hati tersentuh
Kubu sendiri anwar masih jaguh

Mesyuarat MT UMNO malam ini
Kekalahan UMNO/BN mewarnai
Walau Bajet 2009 difokus diskusi
Efisen kempen PKR wajib ujikaji

Ahli MT elok baca penuh rencana
Muhasabah diri demikian bencana
Kelentongan anwar, rakyat pesona
Faktor tolak pak lah punca utama

Peluang bertemu bukannya selalu
Ketika mesyuarat MT bila diperlu
Terhadap pak lah terbuka beritahu
JUN 2010 terlalu lama menunggu

serling
[28.08.08]
khamis
…….

Tuesday, August 26, 2008

KELENTONGAN ATAU REALITI ?

PENANTIAN 16 SEPT. !

Pengundi PKR pasti gembira
Pengundi BN memendam rasa
Jaguhan tempat sendiri teruja
Lakonan anwar nyata berjaya

Syabas anwar, hamba ucapkan
Gelaran YB kembali dapatkan
Para pembangkang alu-alukan
Di sudut mereka ditempatkan

Dulu dan sekarang beza sekali
Kerusi TPM, najib duduk kini
Tak hairan najib amat musuhi
Kerajaan BN diuarkan diganti

Janganlah berdolak-dalih lagi
Pengundi PKR telah diyakini
Tarikh 16 Sept seperti dijanji
Kerusi PM, anwar akan naiki

Selepas anwar angkat sumpah
YB parlimen diisytiharkan sah
Umumlah 30 BN ngaku kalah
Kedalam PKR masuk serumah

Jikalau 16 Sept berlalu sahaja
Usahlah alasan sengaja diada
Letaklah jawatan YB segera
PRK permatang pauh semula

serling
[27.08.08]
rabu
…..

Monday, August 25, 2008

UTAMAKAN NEGARA BUKAN PERIBADI

UNDILAH DENGAN BIJAK !

Pengundi di Permatang Pauh
Mestilah berpandangan jauh
Permintaan anwar usah patuh
Hal peribadinya rakyat kecuh

Undilah BN tanpa ragu-ragu
Masa depan Negara halatuju
Lakonan anwar jangan restu
Umpama kepala timpa batu

Pengundi bijak amat hendaki
Jangan salahguna demokrasi
Bukan utama hal-hal peribadi
Biarkan mahkamah mengadili

Undian tuan-puan adalah sulit
Keluarlah mengundi awal sikit
Silap undi anwar undang sakit
Kesannya sepenggal rasa pahit


serling
[26.08.08]
selasa
………

Sunday, August 24, 2008

MAKLUMAN PENGUNDI PRK 26.08.08 ESOK !

PERBEZAAN ANWAR
DENGAN BAPA FAUZI

Ikut cakapan orang tua-tua
Sedekad pertama merdeka
Satu menteri telah dibicara
Kes rasuah punya angkara

Kini mantan TPM hadapi
Kes liwat kedua kena adili
Saiful sumpah amat yakini
Anwar kata satu konspirasi

Kes kedua dan pertama dulu
Gaya anwar ramai yang tahu
Nafikan buat senada berlaku
Gaya nafinya buat kita ragu

Wakipedia tidak pula catat
Apakah penghakiman buat
Fauzi anaknya tahu hakikat
Masuki PKR, fauzi lompat

Bapa fauzi dan anwar beza
Akur bapa fauzi system ada
Gaya anwar, sokonglah dia
PRK Permatang Pauh guna

Sasaran peribadi anwar tuju
Ketika kes liwat rakyat tahu
Cara bapa fauzi, bicara dulu
Gaya anwar, dibebas selalu

Menangi PKR, anwar hajat
PRK Permatang Pauh dialat
Di sini dia diyakini selamat
Undilah BN untuk manfaat

serling
[25.08.08]
isnin
…..


Tuesday, August 19, 2008

JIKA MASIN KATA HADI ?

“PM MAT JENIN ”
TERSERLAH !

PRK di Permatang Pauh
Konon kubu PKR teguh
Benarkah si anwar jaguh
‘PM Mat Jenin’ gemuruh

PM Mat Jenin, hadi gelar
Tiada lain, pastilah anwar
Sindir hadi ambil ikhtibar
Di Ipoh ketika muktamar

Gelojoh anwar meninggi
PRU 13 rasa lambat lagi
16 September tetap uari
30 BN melompat dilagui

Pengundi jangan tertipu
Lagak anwar sorok kuku
Realiti makin ramai tahu
Cakapnya makin merapu

Wajarlah tafakur sekejap
Sejarah anwar, kita tatap
Perjuangannya tidak tetap
Salahkan orang, dia cekap

Kes liwatnya di mahkamah
Banyak tempat menjelajah
Kena konspirasi, diceramah
‘PM Mat Jenin’ jelas serlah

serling
[19.08.08]
selasa

Monday, August 18, 2008

MENJELANG PRK 26.08.2008

SMARTKAH ANWAR ?

Anwar lagak wali keramat
Konon cakap-buat berkat
Melangit pengikut angkat
Tidak tercium bermuslihat

Licik dicaturkan kaut kuasa
Ubah strategi bila-bila masa
Dulu bukan Islam hindari aja
Kini merekalah sahabat setia

Tegakkan Islam slogan dulu
Tubuhkan ABIM untuk padu
Sinonim namanya diperlagu
Kaitan WAMY, ramai tahu

Bagikan terkunci mulut kini
Perjuangkan Islam tolak tepi
Bukan Islam pula dia rapati
Hati seagama tidak dipeduli

Kelentongan anwar terkesan
Dia ditinggalkan cendikiawan
Chandra muzaffar iktibarkan
Masih ada dijadi tunggangan

Di dalam PRK Permatang Pauh
Digangkat dirinya jadi jaguh
Hal kes liwatnya usah sentuh
Sumpah saiful pun dipelupuh

Konon laporan HKL dia dapat
Dakwaannya konspirasi dibuat
Isyarat, ramai bersedia hidmat
Hakikat terdedah gaya gelagat

serling
[18.08.08]
isnin

Thursday, August 14, 2008

KERASNYA HATI KHALID !

SI KHALID DIROBOTKAN ?

Khalid ibrahim nasib baik
Kerusi MB selangor, naik
Geraklakunya kurang baik
Hati melayu sengaja diusik

Janji PRU 12 rakyat nanti
Air 20 m3 rakyat merasai
Janji PKR lain jadi mimpi
Diuari projek mega b a b i

99 peratus janji lain, mana
Ketika rakyat buka telinga
Saranan khalid tusuki dada
Status UiTM dirobek sahja

Lajak perahu boleh diundur
Lajak kata alamat ke kubur
Tetapi khalid masih takbur
Angkuh MB tak bersyukur

Janji PKR belum dipenuhi
Khalid dan Lo Lo berbunyi
Kampung. Baru digulagulai
Konon nasib mereka juangi

Semacam orang kena geletik
Cucuk sahaja terus memekik
Gerakan DAP tersangat licik
Macam Khalid takut dicekik

serling
[14.08.08]
khamis

p/s:
UM;14.08.08:khamis
“UiTM: Khalid enggan mohon maaf”

SHAH ALAM 13 Ogos – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan memohon maaf kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berikutan cadangannya supaya universiti itu membuka 10 peratus kemasukan pelajar kepada penuntut bukan bumiputera dan asing.

Katanya, beliau tidak akan memohon maaf kerana berpendirian cadangan yang dikemukakannya itu bukan untuk mempersoalkan hak istimewa bumiputera dan penubuhan UiTM.

Sebaliknya, ia merupakan pandangan daripada kerajaan negeri bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti pendidikan tinggi termasuklah di UiTM selain mahu membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini, Abdul Khalid menyalahkan pihak tertentu termasuk media yang dituduhnya sengaja “mencetuskan perkara itu yang menjurus kepada isu perkauman”.

“Kita bukan hendak minta maaf tetapi hanya untuk menerangkan perkara ini. Saya tidak bermaksud untuk mempertikaikan hak orang Melayu dan bumiputera lain serta tujuan UiTM ditubuhkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Apa yang saya cadangkan sebelum ini hanya pandangan yang dikemukakan oleh pihak media kepada saya.

“Oleh itu, saya harap isu ini tidak lagi dipanjangkan dan UiTM tidak perlu lagi menumpukan kepada isu kuota ini tetapi memberi fokus kepada usaha meningkatkan taraf dan kemudahannya untuk menjadi sebuah universiti yang disegani,” ujar beliau.

Ahad lalu, Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengemukakan cadangan supaya UiTM membuka kuota kemasukan sebanyak 10 peratus kepada bukan bumiputera dan asing bagi membolehkan universiti itu bersaing dalam era globalisasi.

Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat bantahan daripada banyak pihak termasuk para pelajar universiti itu yang menyifatkan Abdul Khalid ‘pengkhianat’ yang cuba menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera selain menggugat keseimbangan antara kaum di negara ini.

Semalam, lebih 5,000 pelajar universiti tersebut mengadakan perhimpunan dan perarakan di Shah Alam sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Khalid di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor itu turut memberitahu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan beberapa universiti yang terletak di Selangor untuk memberi kefahaman berhubung isu-isu penting.

Friday, August 8, 2008

BILA PENAMATNYA ?

SABIT KESALAHAN DAN
/ ATAU BAKAL DIUNDI ?

Bagaikan macam dulu juga
Banyak diguna peguambela
Rasa gusar bersarang didada
Takutkan hukuman melanda

Para peguambela, dia yakini
Hampir sedozen mudah cari
Sokong anwar alasan sendiri
Dicatat dalam sejarah dipasti

Ngapa anwar ketakutan laku
Ke hulu ke hilir tidak ngaku
Ajak ramai “sokonglah aku”
Gayalaku anwar ramai tahu

Anwar hadapi kes yang berat
Kali kedua dibicara kes liwat
Tak ngaku salah, lafaz dibuat
10 September, lihatlah gelagat

Petandingan Permatang Pauh
Konon isu ekonomi dia jaguh
Pinjaman dari IMF dia suruh
Bijak T u n , Malaysia teguh

PRU 12 baru sahaja kita lalui
PRK Permatang Pauh hadapi
Kerenah anwar tonjolkan diri
Susahkan rakyat tidak peduli

Sengaja isu ekonomi dia jaja
Pasti kes liwatnya tidak lupa
Simpati rakyat diapikan bara
Usah undi anwar, pilihan ada

serling
[08.08.2008]
jumaat
…….


- UM:08.08.2008:Jumaat
Pematang Pauh beri peluang kerajaan jawab tuduhan Anwar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

-Agendadaily:06:08:2008:Rabu
Sidang akhbar Anwar: Agendadaily ' kena' lagi...
Oleh: ROSLAN BIAN
http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bersikap buruk sangka terhadap sesetengah media yang cuba mendapatkan kebenaran dalam setiap isu membabitkan beliau.Senang sahaja kalau hendak tengok sikap pandang serong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap media Cubalah tanya soalan yang berbaur kritikan terhadapannya atau soalan yang beliau ' tak syok'.Beliau pasti bertanya, wartawan yang mengemukakan soalan itu daripada media mana.Sebaliknya ini tidak berlaku pada para wartawan yang bertanya soalan ' bola tanggong' yang mana beliau boleh hentam balik kerajaan atau lain-lain yang 'sedap didengar' .Kejadian seumpama itu berlaku buat kali ketiga kepada wartawan Agendadaily. - 6/8/2008

Saturday, August 2, 2008

WAJARKAH ANWAR ?

BILA BAU SEMERBAK !

Syabas kak wan azizah
Kerna si anwar kerenah
Ikut sahaja bagai diarah
Engkar pasti kena marah

Cakapan anwar ikut rasa
Utama diri, PKR dikuda
Lupa dia, orang tak lupa
Tunggang PKR ikut suka

Berdolak-dalih di sana sini
MP PKR sedia diundur diri
Berkokok anwar berapi-rapi
Permatang Pauh juga yakini

Jika bukan Permatang Pauh
Yakin menang teramat jauh
Sokongan dirasakan rapuh
Bukti si anwar bukan jaguh

Dalam PKR, anwar penasihat
Konon juga di Pakatan Rakyat
DAP-PAS-PKR setuju sepakat
Engkar manifesto sengaja buat

Dekat 5 bulan, PRU 12 berlaku
Hanya air percuma jadikan lagu
Megababi selangor tetap peraku
Janji lain bagaikan angin si bayu

Si anwar tidak wajar menangkan
Kes liwatnya semesti dibicarakan
Aduan Saiful jangan permainkan
Sanggup sumpah Quran yakinkan

Sesungguhnya si anwar terdesak
Macam tengah jalan orang berak
Tapi bau tahi amatlah semerbak
Analogi si anwar helah mengelak

serling
[03.08.08]
ahad
…..

Monday, July 28, 2008

KONTRAK SOSIAL BUKAN TEBU !

BILA HABIS MADU,
SEPAH DIBUANG !

Habis madu sepah dibuang
Begitu kita alami sekarang
Luahan khir toyo dibentang
Kontrak sosial sama bincang

Ada bukan bumiputera kata
Amat hebat peranan mereka
Jasa tingkat ekonomi negara
Kontrak sosial depa nak lupa

Pelek ada sebangsa lupa diri
Salahkan UMNO jadi begini
Konon kaum lain dianaktiri
Begitu ahli PAS pancing undi

Kontrak sosial seperti dahulu
Tidak boleh pelekeh sebegitu
Semua pihak wajar bersetuju
Enggan patuh, jurus harubiru

Sebagai warganegara berhak
Lihat sapa yang milik banyak
Tetapi mereka lagak berontak
“ketuanan rayat” saja dilonjak

Kepingin kuasa tak terhingga
Bergelar MB yang had kuasa
Gaya exco bukanbumi kepala
MB kaum bumi patuhi sahaja

Menang sorak, kampong gadai
Pakatan Rakyat bagai dipakai
Hebat rakan bukanbumi rantai
Peminpin PAS dan PKR longlai

Warganegara semesti bersatu
Kontrak sosial patuhlah selalu
Akuri sefahaman warisan dulu
Jangan ditiru gaya makan tebu

serling
[29.07.08]
selasa
………….
p/s:
“Kontrak Sosial: Habis Madu Sepah Dibuang?”
Oleh Dr Mohamad Khir Toyo


http://www.drkhir.com/

Thursday, July 24, 2008

APABILA AS BERBUDI !

ISRAEL DI SANA,
SI ANWAR DI SINI…!

Rais dah buat apa patut
Pada Rice, beliau tuntut
Kes anwar,usah AS ugut
Ada maruah, tak melutut

Anwar hanya insan biasa
Israel pula sebuah negara
Dua-duanya amat AS jaga
Dibela berbuat apa sahaja

Anwar dan Israel disayangi
Kerjasama duahala termetri
Israel lagak hodoh senangi
Sebegitu anwar disanjungi

Kerana perangai AS begitu
Dua-duanya berkepala batu
Israel di sana perangai hantu
Anwar di sini bagaikan kutu

Nasib sadam sewajar diingat
Pada AS permulaannya erat
Serang Iran, sadam diperalat
Lawan AS, sadam jadi mayat

Anwar serta sadam berselari
Langgar arahan akan musuhi
Teladan ini si anwar terhayati
Hal peribadi, orang lain dititi

serling
[25.07.08]
jumaat
……….
p/s:
TheStar:25:07.08:JUmaat:
“Stop comments on Anwar, US told”
By MAZWIN NIK ANIS

SINGAPORE: Kuala Lumpur wants Washington to abstain from making further statements pertaining to Datuk Seri Anwar Ibrahim and the country’s rule of law.

Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said he had informed US Secretary of State Condoleezza Rice about this during their bilateral talks yesterday, adding that he had explained at length the issue to her.

He said he had informed Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi that he would be meeting Rice on the sidelines of the Asean-related meetings here while attending the Asean Ministerial Meeting and would take the opportunity to talk to her on this issue.

“I had explained to Rice that investigations against Anwar over sodomy allegations were not in any way politically-motivated.

“I had also in fact specifically itemised the Criminal Procedure Code, which is an age-old instrument of administration of criminal law in the Commonwealth.

“I spoke on this to point out the fact that we have an entrenched and recognised system of criminal law,” he told Malaysian reporters.

Rice, just prior to her bilateral meeting with Dr Rais, had called on Malaysia to be transparent and abide strictly by the law when handling investigations against Anwar.

Rice said her government would continue to make remarks or speak out on legal cases, including that involving the PKR adviser, despite being accused of meddling in another country's internal affairs.

She said the United States had long spoken out in cases deemed to be political in nature and would continue to do so.

“We are always going to speak up on human rights cases, political cases, but again we do so in a spirit of respect for Malaysia. We certainly do not look at it as meddling. Even-handed application of the rule of law is very important,” she said.

Dr Rais said he was unaware that Rice had made such a statement prior to their meeting, adding that during their discussion he had brought up the contents of a letter which he had sent to her earlier this month.

The letter – which was sent following a statement by US State Department officer Tom Casey on Anwar’s case – stressed on the need for all countries, including the United States to recognise and respect the rule of law mechanism of each country.

“Rice had informed me that she understood the format and acquiesced to the kind of suggestions that we had made,” he said.

“Let us see if that is translated (to action). However, this issue has not affected relations between Malaysia and the United States.”

Sunday, July 20, 2008

TANPA FOTO BOGEL, ANWAR TABUR FITNAH !

TANPA FOTO BOGEL,
ANWAR BUAT FITNAH !

Dalam mencari simpati rakyat
Apa saja terlintas dia akan buat
Dakwa dibogelkan masa siasat
Panaskan hati penyokong diniat

Di kuantan ceramah telah adakan
Kepada rakyat, nasib diri adukan
Konon bela rakyat, dia dimalukan
Begitu lakonan anwar pentaskan

Pelawa ke ceramah hamba terima
Gitu terdesak gaya penyokongnya
Hebatnya ‘kuasa rakyat’ diperaga
Syukur masih tetap waras hamba

Dakwa anwar dibogel tiada bukti
Tanpa gambar, anwar fitnah lagi
Gambar anwar bogel mesti dikaji
Takut bogel bilik air sengaja jajai

Bagai gaya orang bersalah gelagat
Difitnahkan doctor yang menyiasat
Sifat keji si anwar buat fitnah ligat
Dialah si putar alam yang terhebat

serling
[20.07.08]
ahad
……

p/s:
-Si anwar kena tunjukkan gambar dia dibogelkan sedang diperiksa doctor dengan jelas nampak anunya, untuk membuktikan DIA DIBOGELKAN !
-
UM:TERKINI: “Anwar tetap dakwa dia ditelanjang”
20/07/2008 12:27pm

KUANTAN 20 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas tuduhan meliwat, tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.

“Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik di kampung Razali, dekat sini, malam tadi.

Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu.

“Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan,” kata Anwar.

Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.

“Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu,” kata Dr Zaininah dalam kenyataan semalam.

Anwar, 61, dibawa ke HKL pada malam Khamis, hari beliau ditangkap untuk menjalani ujian DNA berhubung aduan liwat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.
Beliau kemudian dibawa balik ke Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur pada pukul 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Berucap di hadapan lebih 5,000 orang itu, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lepas didakwa telah dimanipulasi pihak polis.

“DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini,” dakwa Anwar.
— BERNAMA

Saturday, July 19, 2008

SELIDIKI SAPA TSMY !

TSMY PUN SENDIWARA !

TSMY punya rekod sendiri
MB Johor dulu, dia duduki
Pada TSMY, anwar bererti
Tika MB, johor ditunggangi

Tampil anwar, TSMY berseri
Jasa buat anwar tidak dilupai
Liwat pertama anwar diingati
Gaya teman, TSMY menyepi

Kalau TSMY jadi PM realiti
Nasib johor dahulu diulangi
Salah apakah TSMY pamiri
Banyak orang johor peringati

Caragaya TSMY berentak tari
Masa Pak lah cari timbalan lagi
Berlagak TSMY, dialah serasi
Kata Najib - pak lah tak selari

Kurang yakin TSMY ada lagi
Ngapa najib, anwar serangtubi
Dalaman, TSMY kerenah diri
Strategi cara anwar diaplikasi

serling
[20.07.08]
ahad
…….

p/s;
- TSMY dan para penyokongnya, banyak ahli UMNO ingat apa dan gaya TSMY buat..

[TSMY = Tan Sri Muhyiddin Yasin]

Wednesday, July 16, 2008

ANWAR INSAN ISTIMEWA ?

BETUL ATAU SALAH ?

Bagai anwar istimewa layanan
Pembantu lapor anwar liwatkan
Pembantu segera polis siasatkan
Si anwar bebas sana sini keliaran

Bila si anwar tampil buat laporan
Tehadap IGP dan AG dituduhkan
IGP dan AG dulu BPR disiasatlan
16.07.08 anwar rakam keterangan

Dalam kes liwat kedua gemparkan
Lapor pada polis konon difitnahkan
Ikut hukum Syariah mahu bicarakan
Sebab tiada empat saksi melihatkan

Ditahan polis ikut prosedur lakukan
Dalam parlimen si azmin ali katakan
Cara “kebinatangan” polis pamirkan
Hal peribadi anwar, PR perjuangkan

DAP-PAS-PKR ada kemusylihatan
Apabila si anwar terbukti bersalahan
Masa depan Pakatan Rakyat pudaran
Halangan pada pembuktian diadakan

PRU 12 dijadikan halatuju perjuangan
Lemah pimpinan pak lah , kesempatan
Pengaruh anwar, PR sukar bercakaran
Membela si anwar kemestian dijadikan

serling
[16.07.08]
rabu
….

Tuesday, July 15, 2008

GILIRAN TUN BILA ?

BILA DEBAT PAK LAH – TUN ?

Debat Shabery–Anwar berlaku
Syabas Agendadaily membantu
Sekalong budi DBP buka pintu
Kedua pendebat mula sesi satu

Mantan TPM diberikan peluang
Begitulah hebat anwar ditatang
Eloklah mantan PM diberi ruang
Giliran pak lah – T u n setentang

Harap Agendadaily sudikan diri
Adakan majlis serupa sekali lagi
Wajar T u n dan pak lah luahati
Biarkan rakyat nilaikan sendiri

Anwar dan T u n bagaikan sama
Dalam UMNO dulu jadi anggota
Pimpinan UMNO mereka berdua
Cantiknya pak lah mulai pelawa

Debat T u n – Pak lah ditunggu
Semoga terurai segala bercelaru
Diharap johan jaafar sedia bantu
Lokasi di DBP lagi sekira perlu

serling
[16.07.08]
rabu
……

Saturday, July 12, 2008

IKHLAS NAJIB, PAK LAH NODAI !

PAK LAH BAKAL PERGI,
KJ GERAK ANGKAT DIRI
!

Peralihan kuasa heboh bicara
Kepada najib, pak lah berkata
Sebegitu pak lah bersendiwara
Meniti negeri, KJ jenguk muka

Disebalik ruang sesi isu semasa
Bertemu ketua bahagian semua
Terjalin budi bertentangan mata
Kaedah anwar mentornya guna

Sebaik selesai sahaja isu semasa
Ketua pemuda negeri akan suara
KJ lah paling layak ketua pemuda
Ciri kepimpinan konon KJ punya

Melihat mekanisma yang KJ guna
KJ idamkan kerusi ketua pemuda
Konon tunggu akar umbi bersuara
Ala anwar singkir ghaffar halacara

Pujian pada KJ tidak nampak beza
Semacam skrip berita tersiap sedia
Cuma ditukar negeri sumber berita
Begitulah menantu dibantu mertua

Ikut tradisi sapa jadi ketua pemuda
Diuarkan naib ketua menjadi ketua
Lupa KJ langkah sumbang menerpa
Duduki naib ketua ditolong mertua

Sebelum realiti saksi alihan kuasa
KJ selaku menantu sengaja ronda
Ketua2 bahagian pemuda dijumpa
Tunggu ‘akarumbi suka’, KJ kata

Selaku menantu, KJ banyak jasa
Dibantu pak lah perentah Negara
Cara terang atau gelap jelas nyata
Kini KJ digilap bakal dinasti pula

serling
[12.07.08]
sabtu
…..


p/s:
UM:12.07.08:sabtu:
“Pemuda Terengganu sokong Khairy Ketua Pemuda UMNO”


KUALA TERENGGANU 11 Julai - Pemuda UMNO Terengganu hari ini mencadangkan Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Sabri Alwi berkata, kelapan-lapan bahagian pergerakan tersebut menyatakan sokongan untuk Khairy memegang jawatan tersebut.

''Ketika ini UMNO sedang menghadapi pelbagai cabaran dan Pemuda UMNO memerlukan seorang pemimpin yang mampu memimpin pergerakan ini bagi membantu parti menangani cabaran berkenaan dan kami melihat Khairy mempunyai kekuatan itu," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penerangan isu semasa Pemuda UMNO Terengganu oleh Khairy di Federal Residence di sini hari ini.

Beliau berkata, Khairy menunjukkan ciri-ciri kepimpinan amat berkaliber dalam tempoh beliau memegang jawatan Naib Ketua dan menjadi pembantu serta timbalan yang setia kepada Hishammuddin.

''Mengikut tradisi parti juga, Ketua Pemuda UMNO akan diganti oleh Naib Ketuanya apabila jawatan dikosongkan. Justeru, Khairy adalah calon paling sesuai dan tepat mengisi jawatan itu.
''Selain itu, Khairy juga memahami dengan mendalam arah tuju perjuangan Pemuda UMNO yang diperjuangkan Hishammuddin selama ini," ujarnya.

Beliau menambah, amat merugikan jika bakat Khairy yang dipupuk dan digilap selama ini tidak digunakan sepenuhnya oleh Pemuda UMNO.

Dalam pada itu, Khairy ketika ditemui menyatakan beliau masih belum menimbang sama ada untuk menawarkan diri bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun menerima sokongan daripada beberapa Pemuda negeri.

Friday, July 11, 2008

DUA TAHUN SANGAT LAMA !

PAK LAH CUKUPLAH !

Banyak terkilan di dalam hati
P.Pinang kecil gagal lindungi
Pakatan Rakyat jaya menangi
Kegagalan pak lah yang pasti

Analogi franchise cara niaga
Pak lah di P.Pinang tak upaya
Jenama BA atasi BN mengoda
Selepas PRU 12 tukar PR pula

Pak lah gagal di negeri sendiri
Malang masih ingin menguasai
Mahu sokongan negeri lain beri
Lemah Pak lah masih tidak akui

Hayati menantu kuasai pemuda
KJ naik pak lah permudah cara
Kini MP di Rembau dapat kuasa
Bukan UMNO tetapi KJ terbela

Betul seperti muhyiddin khuatiri
Bersegera KJ bela mertua sendiri
Regu mertua-menantu bersatuhati
Nampak benar tersirat bina dinasti

Jika dibandingkan peralihan kuasa
Cara TDM dan Pak lah amat beza
TDM sayangkan UMNO ternyata
Pak lah utamakan diri dan KJ gaya

Melihat barisan cabinet lebih teliti
Pelek citarasa Pak lah-KJ berselari
Wakil UMNO, majoriti KJ senangi
Peranan si menantu sukar lindungi

Sejak pak lah dan menantu bersetia
Pentadbiran Negara dilanda gelora
Banyak yang pelek-pelek melanda
Penafian pak lah sukar kita percaya

Semua ahli UMNO perlu insaf diri
Lakonan pak lah dan KJ kena henti
Tempoh dua tahun perlu dilanggari
Elak merudum PRU 12 akan ulangi

serling
[12.07.08]
sabtu
……….

Wednesday, July 9, 2008

ANWAR SALAH LANGKAH ?

ANWAR TERSILAP !

Anwar tidak mahu sumpah
Tapi ke mahkamah syariah
Gesaan ulama beliau terarah
Tonjol dirinya tidak kerenah

Alasan berikan teramat lucu
Tiada empat saksi lihat laku
Tapi bersumpah tidak mahu
Kaedah lepas diri dari malu

Analogi setubuh suami-isteri
Aksi berlaku tidak perlu saksi
Cukup masa lahir putra-putri
Salah cara anwar untuk kaburi

Serling
[10.07.08]
khamis
….

BERNAMA:09 Julai, 2008 19:42 PM:


“Anwar Minta Kes Liwat Disiasat Di Bawah Peruntukan Undang-undang Syariah”

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan menyahut cabaran bekas pembantu khasnya supaya melakukan sumpah mubahalah berhubung tuduhan liwat terhadapnya, hari ini mengadu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bahawa beliau telah difitnah oleh bekas pekerjanya itu.

Katanya beliau membuat aduan berhubung perkara tersebut kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan JAWI supaya menyiasat tuduhan tersebut mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Beliau berkata tindakan itu diambil atas nasihat beberapa orang ulama yang juga menasihatkan beliau supaya tidak melakukan sumpah mubahalah.Anwar yang ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman, membuat aduan itu di pejabat JAWI kira-kira pukul 10.15 pagi dan selesai membuat aduan sejam kemudian."Saya membuat aduan bagi meminta kes ini dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Mahkamah Syariah untuk membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan.

Ini telah dinasihatkan oleh ulama untuk membawa kes ini mengikut undang-undang dan peruntukan Qazaf," katanya kepada pemberita selepas membuat aduan tersebut.Peguamnya Kamar Ainiah berkata anak guamnya meminta Bahagian Penguatkuasaan membuat siasatan segera supaya suatu keputusan segera dapat dibuat untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Syariah.Bekas pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan, 23, telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers di sini pada 28 Jun lepas bahawa beliau diliwat oleh majikannya dan dilaporkan sanggup melakukan sumpah mubahalah berhubung tuduhan tersebut.

Saiful, yang kini diletakkan di bawah perlindungan polis, dilaporkan sanggup melakukan sumpah tersebut yang menghendaki orang yang bersumpah menyebut akan dilaknati Allah jika berbohong.Anwar, ketika ditanya mengapa beliau merujuk kes ini mengikut undang-undang syariah, berkata: "Saluran mahkamah (sivil) saya tidak larang siasatan.

Ini bukan nak menghalang apa-apa, ini hanya untuk bersihkan nama saya."Sementara itu, Kamar Ainiah menerangkan anak guamnya mahu kes itu dikendalikan mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.Seksyen itu, katanya, merujuk kepada kesalahan Qazaf iaitu membuat tuduhan atau kenyataan palsu terhadap seseorang dan ia adalah satu kesalahan yang jika disabit boleh dihukum penjara tiga tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, anak guamnya mahu kes terbabit dirujuk kepada Mahkamah Syariah kerana tiada peruntukan yang sama di bawah undang-undang sivil.-- BERNAMA

SEGERAKAN CELEK MINDA !

MEREKA SERUPA ?

Bukan tohmahan tapi realiti
Halatuju Islam PAS mimpi
Hati DAP dan PKR kena jagai
Menang disokong pengundi

Jangan PAS mendabik dada
Faktor UMNO/BN yang leka
Pak lah dan KJ punca utama
DAP-PKR-PAS pilihan ada

Gelagat pak lah dan KJ kini
Bukan berusaha pulih parti
Tetapi lebihkan angkat diri
Janji alih kuasa saja dijajai

Melihat situasi depan mata
Pak lah, anwar dan KJ sama
Ada peluang dititikan semua
Jaga popular diri jadi utama

serling
[09.07.08]
rabu
….

Tuesday, July 8, 2008

PAS KELIRU ATAU KELABU ?0

BILA PAS SUDI DITUNGGANGI ?

Antara nik aziz serta salahuddin
Mereka berdua barisan peminpin
Pandangan tidak sama tetapi lain
Siapa ikhlas dan sapa main-main

Dahulu salahuddin betul nampak
Campurtangan AS ikrarkan tolak
Kini salahuddin seperti terdesak
Proses perundangan mahu dielak

Adakah salahuddin sudah ketahui
Anwar didakwa peliwat sukar nafi
Suruhanjaya Diraja boleh lindungi
Hanya di mahkamah boleh hakimi

Itulah masalah sebenar PAS tempa
Kepentingan politik nampak utama
Islam ala PAS jadikan cemar agama
Seregu DAP dan PKR bawa bahana

Perak, P.Pinang dan Selangor celaru
Peranan parti PAS bagai tidak perlu
Hasrat Islam PAS jelas tak menentu
Agenda DAP dan PKR patuh setuju

Konon UMNO/BN sentiasa bersalah
Salah gaya anwar tidak mahu ditegah
Keegoan si anwar terusan bertambah
Selaku penasihat PR, dia memerintah

Senario luar biasa politik kini dialami
Nampak PAS bagai redha ditunggangi
Demi dapat kuasa yang sikit dimiliki
Hakikat bagaikan hidung dicocok tali

serling
[09.07.08]
rabu
……….


p/s:
UM:08.07.08:selasa:
“Pas minta suruhanjaya selesai kecelaruan politik”
“Selsaikan dakwaan liwat Anwar ikut perundangan dulu – Nik Aziz”

Monday, July 7, 2008

ALASAN TAK NAK SUMPAH ?

ULAMA TAK BERWIBAWA ?

Sedia sumpah tapi bersyarat
Kata si anwar depan peminat
Sebalik Protes Sejuta Rakyat
Protes Sampai Turun dihajat

Limabelas ribu orang hadiri
Dakwaan mereka megah diri
Stadium Kelana Jaya, lokasi
Hal naik harga dan peribadi

Ulama Malaysia tiada mutu
Detilitikan si anwar beritahu
Tambah ulama luar dia mahu
Jelas minda anwar bercelaru

Ulama dalam dan luar negara
Syarat diberikan mesti wibawa
Terlebel ada ulama sambilewa
Elak bersumpah, belit berkata

Anwar berbagai wajah dilihat
Hadapi kes kedua jadi peliwat
Dakwa konspirasi kedua buat
Macam anwar serupa malaikat

serling
[07.07.08]
isnin
……….
p/s:
UM:07.07.08:isnin.
“Anwar sedia bersumpah tetapi bersyarat”
Oleh ARSHAD KHAN

PETALING JAYA 6 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia bersumpah bagi membersihkan dirinya daripada tuduhan liwat dengan syarat ia dibuat di bawah bimbingan ulama-ulama yang berwibawa dari dalam dan luar negara.

Walaupun beliau bersedia bersumpah, dari segi pendirian beliau tetap berpegang pada pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

Menurut Anwar, sejak dahulu beliau memang bersetuju untuk membersihkan namanya menggunakan cara syariah jika kerajaan membenarkan beliau berbuat demikian.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini berdepan dengan dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, mendakwa hasrat tersebut pernah diluahkannya semasa menghadapi tuduhan liwat yang pertama pada 1998.

“Saya minta dibawa ke Mahkamah Syariah pada tahun 1998, tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak.

“Malah untuk bersumpah kali ini, saya setuju untuk berbuat demikian atas nasihat ulama-ulama berwibawa dari dalam dan luar negara,” katanya ketika berucap pada program Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya di sini malam ini.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan Anwar dan Mohd. Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar bermubahalah sebagai jalan penyelesaian kepada isu itu yang kini menjadi tumpuan nasional.

Anwar berkata, selain Harussani, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya dan beberapa ulama lain menegaskan beliau tidak perlu bersumpah.

Katanya, Harussani membuat penegasan beliau tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam.

“Tunggulah kenyataan Mufti Perak itu keluar nanti,” katanya.

Anwar memberitahu 15,000 orang yang menghadiri perhimpunan malam ini bahawa beliau tidak mahu bermain dengan hukum hakam agama.

“Ini bukan kenyataan politik, ini urusan syarak,” ujarya.

Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Kabinet kerajaan untuk berdepan dengannya bagi membincangkan mengenai kaedah untuk menurunkan harga minyak secara langsung menerusi televisyen.

Anwar berkata, kedudukan beliau bukan untuk berhadapan dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek semata-mata.

Katanya, beliau boleh berdepan dengan Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian besar Kabinet secara serentak.

“Separuh Kabinet saya cabar berdebat dengan saya. Biar saya ajar (mereka) bagaimana hendak turunkan harga minyak,” katanya.

Friday, July 4, 2008

APABILA PELURU MAKAN TUAN !

TEKTIK TAK MENJADI ?

Dalam tempoh 24 jam berlalu
Bala tarik balik akuan dahulu
Akui ‘paksaan’ suruh sebegitu
Telahan hamba sahlah berlaku

Tuan dan puan kena buka minda
Gelagat si anwar untuk membela
Jangan dihalang siasatan perkara
Syabas PI bala bertindak segera

Petikan berita The Star dikongsi
Baca dan fahami penjelasan beri
Tapi masih ada sokong buta tuli
Konon anwar maksum lagi suci

serling
[04.07.08]
jumaat
……

p/s:
-puisi “APA LAGI LEPAS NI ?” yang saya tulis dahulu bacakanlah bersekali.

-TheStar:Friday July 4, 2008 MYT 2:10:17 PM:
“PI retracts declaration (updated)”

KUALA LUMPUR: Political analyst Abdul Razak Baginda's private investigator P. Balasubramaniam on Friday retracted the statutory declaration which he made less than 24 hours ago.

In a startling turn of events Balasubramaniam revealed in a second statutory declaration that he wished "to retract the entire contents of my statutory declaration dated July 1 2008. I was compelled to affirm the said statutory declaration under duress".

The document also read that all statements made were inaccurate and not the truth.

A visibly perturbed Balasubramaniam remained mum on Friday when met by pressmen who had rushed to a hotel here where his new lawyer Arulampalam Mariam Pillai accompanied him for the brief press conference.

Dressed in a cap and T-shirt Balasubramaniam refused to answer questions posed to him and left quickly after his lawyer distributed the second statutory declaration to reporters.

Arulampalam also refused to entertain pressmen, giving only a brief statement that his client was under duress and that he was upset.

The new statutory declaration withdrew all statements that Balasubramaniam had revealed to a packed press conference organised by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim at party headquarters on Thursday.

This included the fact that he had informed police what political analyst Abdul Razak Baginda had purportedly told him prior to Altantuya's murder.

The 10 statements highlighted in the second statutory declaration dated July 4 were:

* At no material time did Razak inform him (Balasubramaniam) that the former was introduced to Altantuya Shaariibuu by a VIP;

* At no material time did Razak inform him that Najib had a sexual relationship with Altantuya and that she was "susceptible to anal intercourse";

* At no material time did Razak inform him that Najib instructed Razak to look after Altantuya as he did not want her to harass him since he (Najib) was the Deputy Prime Minister;

* At no material time did Razak and/or Altantuya inform him that Najib, together with Razak and Altantuya had met and all been together at a dinner in Paris;

* At no material time did Altantuya inform him that she wanted money in the sum of US$500,000 as a commission for a submarine deal she "assisted" with in Paris;

* At no time whatsoever did Razak and/or Altantuya inform him that Najib met with Altantuya in Singapore;

* At no time whatsoever did Altantuya inform him that she wanted Balasubramaniam to arrange to see Najib;

* At no time did he tell the police during the course of their investigations about any relationship between Najib and Altantuya as no such relationship existed to his knowledge;

* At no time did Razak inform him that he had sent Najib an SMS the evening before he (Razak) was arrested; and

* At no time did Razak inform him that Najib has sent him an SMS on the day of his (Razak) arrest to the effect that he was going to see the IGP that day and that the matter should be resolved and for Razak to remain calm.

Thursday, July 3, 2008

MENUNGGU GERAK ANWAR SETERUSNYA !

APA LAGI LEPAS NI ?

Pengalaman satu insan dikongsi
Sekitar awal tujuhpuluhan ingati
Kaedah lawyer mahu memenangi
Konon saksi cuti sakit alasan beri

Ketika lawyer bumi kurang sekali
Imbau kembali kes malang terjadi
Akhirnya tuntutan jaya dimenangi
Begitu kisah putaran lawyer berani

Ketika lawyer melayu banyak kini
Ngapakah si anwar tidak langgani
Dulu satu zainur bela anwar berapi
Jauhati zainur eloklah dikenalpasti

Hingga kini rekod si anwar ungguli
Guna para lawyer terbanyak sekali
Termasuk satu zainur yang diingati
Sesi bicara dan putusan tidak lupai

serling
[03.07.08]
khamis
…..

p/s:

- ‘satu insan’ sebagai saksi jadi sumber inspirasi pemula puisi akan sentiasa hamba ingati.

- merujuk kpd akuan bersumpah satu PI tentang kes altantuya sedang dibicarakan

Sunday, June 29, 2008

BEBAS TANPA BICARA ?

Syabas buat pengadu berani
Maruah tidak boleh jual beli
Kepada si anwar tabur bakti
Bantu PKR meraih pengundi

Sebaik selepas aduan dibuat
Penyokong PKR rasa digugat
Si anwar dinafikan buat liwat
Belumpun polis selesai siasat

Ugutan bunuh konon dakwaan
Didakwa seminggu sedemikian
Adakah pada polis buat laporan
Dakwaan isteri ada kesangsian

Masih ingatkah lagi cerita reka
Ketika si anwar banduan penjara
Cat baru bilik dikata merbahaya
Si anwar diracun cara bunuh dia

Buat alasan ancam nyawa hadapi
Berlindung dia di kedutaan Turki
Digambarkan polis kita konspirasi
Helah bela diri, dia memanIpulasi

Bersaksikan ke lutut umpamakan
Lagak isteri dan PKR pertahankan
Bagai Rukunnegara dipelekehkan
Kini si pengadu pula persalahkan

Kerja siasatan polis usah diganggu
Demi keadilan anwar dan pengadu
Kerjasama semua pihak amat perlu
Dolak-dalih si anwar buatkan ragu

serling
[30.06.08]
isnin
…..

p/s:
UM;30.06.08:isnin.
“Beri ruang polis siasat - Kes liwat: Usah buat andaian, jangan bagi tekanan – Mohd. Bakri”
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

KUALA LUMPUR 29 Jun – Semua pihak diminta memberi ruang kepada polis menyiasat secara terperinci dan menyeluruh kes dakwaan liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama, polis mengharapkan tiada sebarang andaian dibuat berhubung kes itu sebaliknya menunggu hasil siasatan polis terhadap pengadu dan juga suspek yang berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin pada sidang akhbar di sini hari ini menegaskan, pihaknya tidak memerlukan tekanan mana-mana pihak agar siasatan dijalankan dengan adil dan profesional.

Jelasnya, sebagai agensi penguat kuasa undang-undang yang profesional, pihak polis akan memastikan kedua-dua pihak iaitu pengadu selaku mangsa dan juga suspek mendapat keadilan.

“Kita menjalankan penyiasatan terhadap mangsa dan juga suspek mengikut Kanun Keseksaan tetapi kita perlukan sedikit masa untuk siasatan dan tidak akan mendedahkan maklumat lanjut,” katanya.

Semalam, seorang lelaki berusia 23 tahun membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 5.45 petang mendakwa dia telah diliwat oleh majikannya yang juga seorang pemimpin politik di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.

Kes itu kemudian dirujuk ke Balai Polis Travers.

Ekoran laporannya itu, lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketika dihubungi malam ini, Mohd. Bakri enggan mengulas sama ada pengadu telah menjalani ujian DNA atau sebaliknya.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa kes itu satu percubaan menyekat kebangkitan karier politiknya, beliau berkata: “Kita (polis) tidak sebut pun siapa suspek dalam kes ini tetapi kalau dia sendiri (Anwar) fikir dia suspek, dia sepatutnya buat laporan polis tentang perkara itu.

“Buat masa ini, perkara tersebut (kaitan dengan unsur politik) hanyalah satu andaian. Pihak polis pastinya akan menjalankan siasatan dari segala sudut.”

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini memberitahu, setakat ini polis belum bercadang melakukan tangkapan terhadap suspek dalam kes itu sehingga siasatan berhubung dakwaan kes liwat itu selesai.

Sehubungan itu, beliau menafikan khabar angin bahawa Penasihat PKR itu telah ditahan oleh polis awal pagi ini.

“Setakat ini, polis belum tahan Anwar. Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan berhubung kes itu baru bermula,” katanya.

Sementara itu, mulai kira-kira pukul 4 petang ini, lebih 50 penyokong PKR berhimpun di luar pejabat Kedutaan Turki di Jalan U-Tant di sini selepas tersebar berita mengatakan Anwar mendapat perlindungan daripada kedutaan berkenaan.

Polis terpaksa mengerahkan sekumpulan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ke lokasi berkenaan untuk mengawal keadaan. Pejabat kedutaan itu ditutup hari ini kerana cuti umum.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Amir Mohd. Hashim memberitahu, keadaan bagaimanapun terkawal dan penyokong PKR terbabit bersurai kira-kira pukul 6 petang.

Bagaimanapun, sehingga pukul 10 malam ini, beberapa wartawan serta jurugambar dari media tempatan dan asing masih menunggu di luar pejabat Kedutaan Turki untuk mendapatkan perkembangan terbaru.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat daripada jawatan Kabinet pada September 1998 kerana dakwaan salah laku seksual dan rasuah.

Anwar menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan kerana rasuah. Beliau dibebaskan daripada penjara pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan menolak sabitan tersebut.

Thursday, June 26, 2008

TUNGGU HINGGA PRU 13 ?

Boleh tercatat dalam sejarah
Bila MB PAS perentah Kedah
Hutan tadahan air nak diratah
Semasa pembangkang, bantah

Islam PAS beginilah kita jumpai
Dulu UMNO kawan kafir dimaki
Kerana nak kuasa, jadi halal kini
Dolak-dalih PAS teramatlah keji

Kawan dan lawan rasional ragu
Hasrat MB Kedah terburu-buru
Mimpi RM100 juta itu berhantu
Azizan kata cadangan saja baru

Dulu cara Azizan lahirkan nada
Hasrat Kerajaan Kedah dinyata
Dapat duit sebegitu mudah cara
Nasib rakyat kedah, PAS pekuda

Di Kedah dan negeri PR perentah
Eloklah rakyat berani diri berubah
PRU 13 dikembalikan BN perentah
Tika UMNO/BN tanpa ketua pak lah

serling
[27.06.08]
jumaat
……

Wednesday, June 25, 2008


IKRAR PENIPUAN RAKYAT (PR) HELAIAN SATU ( 1 )


IKRAR PENIPUAN RAKYAT (PR) HELAIAN DUA ( 2 )

PARA PENGUNDI TERTIPU ?

Para pengundi ditipu Pakatan Rakyat
Tiada janji PRU 12 yang mereka buat
Barisan Alternatif diguna untuk pikat
Menang PRU 12, tukar nama selamat

p/s:

-“TAWARAN KAMI SEKIRANYA KAMI TERPILEH DI SELANGOR“ Perjanjian dibuat oleh BARISAN ALTERNATIF bukannya JANJI Pakatan Rakyat


Tuesday, June 24, 2008

Catatan tanggal 24.04.06 dahulu
Hari ini 24.06.08 teringat berlaku
T u n Ghafar mangsa buruk laku
Perbuatan si anwar diingat selalu

p/s:
- Dikongsi kembali “MEMORI DILUKAI” untuk menilai
kerja buruk si anwar sekarang & dahulu lagi !

MEMOIR DILUKAI !
(kisah sedih T u n Ghaffar)


Walau banyak bakti yang beliau beri
Dibicaratuturkan makluman generasi
Lebih berfokus kegembiraan dialami
Jangan mudah lupa saat beliau dilukai

Tahun 1993 lepaskan jawatan menteri
TPM dan Menteri Luar Bandar bersekali
Kerana prinsip setia UMNO dijunjungi
Timbalan presiden si anwar menakluki

Kaedah serangan si anwar diluar tabii
Tun ghaffar dianggap tak berguna lagi
Bagaikan orang tua mesti dinyak pergi
Hebat sungguh kemuslihatan menangi

Tun ghaffar berkempen jelajah negeri
Segelintir berprinsip UMNO mengerti
Tiupan taufan si anwar buat ramai lari
Tangan yang meragut akhir disingkiri

Allah maha adil dan maha mengetahui
Sekelian anggota UMNO wajib insafi
Carakerja si anwar janganlah dituruti
Biarlah itu pertama dan terakhir jadi

“BERSEKUTU-BERSETIA-BERKHIDMAT”

serling
[24.04.06]
isnin
..........

Sunday, June 22, 2008

PAS TELAH BERUBAH ATAU KELIRU ?

DEMI KUASA,
PAS BERUBAH ?

BangBidin kata Pas dah gila
Diikuti mengilakan ahlinya
Amar dengan senarai berjela
Kerjabuat PAS lebih berkata

Nampak bapak3 lebih berani
Ngapakah terbalik kot terjadi
Rupanya PAS termakan budi
Mulut mereka, anwar kunci

Kerajaan Islam sejarah saja
Kerajaan Kebajikan kini pula
Wang anwar sebab ikatkata
Tokok jalan dekat raih kuasa

Dulu UMNO diserang bertalu
Rapat orang kafir tidak perlu
Kena hidung sendiri, baru tau
Kerana babi, ditentang seteru

Tulisan zukiflee bakar ingatkan
1977 Awaludin Darus luahkan
PAS telah berubah tinggalkan
Salahbawa peminpin, ajarkan

Begitu nasib ahli biasa bawah
Bagai ahli UMNO bawah pak lah
Salah kepimpinan, takut bantah
Hanya tersedar apabila musibah

Pada ahli bawah yakin percaya
Sekarang fasa satu acara mula
Orang bukan Islam biar selesa
Gagah kuasa, PAS asal dipaksa

Lupa PAS yang DAP berstrategi
Awal lagi PAS diperangkap rapi
Kepimpinan PAS dapat DAP titi
DAP ratus guni, PAS raih seguni

serling
[23.06.08]
isnin
…..
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6784&mode=flat&order=0&thold=-1