Sunday, September 28, 2008

HAYATI AMANAT HANG TUAH…!

BAHAYA BILA TERANTUK,
BARU TENGADAH !

Benar kata perumpamaan ini
Rumah sudah, pahat berbunyi
PAU ditunda MAC 2009 nanti
Pemilihan Bahagian tetap jadi

UMNO sinonim parti melayu
Hina bangsa jika UMNO layu
Merdeka negara tika bersatu
PRU 12, UMNO terpalit malu

Putusan PRU12 tercatat sejarah
UMNO/BN dipandu oleh pak lah
Di P.Pinang, BN terbukti kalah
Negeri pak lah pun bermasalah

Jika apa dikata akan laksanakan
Episod baru UMNO diyakinkan
Demi UMNO, pak lah utamakan
Peranan Najib perkemas pasukan

Selaku ketua yang akan berundur
Insafi Tunku dan Dato Onn undur
Tiada prasyarat peribadi susunatur
Semoga UMNO kembali masyhur

Pak lah dan najib, rakyat perhati
Apa diucapkan, itulah akan jalani
Jika terlintas keutamaan peribadi
Mohon patuhi kemahuan majoriti

Demi agama, bangsa dan negara
UMNO bukan parti hak keluarga
Pesanan Hang Tuah usah disenda
Bila terantuk baru tengadah, bala

serling
[28.09.08]
ahad
…..
p/s:
Sempena Harti Raya Aidil Fitri 1429H, mohon maaf dzahir bathin daripada serling sekeluarga.

No comments: