PAK LAH BAKAL PERGI,
KJ GERAK ANGKAT DIRI !
Peralihan kuasa heboh bicara
Kepada najib, pak lah berkata
Sebegitu pak lah bersendiwara
Meniti negeri, KJ jenguk muka
Disebalik ruang sesi isu semasa
Bertemu ketua bahagian semua
Terjalin budi bertentangan mata
Kaedah anwar mentornya guna
Sebaik selesai sahaja isu semasa
Ketua pemuda negeri akan suara
KJ lah paling layak ketua pemuda
Ciri kepimpinan konon KJ punya
Melihat mekanisma yang KJ guna
KJ idamkan kerusi ketua pemuda
Konon tunggu akar umbi bersuara
Ala anwar singkir ghaffar halacara
Pujian pada KJ tidak nampak beza
Semacam skrip berita tersiap sedia
Cuma ditukar negeri sumber berita
Begitulah menantu dibantu mertua
Ikut tradisi sapa jadi ketua pemuda
Diuarkan naib ketua menjadi ketua
Lupa KJ langkah sumbang menerpa
Duduki naib ketua ditolong mertua
Sebelum realiti saksi alihan kuasa
KJ selaku menantu sengaja ronda
Ketua2 bahagian pemuda dijumpa
Tunggu ‘akarumbi suka’, KJ kata
Selaku menantu, KJ banyak jasa
Dibantu pak lah perentah Negara
Cara terang atau gelap jelas nyata
Kini KJ digilap bakal dinasti pula
serling
[12.07.08]
sabtu
…..
p/s:
UM:12.07.08:sabtu:
“Pemuda Terengganu sokong Khairy Ketua Pemuda UMNO”
KUALA TERENGGANU 11 Julai - Pemuda UMNO Terengganu hari ini mencadangkan Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Sabri Alwi berkata, kelapan-lapan bahagian pergerakan tersebut menyatakan sokongan untuk Khairy memegang jawatan tersebut.
''Ketika ini UMNO sedang menghadapi pelbagai cabaran dan Pemuda UMNO memerlukan seorang pemimpin yang mampu memimpin pergerakan ini bagi membantu parti menangani cabaran berkenaan dan kami melihat Khairy mempunyai kekuatan itu," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis penerangan isu semasa Pemuda UMNO Terengganu oleh Khairy di Federal Residence di sini hari ini.
Beliau berkata, Khairy menunjukkan ciri-ciri kepimpinan amat berkaliber dalam tempoh beliau memegang jawatan Naib Ketua dan menjadi pembantu serta timbalan yang setia kepada Hishammuddin.
''Mengikut tradisi parti juga, Ketua Pemuda UMNO akan diganti oleh Naib Ketuanya apabila jawatan dikosongkan. Justeru, Khairy adalah calon paling sesuai dan tepat mengisi jawatan itu.
''Selain itu, Khairy juga memahami dengan mendalam arah tuju perjuangan Pemuda UMNO yang diperjuangkan Hishammuddin selama ini," ujarnya.
Beliau menambah, amat merugikan jika bakat Khairy yang dipupuk dan digilap selama ini tidak digunakan sepenuhnya oleh Pemuda UMNO.
Dalam pada itu, Khairy ketika ditemui menyatakan beliau masih belum menimbang sama ada untuk menawarkan diri bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun menerima sokongan daripada beberapa Pemuda negeri.
Saturday, July 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment